Nuff

09 Oktober 2016

PAKSU CHICKEN CHOP - WESTERN FOOD MURAH DAN SEDAP DI GOMBAK!!!

PAKSU CHICKEN CHOP -
WESTERN FOOD MURAH DAN SEDAP DI GOMBAK!!!

hehehe.. baru sampai rumah ni.. tadi gi keluar makan dengan hubby jap.. Macam biasa, bila time dinner je mesti blur nak makan apa.. nak pulak barang dapur tak sempat nak beli sebab masa banyak dihabiskan di kedai, fikiran pun mulalah asik "tingtong" fikir dinner nanti nak makan apa.. 

Hubby pulak asik la dok sebut-sebut pasal Gerai Chicken Chop tepi jalan yang harganya semurah RM6.90 yang terletak berdekatan dengan Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas Batu 4, Jalan Gombak tu... 

Teman pulak, bukanlah nak berlagak ke apa.. tekak terasa dah JEMU dengan Chicken Chop / Chicken Grill / Lamp Chop dan seangkatan dengannya.. kira yang western-western ni teman dan hubby dah tak lalu nak makan rasanya.. sebab dekat rumah kami dah selalu sangat buat.. sampai kami laki bini naik jemu dan hampir nak ter uwekk je bila sebut masakan western-western ni.. Tu diaa.. punya kami dah takleh terima makan Chicken Chop dan seangkatan dengannya.. Sekali lagi teman cakap.. bukan berlagak ye! Sumpah! memang tahap dah tak lalu nak sumbat sebab dah selalu masak punya pasal yea.. huhuhu..

Tapi memandangkan perut memang dah berkeroncong dah confused nak makan apa, teman pun cakaplah kat hubby.. Ok lah.. jom kita cuba Chicken Chop kedai tu.. entah-entah sedap ke kan.. kot sos dia lain dan sedap dari yang kita biasa buat ke.. jom lah pi try.. So, kami pun start enjin motor, vrooommm... dah sampai dah Gerai tu.. heeeee.. dekat je punnn... =) 

Dari jauh dah nampak Gerai tu sebab memang selalu ramai je orang makan kat situ.. Nak pulak kawasan situ pencahayaan nya sweet-sweet gitu, tak gelap tak terang sangat.. So, nak makan pun tak lah terang sangat kan.. Oh, lupa lak.. Gerai tu namanya Gerai Paksu Chicken Chop.. Simple je Signboard nya kan.. hehehehe.. 

Gerai Paksu Chicken Chop ni senang je nak cari lokasinya.. betul-betul depan Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Waktu Operasi ialah pada setiap hari kecuali hari ISNIN (tutup) , dibuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam .



Nak lagi senang cari.. ni teman tepek kan jugak gambar lagi satu ni supaya korang lebih senang nak cari tempat ni.. haaa. .dekat sini ada satu jejantas depan Masjid ni.. So, kalau korang jumpa Masjid, pastu nampak jejantas.. dah tak perlu pening-pening cari dah.. senang benar kan nak jumpa lokasi gerai Paksu Chicken Chop ni kan.. 

Dah sampai situ terus cari tempat duduk, ada 2 pilihan, samada korang nak makan betul-betul dekat dalam gerai tu ke (dalam kawasan Masjid) ataupun ....

Kalau korang sukakan suasana lebih santai sambil menghirup udara segar dan menikmati suasana tenang berhampiran laluan jalanraya.. boleh je pilih duduk di meja-meja yang diletakkan dihadapan masjid tersebut.. hehehe.. teman dan hubby memang suka pilih duduk diluar je.. konon boleh bernafas lebih sikit.. hahaha.. Nasib baik masa kami sampai meja tak penuh lagi.. Tapi hampir penuh la masa tu.. Kalau lambat sikit memang bahagian depan Masjid tu full dah.. Rezeki kami la dapat meja kat luar.. heheheh.. 

ANTARA MENU MAKANAN YANG ADA 
DI GERAI PAKSU CHICKEN CHOP

MENU MAKANAN

 MENU MINUMAN

Disebabkan kami baru first time makan di Gerai Paksu Chicken Chop, So.. time nak order memang agk blur sikit la kan.. walhal dari rumah dah deal dengan hubby nak try Chicken Chop RM6.90 tu.. Tapi bila tiba di lokasi kami jadi blur pulak melihat menu yang ada.. hahahaha.. Lastly suruh hubby pilih dulu dia nak makan apa.. then teman pun follow aje.. hehehehehe.. Akhirnya Kami pilih Nasi Goreng Chicken Chop yang berharga RM8.90 sahaja.. Murah kan? Pastu hubby tambah Kentang Goreng sebekas.. 

Nasi Goreng Chicken Chop
Inilah menu yang kami ngap tadi.. Nasi Goreng Chicken Chop hehehehe.. Serius! sedap..  Tekak kami macam tak percaya lak boleh terima makan ni tadi.. betul-betul menepati selera kami lak, dan kena pulak pada harga yang murah.. berbaloi-baloi.. disamping makan dalam suasana yang tenang giler.. tak serabut macam makan Western Food kat Gerai di  Kg Baru KL, ehhh... tetiba.. hahahaha.. 

Ni air Hubby order.. tembikai Laici berharga RM3.00
Jus Apple Susu berharga RM2.50
Lepas tu hubby saja nak try Garlic Bread - harga RM4.00

Todiaaa.. nak tahu sedap tak sedap di tekak teman? haaaa.. biarlah gambar ini yang berkata-kata yea! 

Ok lah.. memandangkan teman dan hubby berasa puas hati makan kat Gerai Paksu Chicken Chop hari ni, So, teman pun share lah kat sini untuk tatapan korang yang kadang-kadang blur nak makan apa tu kan.. Serius.. bagi teman dan hubby... puas hati la kan.. berbaloi dengan harga.. 

So, bagi sesiapa yang nak pi sini boleh la ke gerai Paksu Chicken Chop seperti alamat dibawah :

Lokasi gerai Paksu Chicken Chop :
Berhadapan Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur. 
Waktu Operasi ialah pada setiap hari kecuali hari ISNIN (tutup) , 
dibuka dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam .

Eh.. Lupa lak nak credit kan ucapan terima kasih buat hubby yang sudi snap kan gambar-gambar diatas ni.. hehehehe.. rajin dia.. macam tau-tau je bini dia nak buat review kat blog pasal gerai ni.. hehehehe.. tq tq encik hubby miaw2.. =) .. 

Komen personal hubby lak tentang apa yang kami makan tadi..
"Nasi goreng chicken chop ok bole tahan sedap ikut nilai yg kita bayar, tempat santai, relaks , murah, dan fully recommended pada kawan-kawan yg tak cukup duit tapi nak makan sedap.... Tadi makan rasa berpuas hati... Air buah pun rm2.00... Ok la.... Dari makan dalam restoran mahal mahal belum tentu rasa..."

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



Related Posts

13 ulasan:

  1. wow. nampak menyelerakan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heee.. Rasa dia pun.. Not bad.. Sedap.. Dan berbaloi2

      Padam
  2. Oooo ... Tau tempat nih, dah try bulan lepas ... Tengah tunggu makanan azan berkumandang, terus solat dulu ...

    BalasPadam
  3. Oooo ... Tau tempat nih, dah try bulan lepas ... Tengah tunggu makanan azan berkumandang, terus solat dulu ...

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Yea. Ciba la. Bole tahan kena pada harga nya

      Padam
  5. Sdapnya kak. Kita pnh mkn ciken chop skli je. Tp kuahnya cam cair, tawar la.. trus x brni nk try dh. Tkut terkena lg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. kena try tempat lain lak mimi.. tapi pastikan ada yang review kata sedap dulu tau.. teman pun tak suka nak cuba2 ni.. takut tak kena selera.. tapi dah tak tau nak makan apa ritu, try aje makan sini.. tengok2 kena lak dengan anak tekak.. heee

      Padam
  6. nanti boleh la ajak si dia makan sini..heheh

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

nuffy2

GA New