Maybe, PM kita sendiri tak sedar bahawa setiap apa saja yang keluar
dari mulut beliau boleh jadi isu paling hangat ketika ini...
Salam Jumaat buat semua, hemm pagi tadi teman terbaca banyak cerita pasal KANGKUNG yg berkaitan dengan PM kita dekat MalaysiaKini.. rupa2nya banyak sungguh herdikan dan kata2 sinis yang beliau terima dari orang ramai yang menentang kenaikan harga barang, dan beliau sendiri dah pun menjawab tentang isu kangkung yang kini hangat diperkatakan dalam Facebook sehingga ada yg membuat parodi lagu kangkung, dan yang terbaru wujud isu perkauman pulak bila tersebar gambar dari kaum bukan Melayu, dimana replika kartun PM kita yg mulutnya disumbat dengan 10kg kangkung.. dalam pada tu.. teman baca jugak komen2 yang negatif kat situ, kebanyakan menyarankan PM kita berundur..
hemm.. bila terbaca je komen macam tu, terfikir jugak kenapa PM masih tak faham apa yang rakyat mahukan? ternyata terang2an dah nampak yang rakyat inginkan perubahan, kalau taknak berundur sekarang, tak tahulah apa lagi malu atau aib yang beliau akan terima lepas ni,
sedikit sebanyak teman ada jugak berasa kasihan beliau diperlakukan begitu, nak pulak isu kangkung baru2 ni tersebar meluas hingga keluar Malaysia pun ada,
Teman pasti keadaan ini akan berlarutan sekiranya PM masih disitu.. kalau benarlah begitu, teman rasa lebih elok beliau berundur secara terhormat.. atau.. betulkan keadaan yang semakin membebani rakyat ini, fahami kesusahan rakyat dengan merasai sendiri keperitan rakyat... atur perbelanjaan negara dengan betul dan tidak lagi menggunakan pendapatan negara untuk sesuatu yang tidak penting..dapatkan kembali kepercayaan rakyat dengan sesuatu yang benar2 buat rakyat kembali menyokong pucuk pimpinan beliau..
Dan sekiranya masih tak mendapat tempat dihati rakyat, maka berundurlah dengan cara terhormat daripada diri beliau terus diabkan.. .kerana apa yang teman nampak, rakyat dah semakin kurang hormat kepada beliau.. dan sekiranya masih tiada tindakan membaiki keadaan daripada beliau, sudah tentu apa saja dibuat rakyat akan menentang .. inilah dikatakan bila dah tak suka, buat apa pun orang akan mengata..












.jpg)


















.jpg)










