Langkau ke kandungan utama

Syuhada Baharudin | Martias Mohd Ali --- Bersemadilah Dengan Tenang Disana

Buat semua rakan2 yang mengenali arwah, Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat Blogger kita Syuhada Baharudin yang telah kembali ke Rahmatullah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.. 
arwah Martias Mohd Ali - 30 Mei 2014
Dan tak lupa juga mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Martias Mohd Ali iaitu suami kepada Blogger Mak Dara (a.k.a kak adza Irdawati Adenan) juga.. moga arwah tenang di sisi Penciptanya... semoga keluarga kedua2 yang menghadapi dugaan ini tabah menerima ketentuan ilahi.. 

buat Mak Dara, i know.. kasih sayang dan kenangan bersama yang tersayang takkan luput sampai bila2.. Semoga Mak Dara Cekal dan tabah menempuh hari2 yang mendatang.. (sampai sekarang masih terasa sebak dengan apa yang Mak Dara terpaksa lalui..tak sanggup rasanya teman berada di tempat Mak Dara.. namun sangat kagum dengan ketabahan Mak Dara.. kuatkan semangat ye.. Allah knows better than us..)
Arwah Syuhada Baharudin - 18/6/2014
Dulu, sebelum blog arwah bertukar ke Wordpress domain sendiri (.com) (Syuhadabarahudin.com) teman selalu singgah blog arwah, walaupun ketika itu blog arwah terlalu baru lagi.. tetapi teman suka singgah dan baca entri2 yang ditulis oleh arwah.. 

Kerana banyak sangat ilmu dan tips2 motivasi yang teman dapat disana.. dan sememangnya teman kagum dengan kejayaan arwah dalam dunia perniagaan,betapa bertuahnya arwah menjadi insan berjaya sewaktu muda lg,

Yang teman respect.. Walaupun arwah seorang yang berjaya namun dia tak pernah nak memandang rendah pada yang lain.. dia seorang yang humble sangat..

Teman yang tak rapat dengan arwah.. tetapi rasa mula menyukai arwah dengan sikap humble arwah.. tetapi apa daya kita.. tak sempat nak mengenali lebih dekat.. Allah lebih menyayangi Syue.. Selamat bersemadi dengan tenang disana Syue.. 

Entri yang teman pernah buat untuk arwah Syue.. masa Syue mula2 ber blogging.. 

-->Blog Baru Tapi Banyak Info % Motivasi
--> Syuhada Baharudin, Cepatlah Bangun

dan entri yang lagi satu ialah entri yang teman buat khas untuk ditujukan buat Syue ketika Syue sedang koma.., dengan harapan bila Syue sedar, dapatlah dia baca entri ni yang ditujukan khas buat Syue.. Namun.. kita hanya merancang.. tetapi Allah juga yang menentukan setiap yang berlaku.. 

Ternyata hidup ini amat singkat dan DIA panggil kembali sesiapa sahaja yang DIA mahu. 

Ulasan

  1. al fatihah
    moga rohnya dicucuri rahmat Allah

    BalasPadam
  2. dalam kenangan..al-fatihah untuk arwah en.martias dan allahyarhamah syuhada baharuddin..moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah

    BalasPadam
  3. Ena pun sangat terkilan sebab ena baru je dapat berkenalan dengan kak syuhada. Ya Allah. Serius ena sedih sangat. namun, Allah lebih menyayangi dia. Al-Fatihah. Salam takziah untuk keluarga arwah

    BalasPadam
  4. inna lillahi wa inna ilaihi raajiu'n... al fatihah.. moga ditempatkan bersama org2 yg beriman

    BalasPadam
  5. inna lilahi wa inna ilahi raajiu'un..salam Takziah.untuk keluarga arwah..

    BalasPadam
  6. semoga arwah ditempatkan bersama para solehah :) ameen.....

    BalasPadam
  7. Al-Fatihah untuk kak Syu.. moga keluarga dowang tabah. Aminn...

    BalasPadam
  8. Al fatihah kepada mereka yang mendahului kita semua.... Sayu..

    BalasPadam
  9. ajal, maut...semuanya rahsia Allah...kita pun kena sentiasa siapkan diri...tenang la kalian berdua...semoga syurga buat kalian...alfatihah

    BalasPadam
  10. Innalillahi wainna ilaihi rajiun...Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Semoga roh arwah Kak Syu ditempatkan di kalangan para syuhada'

    BalasPadam
  11. Al-Fatihah untuk arwah. semoga tenang disana

    BalasPadam
  12. Al-Fatihah.. Salam takziah buat keluarga arwah.

    BalasPadam
  13. Ø£َعْظَÙ…َ اللهُ Ø£َجْرَÙƒَ = “Semoga Allah membesarkan ganjaran pahala engkau”
    Semoga dikurniakan kesabaran kepada keluarga gemulah...

    BalasPadam
  14. alfatihah, salam takziah utk keluarga arwah

    BalasPadam
  15. Alfatihah...semoga rohnya mereka tenang di sana.

    BalasPadam
  16. Al Fatihah utk kedua arwah

    BalasPadam
  17. Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (انا لله وانا اليه راجعون) 

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n