20 Tips Mudah Bersalin | MESTI BACA!!

20   Tips Mudah Bersalin

Perkongsian untuk ibu hamil 20 Tips Mudah Bersalin


Buat kawan-kawan yang sedang menunggu detik bahagia nak sambut baby korang.. teman doakan dipermudahkan yea.. InsyaAllah semoga anak korang membesar menjadi anak yang soleh dan solehah untuk kedua ibubapanya dan taat kepada perintah Allah SWT. Amin...

Nah.. baca ni.. ada banyak info-info tentang proses bersalin untuk membantu mengurangkan tempoh kesakitan dan mengelakkan terikut tips yang salah.. yang ni mesti okey punya.. hehehe.. semoga bermanfaat!

Jom kita tengok apa tips -tips yang boleh membantu ( khas yang dah dekat due date nak bersalin ) :-

1. Persediaan Mental dan Rohani
Ketenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses kelahiran akan berlangsung dengan lancar sekiranya anda berada di dalam keadaan selesa.

Apatah lagi, keadaan yang tergopoh-gapah akan menyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lama. Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep.

Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.

Sentiasa berfikiran positif dan yakin pada kebolehan diri sendiri. Sentiasa berdoa semoga Allah SWT melancarkan proses kelahiran nanti. Amalkan membaca al Quran serta solat - solat sunat dan zikir.


Doa Nabi Yunus
LA ILA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOLIMIN

" Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang zalim. "

2. Persediaan Fizikal
Memastikan kesihatan diri di tahap maksima. tidak demam, tidak batuk.. Sekiranya berlaku juga.. cuba usahakan agar sembuh sebelum tiba hari bersalin.. cuba petua-petua yang semulajadi tanpa perlu makan ubat.. contohnya sekiranya demam.. pastikan minum air masak banyak untuk keluarkan panas dalam badan tu melalui air kencing, sekrinya sakit kepala, tuam belakang leher dengan air, baca Ayat Syifa berulang kali sehingga tertidur. InsyaAllah.. semoga Allah permudahkan dan sembuhkan sakit2 dengan segera.. 

3. Baca Surah Mudahkan Bersalin
Masa di labour room banyakkan membaca Al Fatihah, doa Nabi Yunus dan Ya Fattah berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin untuk membantu mengurangkan rasa sakit bersalin.



4. Amal Zikir
Amalkan membaca Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir sebanyak 21 kali dan dihembuskan ke dalam air dan di minum.

5. Kerap Bersama
Kerap bersama suami di hujung2 kehamilan untuk memudahkan laluan, kebiasaaan seawal minggu ke -37.


6. Banyak Berjalan / Exercise
Banyakkan berjalan untuk memudahkan proses bersalin nanti, turun naik tangga dengan kerap juga sangat membantu.

7. Teknik Bernafas Yang betul
Kontraksi dan otot yang tegang sehingga menimbulkan rasa sakit boleh dielak dengan cara mengatur pernafasan dengan baik. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung ketika berlaku kontraksi, selepas itu menghembus nafas secara perlahan-lahan melalui mulut. Ulangi sehingga tubuh terasa lebih tenang selepas itu. So, semasa contraction tarik nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut. Apabila contraction semakin kuat tarik nafas dan lepaskan dengan lebih cepat.


8. Pastikan Posisi Badan Semasa Bersalin Betul
Semasa proses meneran, kepala di angkat ke arah dada, seeloknya pejam mata dan baring sambil kaki atau betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali. Elakkan mengangkat punggung semasa meneran untuk mengelakkan vagina terkoyak.

9. Pastikan Badan Cukup Rehat 
Tidur mesti cukup! Sudah menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu akhir kehamilan. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi.

Hal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenang & bertenaga semasa melahirkan nanti.

Kerana badan perlu rehat yang cukup di akhir-akhir kehamilan agar semasa proses meneran ibu dapat menggunakan tenaga yang ada untuk melahirkan bayi dengan lancar tanpa bantuan vacum atau forcep. perlu tidur yang cukup dan perlu tenaga yang cukup untuk memastikan ibu tidak keletihan sebelum saat melahirkan.

10. Amalkan Surah-Surah
Amalan surah2 yang boleh membantu ibu -ibu hamil dan pembentukan sahsiah peribadi bayi di dalam kandungan dengan khasiat Al-Quran. Contoh ada dibawah : 

11. Alas Perut
Bersalin memerlukan banyak tenaga. Kalau kekurangan tenaga maka boleh melambatkan persalinan. Maka itu, alas perut sebelum masuk ke bilik bersalin. Jangan biarkan perut kosong walaupun saat makan tidak berselera kerana menahan sakit. Makanlah sebuku roti atau beberapa keping biskut untuk mengalas perut.

Amalkan memakan kurma kerana kurma sejenis buah yang memberi tenaga segera. Ia sangat mudah diserap dan diproses. Kurma juga terdiri daripada serat, potassium dan sumber karbohidrat. Digalakkan memakan kurma apabila mula terasa sakit bersalin dan selepas kelahiran.

12. Virgin Coconut Oil (VCO) / Minyak Zaitun
VCO atau minyak kelapa dara menjadi salah satu petua tradisional untuk mudah bersalin yang sudah dikenal oleh banyak penduduk Malaysia. Minyak kelapa darah boleh diambil atau diambil dalam bentuk kapsul. Salah satu kebaikan VCO ialah boleh melawan jangkitan atau bertindak sebagai antivirus.
Minyak Zaitun 

13. Speed up BUKAAN RAHIM
1. Baring mengiring sebelah kiri.
2. Kaki kiri lurus.
3. Kaki kanan bengkokkan sikit.
4. Bile time contraction datang / time rasa sakit, Tarik punggung anda sekuat hati menggunakan tangan kanan and teran.


14. Menyapu Minyak Zaitun 
Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut agak semasa melahirkan kesan koyakan tidak banyak. 

15. Lakukan Urutan Perineum

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran.

Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.

Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain.

Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

16. Amalan 3 Qul sebelum tidur dan selawat
Para ibu boleh mengamalkan surah 3 Qul sebelum tidur.
Ø Al Naas
Ø Al Falaq
Ø Al-Ikhlaas
Boleh juga mengamalkan Ayat Qursi. Supaya bayi yang dikandung dapat mengelakkan dari gangguan syaitan .


senaman kegel
17. Senaman Kegel
Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran.


Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim. Menariknya, senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu ada orang lain mengetahuinya.


Antara teknik senaman Kegel yang boleh anda lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.


18. Orang tersayang Pemberi Semangat
Apa yang paling penting dalam memudahkan kelahiran bayi ialah sokongan daripada yang tersayang. Di waktu anda perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami.

Namun, suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi. Selain daripada suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga yang lain untuk menemani.

Oleh yang demikian, ada baiknya anda menentukan siapa yang bakal menemankan diri di dalam bilik bersalin nanti. Malah, pilihan kedua selain daripada suami perlu ada supaya anda tetap ada peneman sekiranya suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan lain-lain.

19. Jangan Menjerit/Bercakap
 Masa contraction kurangkan menjerit/bercakap. - Simpan tenaga untuk meneran.

20. Minum Air Selusuh.
Ikhtiar denagn minum air selusuh dengan doa moga bukaan cepat.. Sebaiknya air selusuh yang dibuat oleh suami... 



Semoga entri ini bermanfaat buat semua yang membaca.. dan semoga dipermudahkan bersalin buat rakan-rakan atau pembaca-pembaca atau ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran bayi comel korang.. Tahniah yea.. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama