Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

28 Mei 2014

RINDU MAK TETIBA...


PENYAKIT MASA KINI? EHEHEHEHE....

SELFIE dimana saja.. Aishhh... 

27 Mei 2014

RASMI MENGGUNAKAN TELEKUNG BARU

Heee.. ni bukan nak tayang teman kuat sembahyang ke apa yea.. tapi saja nak share antara telekung kegemaran teman.. heee.. ekceli dah lama beli, tapi tak pakai sebab banyak telekung yang ada pun masih elok.. lepas teman kawen, banyak sangat menda teman tak sempat nak angkut ke KL, dan nak bawak pun susah sebab naik Superbike kot.. mana nak letak barang banyak2 kan.. heee.. last2 tinggal ajelah dulu, bila balik kampung baru amik.. 

Tapi hari tu kebetulan adik2 teman nak mai KL, teman pun pesan diorang bawakkan telekung untuk teman letak di kedai satu, dan letak dirumah satu.. satu lagi untuk tetamu yang datang.. agak susah plak bila teman hanya ada satu telekung aje di rumah.. bila nak gi kedai kena angkut telekung tu ke hulu ke hilir.. hu3.. almaklumle, telekungnya satu aje masa tu.. haaa.. sekarang dah ada lebih takyah susah2 dah.. heee.. 

26 Mei 2014

SAMSUNG CANISTER VACUUM CLEANER

Haaa.. hari tu hubby teman belikan Vacuum ni untuk teman, dia kata kesian tengok teman terbongkok2 menyapu karpet yang berhabuk dan berpasir tu dengan penyapu lidi.. So, dia ajak teman gi nengok Vacuum kat Seng Heng.. 
Mula2 berkenan dekat Electrolux punya brand tapi pastu ternampak lak watt dia cuma 1600 aje berbanding Samsung ni.. pastu kotak untuk habuk untuk Electroluxtu kecik jea tapi yang Samsung punya beso.. ho2.. so, terbekenanlah yang Samsung ni.. lagi pun lagi power dari yang Electrolux tu.. 2000 watt.. 
 
Sampai je kedai, laju dan rakus je teman buka kotak Vacuum tu.. heeee.. 
ni lah rupa Vacuum tu.. hu2.. sonang koje teman ..  
TQ buat my hubby sayang.. rupanya dia perhati jugak kita susah buat koje yea.. heee... ekceli hubby dah lama nak belikan Vacuum tu tapi teman jea rasa masih boleh buat manual je.. bukan susah pun nak sapu2 ni.. pastu kedai pun bukan beso mana pun.. sambil wat koje tu, leh exercise lagi kan.. hu3.. Tapi ada jugak teman cakap "kalau takde tak ngape, tapi kalau ada tu Alhamdulillh"... heeee...
 
heee.. kelebihan Vacuum ni..tengok le gambo atas ni.. haaa.. teman punya pendapat selepas menggunakan Vacuum ni, teman puas hati la.. cuma pelik nape macam ada keluar debu sikit dekat luar Vacuum tu.. terasa macam nyesal tak pilih Electrolux pun yea.. hahahaha.. aishh.. bersyukurlah butang oiii.. yg ni dah OK dah.. ni sebab dah terlampau taksub dengan Electrolux tu, tu yang nak Electrolux aje walaupun ada yang lebih bagus dari tu.. kannn.. ha3.. Psiko betul!

Note : Beli pada 11/05/2014
Harga : RM374
Waranty : 11/05/2014-09/05/2016 (2 tahun)
= Rosak Tukar Baru =

BLOG DAH BERWAJAH BARU!!

Heee.. tema Oren tetap dikekalkan tauu.. Amacam? Komen sikittt.. 
 
Ada pendapat mengatakan PV/Traffic blog akan ada effect kalau tukar template, samada naik atau turun.. tapi.. apa yang teman nampak ialah.. peningkatan.. yeaaaa.. peningkatan.. syukur Alhamdulillah.. Hope biarlah macam ni atau naik lagi kalau boleh.. ehehehehe.. tq buat buah hatiku Zaza sebab sudi bertungkus lumus edit kan blog yang codingnya berterabur giler ni.. heh3.. i like.. tQ.. tQ.. tQ so much Zaza

Opss.. lupa lak, sape yang berminat nak buat bisnes card or, nak tempah Kad Raya/Sampul Duit Raya/Buttorn Bacth/Design Mug dan edit blog leh je pm Zaza di FB beliau yea.. Zaza Iman .. suka zaza ni.. kelakar gak orangnya.. heeee..
 
Opss.. lupa lak.. nak share gak gambo ni.. ni Pageview (PV) teman sekarang ni.. di snap/print screen jam 2.10 am (ini jelea masa free teman pun nak nengok blog.. he3) ada peningkatan.. lega rasanya.. risau gak bila tukar template traffic jatuh merudum..

Nak ucap tQ sekali lagi buat Zaza tuan punya blog-->http://www.zazazehra.com/ sebab sudi editkan blog ni, dan nak ucap tQ jugak buat Syue tuan punya blog-->http://syuhadabaharudin.com/ sebab bagi link2 template2 yang OK untuk dipilih.. heee.. akhirnya blog teman dah berubah wajah.. yeayy!! jom singgah blog Syue jomm!!

JADI MANGSA TAG ENCIK KET,ANNE NURAIN DAN MAWAR RINDU


Teman di tag oleh Encik Ket

Soalan Peperiksaan Liebster Award (SPLA) :
1. Bio awak secara ringkas.
Teman ni asal dari Ipoh, Perak.. blogger yang suka kucen..  itu je bole? ha2
2. Gambarkan pada saya kehidupan awak sekarang?
Kehidupan teman sederhana aje.. tapi sangat membahagiakan.. =)
3. Dalam hidup ni, apa perkara yang paling membawa erti?
dapat bersama orang yang tersayang susah atau senang..
4. Apa itu cinta menurut anda?
Cinta itu subjektif.. suasah gak nak terangkan ni.. heee..
5. Senaraikan benda atau hal yang awak benci.
Tak suka Jammed, tak suka cari parking keta lama2, tak suka orang yang tak JUJUR
6. Senaraikan benda atau hal yang awak suka.
Suka kucen, suka tengok citer kartun 3D, suka melukis! yeahh!
7. Apa impian atau cecita awak yang sudah tercapai?
Mempunyai Kedai sendiri bersama orang tersayang..
8. Bila bercakap soal persahabatan, apa pandangan awak?
teman sukakan sahabat yang JUJUR, sekiranya didapati sahabat itu tikam teman dari belakang, memang agak susah nak memaafkannya sampai bila2.. 
9. Bila bercakap soal kehidupan, apa pandangan awak?
Bukan Mudah nak hidup senang tanpa usaha
10.  Komen ikhlas awak tentang blog Encik Ket?heeee.. blog yang kemas, tak serabut mata nengok.. & paling suka header kome.. smart!


Teman di tag oleh : Anne Nurain
1. Tarikh lahir & umur? Hihi..
28 Febuari tit tottt... Umur tit totttt... (tit tott tu maksudnya keyboard rosak takleh nak taip.. kah3)
2. Asal? Nyatakan alamat tepat.. Nak gi beraya nanti.. Haha.. Skema jawapan : Lahad Datu, Sabah.
Asal Ipoh Perak.. Ipoh mali talak sombong maa.. ha3
3. Suka coklat tak??
sukaaaaaaaaaaaaaa.. ha3.. tapi Cadburry takleh makan dah.. aiyooo..
4. Haiwan yang korang nak sangat bela.
hu3.. tak minat haiwan lain selain kucen.. 
5. Tempat yang korang nak sangat pegi & kenapa?? Bagi gambar pliss..
Krabi Island!! sebab? sebab view nya so cantikksss!!!!
6. Lagu yang korang layan sekarang? Senaraikan 3 lagu je..Biar (hani dan zue), Hujung Dunia (Hanie Soraya) , Di Pintu Syurga (Dayang nurfaezah)
7. Menabung syiling tak? Bagi bukti bergambar pliss.. Nak compare ngan tabung aku.. Muahahaha..
hah! nah! buktinye teman Menabung.. ha2.. Angry Bird tuuu.. 
8. Kelemahan diri korang?
Kelemahan.. hemmm.. tak boleh tengok kucen jalanan, mesti nak bagi depa makan walaupun depa tak mintak.. (kalau makanannya ada lah..)
9. Aktiviti mencabar yang korang teringin nak buat?
Go-Kart.. tapi macam takde peluang je nak main.. huh!
10. Boleh terima tak penggunaan 'aku' oleh tuan blog ni?? Hehehe..
boleh jea.. takde masalah.. 
11. What is your first impression about me?? Cehh soklan last baru speaking.. Haha..
sweet & peramah kot.. heee... 

Teman di tag oleh : Mawar Rindu
1)  Famili awk panggil awk dengan gerangan?
Anak Benggali / Hidung Beso / L*** .. (ha2.. rasia!)
2) Suka buah2 tempatan tak? Contohnya?
Duriaaaaannn!!! Mangga!! Tembikaii!! semua teman sukaaaa!!! heee...
3) Haiwan apa awk paling takut? Ahah
Lipasssss!!! Baca nih-->i kill you!
4) Genre movie yang jadi pilihan?
fiksyen, 3d cartoon, seram (kalau berteman boleh le), investigation (ho2.. CSI!!!)
5) Feveret blogger awk siapa?
hemm.. Fatin Liyana Asri kot.. 
6) Awk sukakan seseorang tapi orang tu tak tahu, so, apa awk akan buat?
ha3.. dah takde peluang nak suka orang lain dah.. kikikiki
7) Ada kawan baik tak? Cer bagitaw ap yg buat dy istimewa pd awk ^_^
yup.. dulu ada kawan baik.. sekarang ni semua dah menjauhkan diri lepas teman kawen.. =(
8) Pendapat tentang kahwin muda ? 
Ok pe kawen muda.. anak dah beso.. mak ayah muda n sihat lagi..
9) Target umur nak kahwin? Haha
ha3.. takde target dah.. dah tercapai pun... hi3.. 
10)Nama yang awak suka? Kalau boleh one day nak bg nama anak! Haha
hemmm.. kena tengok buku nama2 anak yang sesuai dalam Islam kot.. heee
11)1st impression tentang saya, or maybe my blog? 
hee.. rasanya tuanpunya blog suka colourful betul tak? sebab blog warna warni.. hee.. 

Perghh.. selesai sudah menjawab soklan dari wartawan2 dari majalah Apokono... hahahaha.. gurau je.. jangan mare eh.. teman cuba gak menjawab ni walaupun teman bz, ni pun sebab masih ada dirumah lagi.. so, bole la nak buat entri ni.. kalau kat kedai kang.. memang TAK lea kot sebab internet slow melow weh.. ha3.. tq lah yea.. sebab sudi tag teman.. ha3.. bundle terus teman menjawap kan!!

yang ni plak soklan dari teman untuk mangsa2 teman lak.. huhihihihuhuhuhikhik.. ikkkk Oooo.... (mcm gelak keldai je rupanya yea.... adeh)

Soklan nya ialah :
1.) Suka kucen tak? beri sebab kenapa suka/ tak suka kucen
2.) Hobi anda?
3.) Pendapat anda tentang blog Tengkubutang?
4.) Nama panggilan Anda dalam dunia Blogger?
5.) Rajin join Event Blogger tak? ke mana pernah gi?
6.) Sebut Blogger mana yang anda pernah jumpa face to face setakat ni?
7.) Blogger yang paling anda minat?
8.) Apa tujuan berblog?
9.) bagi 3 menda yang paling anda tak suka buat?
10.) dah berapa lama jadi blogger? (usia blog)\
11.) Tengkubutang sombong tak? hahahahaha.. taktau nak tanya apa dah.. blurrr.. im rushing nih.. kekeke
Mangsa Tag :
http://www.zazazehra.com/
http://www.ladyainaa.com/
http://miszrockers.blogspot.com/
http://www.syuhadabaharudin.com/
http://www.mujadafewa.my/
http://zack-hoya.blogspot.com/
http://komikfeeqry.blogspot.com/
http://www.fatindiana.com/

ha2.. yang kat atas ni teman pilih secara rawak aje tauu.. heeee.. jawap jangan tak jawab! pastu tinggalkan link kat sini yea.. nanti teman nak baca lak.. keh3.. kecian kome yea.. hahahahaha!

25 Mei 2014

Senarai Pemenang ABPBH 2013

Senarai pemenang Anugerah Bintang Popular BH 2013

Kategori Utama:
Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Artis Baru Lelaki Popular – Achey
Artis Baru Wanita Popular – Zara Zya
Artis Duo/Berkumpulan Popular – Stacy & Akim
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Stacy
Pelakon TV Lelaki Popular –  Shah Iskandar
Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha
Artis Komedi Lelaki Popular – Jep
Artis Komedi Wanita Popular – Jihan
Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk AC Mizal
Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa
Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan (ERA)
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana (HOT FM)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Rahim Razali
Kategori Online:
Artis Lelaki Stailo – Awal Ashaari
Artis Wanita Stailo – Yana Samsudin
Gandingan Serasi di Layar – Azlee Khairi & Zara Zya
Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular – Sofi Jikan
Artis Berpengaruh di Laman Sosial – Datuk Siti Nurhaliza
Chef Selebriti Paling Popular – Chef Wan
Aksi di Youtube Paling Popular – Mengajar Kanak-kanak Riang (Mat Luthfi)
Note : Terbaekkk.. Mat Luthfi menang untuk kategori Artis Youtube Paling Popular! memang dia layak pun kan! heeee.. suka teman nengoknya.. heee.. Actually teman tak dapat nak nengok siaran lansungnya tadi sebab bz kat kedai masa tu.. tapi dapat nengok keputusan pun kira ok lah kan.. hu3..

24/5/2014 (11.30 pm)

23 Mei 2014

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF DAN FADHILAT SURAH AL-KAHF

Pengenalan Surah Al-Kahfi
Dengan nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Mengasihani ♥
Buat kengkawan semua, hari ini hari Jumaat kan... Jom baca surah Al Kahfi. terdapat banyak kelebihan dalam Surah ini, meh lea kita baca dan hafal sama2.. cuba amalkan membaca surah ini selepas solat fardhu, surah ini ada 110 ayat. 22 ayat setiap selepas solat.

antara kelebihan surah ini :
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah.” (Riwayat Al-Baihaqi dari Abi Said al-Khudri)

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan Surah al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal.” (Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tirmizi daripada Qatadah)

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada Surah al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal.” (Riwayat Muslim dan An-Nasai)

Daripada Muaz Ibnu Anas al-Juhari, daripada bapanya, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca dari Surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (Riwayat Ahmad)

Daripada Umar berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (Riwayat Ibnu Katsir)

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang; dan 70,000 Malaikat memohon rahmat kepada Allah s.w.t. hingga waktu Subuh, dan dijauhkan Allah s.w.t. dari terkena wabak penyakit demam panas atau ta’un; penyakit sopak; dan dijauhkan dari fitnah Dajjal.”

Mari kita sama-sama beramal.. 
Credit to : Malissa Iryani
(i like blog Malissa.. siyes.. jom singgah)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Setiap Nabi mempunyai doa mustajab (doa yang pasti diperkenankan). Kerana itu, para Nabi segera memanfaatkan doanya itu, tetapi aku akan ku manfaatkan nanti untuk membela umat ku di hari kiamat. Insya Allah doaku itu akan mencapai setiap umat ku yang mati dengan tidak menyekutukan Allah."

Kasih sayang Nabi pada kita tiada tolok bandingnya. Banyakkan Selawat dan Salam keatas baginda semoga Rasulullah kenal, cam kita umatnya diakhirat kelak.

4 PERKARA UNTUK SIHAT

4 perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

4 perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


4 perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


4 perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR
==============

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.


4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

21 Mei 2014

DOA UNTUK ANAK MENJADI CERDIK

20 Mei 2014

WORDLESS WEDNESDAY #BUKAAN SERVIK



Bagaimana Ibu melahirkan kita? bagaimana isteri melahirkan anak untuk suaminya? pasti menda ni tak ramai yang tahu.. namun gambar diatas mungkin boleh memberi sedikit gambaran bagaimana proses dipenghujung kelahiran seorang bayi itu itu.. Perkongsian gambar diatas adalah untuk dijadikan tambahan ilmu bagi yang dah tahu, dan untuk pengetahuan tambahan buat yang belum tahu.. jom tengok gambo atas ni, buat lelaki pun bole tengok, untuk pengetahuan am korang gak.. esok2 dah kawen idaklea zero beno pasal menda ni kann.. buat yg dah kawen tu, takyah teman nak explain.. semua tau kan.. amik ini buat ilmu.. aduh lapo lak.. nak gi makannn  jap..

Bukaan servik, saiz bukaan diibaratkan:

✔ 2cm: Syiling 10 sen

✔ 4cm: Biskut Oreo

✔ 6cm: Tin minuman ringan
✔ 8cm: Donut
✔ 10cm: Tisu tandas

GELIHATI


ha2.. tiba2 rasa geli perut dengan telatah adik ipar teman yang sorang tu.. adeh.. teringat masa adik beradik teman datang umah ramai2 minggu lepas, teman bawak diorang gi makan ayam penyet kat Plaza Idaman tu.. pastu teman ada lea buat surprise sikit untuk sambut Anniversary adik & wife dia .. ulangtahun perkahwinan yang ke 9 tahun tauu.. kawen muda depa tu..  anak pun dah masuk 4.. perghhh.. jeles teman tauu.. 
hu2.. dalam sibuk menunggu order makan sampai, teman pun bawaklah keluar satu bekas Cake Coklat Moise.. tujuannya nak bagi lea pasangan pengantin 'lama' tu suap menyuap kan.. sebab menda nya kecik aje.. teman taktau nak beli kat mana kek yang beso.. maka nak cukupkan syarat teman beli jelea apa yang teman jumpa.. teman letak depan adik lelaki teman, dia tengok cake tu dan baru nak pegang...... 
Sekali adik ipar teman yang lelaki (suami adik popuan teman), dia gi ambiknya cake tu, dan dengan slumber dia buka bekas tu dan laju jea menyudu kek special tu then suap ke mulut dia.. Whatttt??? terkesima teman masa tu tau... hahahahahah.. yang kelakarnya.. kami ni bole terkedu nengok aje apa yang dia buat.. tak cuba pun nak ambil kek tu ke atau halang dia makan ke... biar jelah dia makan sesuap demi sesuap.. adehhh.. 
hahahaha.. dan paling kelakar.. kami tak ada rasa nak marah ke apa, lebih2 lagi adik teman & his wife tu pun takde rasa nak marah.. rasa macam kelakar jea.. maybe sebab kami dah rapat.. takde mendalah semua tu.. hahaha.. tapi geram jugok teman kat adik ipar teman tu tau.. hahahaha.. hati tu tergeletek jugak le tengok perangai dia.. 
Dah 3 kali dia suap kek tu dalam mulut, kek pun makin reda'(kurang), laju2 teman suruh adik lelaki teman tu amik sesudu dan suap ke mulut wife dia.. hahahaha.. apa lagi.. dengan pantas seperti kilat terus dia menyodok kek tu dan suap ke mulut wife dia.. 
ha2.. alahai.. kesian.. terkulat2 wife dia makan.. tak cukupp.. sedap kek tu katanya.. kih3.. Nasib lea.. lambat beno nak buka kek tu, last2 org lain resmi dulu.. kah3.. pastu depa bebel kata "ni sape punya Anniversary ni??" dengan selumber adik ipar yang makan kek tu cakap "Ala, nanti aku belikan yang lain.. aku beli 10 lagi nanti" .. terus yang lain gelak selambak.. adehh.. sabo jelah... 

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers