Langkau ke kandungan utama

WWE Live at Kuala Lumpur tuuuu.. Terbaekk..



Err.. teman minat Gusti, Salah ke? ada yang kata salah.. ada yang kata takpe.. ada yang kata buang masa, ada yang kata bukan betul pun lawannya, semua tu ikut skrip.. Haishh.. apa2 lah.. yang penting teman minat dan suka tengok Gusti gak.. kui3.. Tiap2 hari Isnin dan Jumaat punya lawan gerenti nak tengok punya.. dekat http://watchwrestling.ch/ tu lah.. 

Baru-baru ni ada terdengar WWE dan Astro telah mengumumkan untuk membawakan WWE Live kembali ke Malaysia, buat julung kalinya sejak 2022 dengan dua persembahan yang diadakan pada 10 dan 11 Oktober depan .

Pertandingan ini secara ekslusif dibawakan hanya di rantau Asia Pasifik dimana bakal dilansungkan di Stadium Putra di Kuala Lumpur.

Kehadiran Superstars WWE seperti John Cena, Bray Wyatt dan Wyatt Family, The Shield, dan Bad News Barret dan ramai lagi pasti akan menyemarakkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.

Fenomena WWE menjadi kegilaan ramai di negara ini menerusi rancangan Monday Night Raw, Friday Smack Down, AfterBurn, Vintage, Bottomline, NXT, Superstars, Main Event dan WWE Presents yang disiarkan di saluran Astro Supersports 3 dan kesemua rancangan Pay-Per-View di saluran Astro Box Office Sport.

"Astro gembira bekerjasama dengan WWE untuk membawa masuk hiburan bertaraf dunia, WWE Live, kepada peminatnya di rantau Asia Tenggara.
 
Antara yang berkongsi kegembiraan mengenai pengumuman rasmi Astro, termasuklah pelakon dan pengarah, Dharma Harun Al Rashid. 

Peminat WWE pastinya disajikan acara menarik yang padat dengan aksi Oktober ini. Kami gembira kerana dapat membawa pengalaman WWE daripada TV ke pentas sebenar," Kata Pegawai Operasi Astro, Henry Tan.



Tiket telah mulai dijual 31 Mei ini jam 10 pagi dengan harga 
di antara RM128-RM1230 (argh.. pengsan..)

Menyentuh Persoalan Sukan Gusti Ikut Skrip


Bagi peminat tegar gusti terutama sekitar tahun 80-an, The Dragon bukanlah asing kerana beliau seangkatan dengan penggusti handalan lain seperti Hulk Hogan, Macho Man dan Ultimate Warrior. beliau akan menjawap persoalan tentang Sukan Gusti yang dikatakan mengikut Skrip.. 

BENARKAH SUKAN GUSTI IKUT SKRIP?

Sungguhpun peminat gusti di Malaysia rata-rata menerima hakikat bahawa WWE adalah sukan berbentuk hiburan yang berlandaskan skrip, namun terdapat elemen tertentu yang membuatkan sukan ini terus mendapat tempat.

"Ya kami memang mengikut skrip, tetapi setiap aksi adalah benar dengan kekuatan fizikal".

"Kakitangan belakang tabir akan bersama-sama penggusti untuk mengaturkan skrip bersesuai dengan kehendak," jelas penggusti berdarah Inggeris dan Jepun ini.

Ricky mendedahkan peminatlah yang akan menentukan saham para penggusti.

"Memang kami kena mengikut skrip, tapi kami juga perlu pandai menarik perhatian penyokong. Jika tidak anda tidak akan bertahan dalam bidang ini.

Ulasan

  1. Arwah emak akak dulu minat betul tengok wrestling... hehe
    oklah tu ikut skrip jnji ada yg minat ^__^

    BalasPadam
  2. dulu kecik2 minat gusti..tp dah besar ni dah kurang dah..hihi

    BalasPadam
  3. salam TB ..
    masuk la ke link yg aby bagi ni ..
    mcm mana minat nya anak aby yg umo 12 thn tu kt wrestling ..
    suma superstar dari 70han sampai sekarang dia tahu ..

    http://satuperlumbaan.blogspot.com/2014/03/bila-my-hero-minat-wrestling.html

    sempena kedatangan WWE ke Malaysia ni ..
    hampir tiap2 hari dia dah minta belikan tiket utk ke WWE tu ..
    alasan nya ..
    "papa klu tiap kali F1 boleh pergi ..
    ni WWE bagi la farish pergi pula " ..

    aby suka Sheild ..
    cume yg terbaru ni tengok sepp rowlin belot ke Evolution plak ..
    lagi menarik tu

    BalasPadam
  4. Sekali sekala tonton juga wrestling. Tetapi tidaklah peminat tegar.

    Terima kasih kerana follow blog saya.

    BalasPadam
  5. klau aku memg suka sangt dengn wrestling ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n