Langkau ke kandungan utama

EYEBAG BERKURANGAN, KULIT WAJAH MAKIN ANJAL DENGAN 3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS



EYEBAG BERKURANGAN, KULIT WAJAH MAKIN ANJAL DENGAN  3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS

Didalam kesibukan menguruskan aktiviti harian, pastinya banyak perkara yang membuatkan kita begitu obses untuk menyelesaikan setiap tugas dengan seberapa cepat.. Namun, dalam pada itu, penjagaan wajah tetap  perlu dititikberatkan.

Didalam entri kali ni TB nak share tentang kesan penggunaan 3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS. 

Baru-baru ni TB telah tersenarai sebagai diantara 40 Pemenang Giveaway 3D Gold Stemcell Serum My Beauty Herbs. Contest yang dianjurkan oleh tuanpunya blog Mialiana.com memerlukan TB dan 40 pemenang yang lain membuat entri review dengan kreatif dan menarik berdasarkan pengalaman dan testimoni sendiri setelah menggunakan 1 unit 3D Gold Stemcell Serum dan 1 unit Treatment Cream secara konsisten setiap hari selama 3 minggu.

Bagai bulan jatuh ke riba lah apabila TB dapat produk ni, memang teruja nak guna masa tu.. Yelah, memandangkan TB pun belum berjumpa lagi dengan Produk yang betul-betul sesuai dengan wajah, tak salah rasanya TB mencuba 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs ni kan? 

Kalau korang nak tahu, Serum ini adalah amat terbaik untuk kita memperbaiki masalah kulit wajah kita.. pasti korang pun tercari-cari petua atau produk untuk mencantikkan kulit kan? InsyaAllah 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs dapat menyelesaikan 15 perkara dibawah ini :-

  1. Cara hilangkan parut hitam
  2. Cara nak hilangkan jeragat
  3. Kecutkan jerawat
  4. Nak kulit flawless
  5. Dapatkan kulit tona sekata
  6. Kecilkan liang pori
  7. Petua kulit flawless
  8. Cara melembapkan kulit muka
  9. Anjalkan kulit muka
  10. Kawal minyak muka
  11. Cerahkan kulit wajah
  12. Tegangkan kulit muka yang menggeleber
  13. Hilangkan gelap bawah mata
  14. Melindungi kulit dari sinaran UV
  15. Cara hilangkan garis halus dan kedutan muka
Haaa.. antara perkara dalam list diatas tu.. ada tak yang menarik perhatian korang? kot la korang juga kebetulan ada masalah kulit wajah kan? Macam TB pulak, target TB nak lindungi kulit wajah dari sinaran UV dan menghilangkan garis halus serta kedutan di wajah TB ni.. Almaklumlah.. umur pun dah semakin meningkat kan.. hehehehe.. Nak juga anjalkan kulit dengan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs ni..

Eh, Tapi apa yang kita faham tentang serum sebenarnya ye? Meh ulangkaji sikit pasal Serum.. hehehe..

APA ITU SERUM?
Serum merupakan sejenis cecair yang mudah meresap ke dalam kulit ini kerana serum mempunyai saiz molekul yang jauh lebih kecil berbanding moisturizer/pelembab. Serum bertindak jauh lebih pantas dan lebih mendalam dimana ianya mampu melambatkan proses penuaan, bertindak sebagai anti kedutan,anti garis halus, menganjalkan kulit, memudarkan parut jerawat dan menggalakkan penghasilan sel kulit baru.

KENAPA KITA PERLU MEMAKAI SERUM?
Membantu menjaga kelembapan kulit,kulit menjadi lebih anjal, garis-garis halus dapat dikurangkan, sel-sel kulit mati diperbaharui dan menghaluskan kulit wajah yang kering dan kasar serta mengembalikan seri wajah yang hilang.

Haaa..  Sebelum TB ceritakan pengalaman TB sendiri selepas menggunakan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs  ini, suka TB nak share juga dengan korang APA ITU "3D GOLD STEMCELL SERUM ? dan Apa fungsi dan kelebihan Serum ini ..

APA ITU "3D GOLD STEMCELL SERUM ?
Serum anti penuaan yang mempunyai tekstur ringan yang dihasilkan melalui kejayaan teknologi menganjalkan dan mengetatkan kulit secara segera untuk mendapatkan hasil kulit wajah yang lebih anjal dan lembap. Serum ini juga membantu dalam menghaluskan kulit dan mengetatkan liang pori serta merangsang kepada peredaran mikro yang membantu dalam menghasilkan keserian wajah.

So, TB pun cuba start guna 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs ni.. Teruja dan rasa selamat je nak guna sebab dengar cerita produk ini diformulasikan dari Perancis (France... namun 100% dijamin halal dan dijamin selamat..

3D Gold Stemcell Serum ni digunakan pada waktu siang selepas penggunaan toner, sebelum make up. So.. sebelum pi kerja TB dah memang ready siap-siap sapu Serum ni..  sejuk je serum ni tau!

Teman fokus guna Serum ini untuk bahagian mata yang keletihan dan masalah eyebag yang makin membesar dan kulit wajah yang kurang anjal..

3D Gold Stemcell Serum ini cepat meresap ke dalam kulit tau.. TB sukakan teksturnya yang tidak melekit, lepas sapu je serum ni TB rasa ada effect kulit wajah macam anjal sikit.. dan makin ayu.. eh eh..

Dibawah ni gambar teman sebelum dan selepas menggunakan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs selama 3 minggu..


Sebelum
Abaikan kening dan dahi teman yang merah-merah tu yea.. Kulit teman ada masalah sikit sebab teman ada elergik seafood.. Heee... Tapi sila fokus pada bahagian bawah mata teman.. Masa ni ada eyebag bawah mata.. 

 
Selepas
Selepas 3 minggu menggunakan 3D Gold Stemcell Serum dari My Beauty Herbs eyebag dibawah mata semakin berkurangan..  Dan yang paling penting teman terasa kulit makin anjal.. 
   
Oh ya, lupa nak cerita, TB dapat Serum ni bersama-sama dengan Treatment Cream, Treatment Cream ni digunakan pada waktu malam sebelum tidur. Hanya Sapu nipis di kulit wajah dan ratakan..

Tapi kan..  dinasihatkan jangan dicampurkan dengan produk lain yea.. dikhuatiri bahan-bahan yang ada dalam produk-produk lain tak bersesuaian dengan Treatment Cream ni.. 


Berikut merupakan rutin harian bagaimana kita harus menjaga kulit wajah.
✓ Selepas menggunakan produk seawal 1 minggu => Wajah lebih anjal
✓ Selepas menggunakan produk selama 2 minggu => Kulit semakin anjal dan parut mula pudar
✓ Selepas menggunakan produk selama 1 bulan => Kulit wajah semakin anjal,wajah kelihatan lebih muda dan pori-pori wajah menjadi lebih kecil.
✓ Menggunakan produk dalam jangka masa panjang => Kulit lebih sihat dan berseri serta bebas dari sebarang masalah kulit wajah.

Cara penggunaan 3D Gold Stemcell Serum
Cara penggunaan 3D Gold Stemcell Serum adalah seperti di bawah :
1. Selepas mencuci muka, serum ini disapu atas kulit dengan sedikit urutan ringan, dan juga dengan stim jika diperlukan. Caranya Tekan 1 atau 2 kali serum pada tapak tangan dan ratakan ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
2. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Seeloknya jangan dicampurkan dengan produk lain.
3. Untuk kesan maksimum, minum minima 8 gelas air kosong.

3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS MAMPU MENGEMBALIKAN KESERIAN WAJAH!!



Bagaimana nak dapatkannya?
Sila lihat dibawah ye..

Harga : RM150.00 (20ml)
Hubungi :
Hotline HQ : +6011 28090446 / +012 2239447
Website : www.mybeautyherbs.com.my
Instagram : @mybeautyherbs

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

#3dgoldstemcellserum #mybeautyherbs #mbh #feeyaiskandar #feeyaiskandarlovers 
#pemborong #pengedar #serum

Calit-calit merecik...
inilah rahsia saya kekal muda anggun!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Ulasan

  1. Goodluck yaaa ! nampak changes adaaaa........

    http://nonasani.blogspot.my/2016/10/kulit-sihat-bersama-3d-gold-stemcell.html

    BalasPadam
  2. gudluck kak..

    bestnya boleh guna serum.. muka kita sensitif dengan serum..

    BalasPadam
  3. all the best..dari segmen yang sama

    BalasPadam
  4. waa.. best nih.. mana yang bising eybag sebakul tu boleh la beli kan.. hee~

    BalasPadam
  5. Salam. Terima kasih hantar entri review produk Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

    Entri ini telah disenaraikan. Good Luck!

    - Mia Liana -

    BalasPadam
  6. Interesting post! Can see the difference on your skin... maybe will try this one day :) -Elfie Jane www.theborneoblog.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n