Nity

Nuff

31 Januari 2014

Handphone GiveAway by Syuhada1981.com

Handphone GiveAway by Syuhada1981.com
Klik Banner henfon Aummm kat atas ni cepat.. 
Waduh2.. bila ternampak gambo ni, teruih teman terbekenan giler.. pergh.. corak dia.. design dia.. yang penting ada tulisan LV tu kann.. nyum2.. menyelerakan! nakkkk.. bagilea teman yea Syuhada.. Syuhada budak baik.. comel.. rajin.. cute.. kacak.. supan santunn, lemah lembut, suka tolong orang.. (ha2.. baik punya kipaih/kipas nii) .. korang takmau ke?? rugi woo.. moh lea join cepatt.. mana tau kot mengkome bertuah? haaa.. tuah ayam nampak di kaki.. tuah kome? nampak tak? haaa.. moh join moh...

Senarai Hadiah
Top Referral
Louis Vuitton atau Gucci Handphone (bernilai RM450.00 setiap satu)  + RM 50.00 x 4 pemenang
Random
Solat Perfume (RM50.00 setiap satu) x 6 pemenang

30 Januari 2014

TAHUN BARU CINA DAN APA YANG BEST

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2014
Selamat Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia.
Gong Xi Fa Chai. Xin Nian Jin Bu, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao.

He2.. sebelum tu teman nak ucapkan Happy Chinese New Year buat rakan2 teman yang berbangsa Cina, nampaknya tahun ni teman tak dapat Angpou lagi lah yea.. sebab teman udah kawenn.. huk3.. teringat dulu dapat Angpou Merah .. ada wit2 (duit) dalamnya.. hu3.. happy sangat2.. sampai kawan Cina teman tu cakap.. "Haiyaaa.. cepat2 lah kawennnn.. habes duit saya tiap2 tahun mau kasi Youuuu... ha3.. teman kata peduli apaa.. rezeki temann kannn... ha3.. tapi tahun tu dah berlalu.. teman udah tak dapat sampul merah tu dah.. huk2.. sedey.. kui3.. dulu siap dapat Limau satu kotak, dapat macam2 lagi.. hi3.. dapat angklung,, fuh.. kenangan tu.. hi3.. sekarang dah dok jauh.. takde dah lea angpou.. (amboihh.. berangan gak tuu.. hu3)

Apa2 pun jom baca entri teman yang ni.. entri terakhir untuk hari ni.. sebab malam ni nak gerak lik kg dah.. Cotiii.. yeaaaa! Apa yang best pasal tahun baru cina? mestilah Cotiiii.. yeayy!! baca entri ni tau!

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salaisosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Meh.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam(Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).

Hemm.. rasanya cukup untuk kali ni ilmu tentang Tahun Baru Cina ni kot.. next year kita tambah lagi ilmu pasal ni yea.. buat pengetahuan n ilmu tambahan.. apasalahnya kan.. kadang masa buat entri ni lea baru tau pasal ni semua kann.. teman macam tu lea jugak.. masa buat entri ni baru tau.. O.. macam tu rupanyaaaaa..

Baca jugak link bawah ni yea..

PRANK HUBBY GUNA TAHI BUTANG

PRANK HUBBY GUNA TAHI BUTANG

Ini kerusi, hubby teman baru beli tahun lepas, masa ni baru n cantik lagi.. sekarang ni kerusi ni dah tak rupa apa dah.. dah abes berbulu2 dicakor dek butang n oyen.. kaki kerusi ni pun udah patah dibuat deme.. hu3.. yang peliknya hubby teman idak lea nak marah deme ni, cer kalau teman yang buat.. gerenti dimarahnya teman ni, siap merajuk2 lagi kot.. aishhh.. tak patut betuii.. kata hubby teman, kucen tu taktau pepe, kalau dia buat salah kita marah dia pun, dia bukan faham pun.. huk3.. betui jugak yea!

Hu2.. hubby teman sayang beno dengan kerusi baru dia ni, teruja nak buat koje bila ada kerusi ni katanya.. hu3.. teman nengok sayang bebeno dia dengan kerusi ni.. mula lea teman buat plan nak pekenakan hubby teman ni.. hi3..


Alkisahnya.. hari tu teman pekenakan hubby teman dengan Tahi Butang..hu3.. jom baca bawah ni!

teman amik tahi Butang ni...

Pastu letak kat kerusi kesayangan hubby teman tu.. hu3..


Bila hubby teman balik koje n masuk bilik, dia ternampak tahi ni atas kerusi dia, dia menjeritttt.. aaaaaaa.. tengok niiii.. cepat lea tengok niii.. Aaaaaaaaaaaaaaaaa..

Teman yang dalam bilik depan dah tak tahan gelak, berdekah2 teman gelak bila terdengar suara hubby menjerit tengok kerusinya dah ada ketul2 tahi kucen.. hik3.. pastu teman pun pura2 lari ke bilik tengok apa dia.. 

Hubby cakap Butang dah berak atas kerusi ni... camne ni? 

Teman pun dah tak tahan sangat nak gelak.. tak boleh nak berlakon lagi dah.. nak tergelak sangat2 tengok muka risau hubby masa tu.. 

Apa lagi.. meletop berdekah2 teman gelak.. hubby dah pelik dah.. pastu teman amik tahi Butang tu, teman tunjuk kat hubby, hubby dah geli2 dah tengok.. hihihihi.. pastu teman citer lea dari A to Z.. hubby geram jea.. dia kata "nak kena niiii..."

Kesian Butang, Butang lak jadi mangsa yea.. 
walhal tuan dia yang punya onar.. kih3.. 

muka bengang.. hik3

heeee.. actually.. tu bukan tahi Butang/kucen pun.. tu sebenarnya kotak yang teman rendam dalam air dan kepal2 jadikan macam tahi kucen tu, teman dapat idea ni dari sebuah blog.. tp x ingat blog sape.. saja jea nak try pekenakan hubby teman.. yelah.. dah sayang beno kerusi dia tu, siap bersembang pun takmo turun dari kerusi tu.. hi3.. haa.. kan dah kena... apa2 pun.. mujur mood hubby OK masa tu.. kalau tak kena masa, memang lain pulak jadinya kann.. tak terfikir plak yang tu.. kui3..


NASI GORENG KERABU TENGKUBUTANG

NASI GORENG KERABU TENGKUBUTANG
ho3.. hari tu makan Nasi Goeng kerabu kat warung depan umah ni, giler terus berkenan.. sukaa.. sedappp.. pehtu mula lea rasa nak try buat sendiri.. nyum2.. memang gigih lea pastu google resepi..
dan akhirnya jadilah Nasi Goreng Kerabu ala Tengkubutang.. hik3.. boleh tahan rasanya.. sodapp.. yang penting nasinya jangan kering sangat yea.. biar basah2 sikit.. sedap memakannya.. hehehehehehe.. hubby teman suka yang basah2.. teman lak redha je mana2.. telan jea asal sedap.. heee.. Nak resepi?
 
Bahan-Bahan
Masak Nasi 2 cawan Beras (sejukkan)
Ikan Bilis segenggam untuk tumbuk halus
Ikan Bilis sedikit untuk Goreng rangup
Kacang Panjang dihiris Nipis
1 batang serai dihiris nipis
sedikit bunga kantan dihiris nipis
1 biji Bawang besar dihiris nipis
3/4 ulas bawang putih ditumbuk halus
6-8 biji cilipadi ditumbuk halus dgn sedikit udang kering
Taugeh
Kubis dipotong nipis
sebiji Telur

Cara-Cara
mula2 tumis bawah putih, bawang besar dan Cilipadi yg dicampur udang keirng
 tadi hingga masak dan naik bau,
I
I
V
masukkan ikan bilis yang ditumbuk halus tadi, biar garing sikit..
I
I
V
masukkan bunga kantan, serai, kacang panjang,Telur dan tambah perisa (kacau semua)
I
I
V
Masukkan Nasi tadi dan kacau rata dengan bahan2 goreng tadi
i
I
V
Masukkan hirisan kobis dan Taugeh
I
I
V
bila dah sebati semua.. last sekali masuk Ikan bilis garing tu tadi.. Siap!! hee.. dap2 emm..

TAHUN BARU CINA 2014 BERTEMAKAN ZODIAC KUDA

Menurut perhitungan kalendar Cina, tahun 2014 merupakan tahun Kuda Kayu. 
Dalam kebudayaan Cina, kuda adalah lambang ketangkasan dan ketekunan 
dalam hidup yang membawa kepada kebahagiaan.

Tahun Baru Cina 2014 diraikan sebagai tahun kuda iaitu simbol ketujuh daripada 12 shio menurut zodiak Cina. Menurut Zodiak Cina, Tahun 2014 adalah Tahun Kuda, yang dimulai pada tanggal 31 Januari 2014 dan berakhir pada tanggal 18 Februari 2015. 

Kuda adalah tanda ketujuh dari Zodiak Cina yang terdiri dari 12 Shio. Dalam budaya Cina, Kuda adalah simbol kebangsawananketangkasan dan ketekunan. Orang yang lahir di Tahun Kuda adalah orang yang pintar, bertutur kata luar biasa dan memiliki bakat untuk mempengaruhi orang lain untuk mendapatkan sesuatu. 

Mereka percaya bahawa tujuan mereka dalam hidup adalah “untuk mencari kebebasan individu dan kebahagiaan.” 
Pernyataan yang digaris merah diatas di line kedua, bahawa kuda merupakan simbol kebangsawanan, ketangkasan dan ketekunan. Maka sudah selayaknya kita di tahun 2014 mendatang boleh bertindak cepat, tangkas, penuh dedikasi dan loyal ibarat Kuda yang tangkas seperti gambar diatas..

Lebih berusaha dan bekerja tekun untuk pencapaian target yang sudah kita tentukan sebelumnya di awal tahun 2014 dan kita review kembali nanti di akhir tahun 2014.

Info-info lain berkenaan Tahun Kuda.. (untuk pembacaan sahaja yea.. jangan ada yang nak menelek2 lak)


Selamat Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia.
Gong Xi Fa Chai. Xin Nian Jin Bu, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao.

SEJARAH ZODIAK CINA

Orang Cina menandai setiap tahun dengan haiwan yang sesuai. 
Ada 12 binatang dalam zodiak Cina.  

Haa.. sempena Tahun Baru Cina ni, teman nak buat entri pasal tahun baru cina gak lah.. hee.. tadi saja belek2 sejarah tentang sambuatn Tahun Baru Cina ni dan apa kaitan dengan zodiak2 yang ada setiap tahun tu kan.. mesti korang pun tak tau kan.. so, teman pun jadikan satu entri ni untuk perkongsian bersama kita semua..Tapi just untuk pengetahuan sahajlah yea.. jangan ada yang sibuk nak menelek2 or percaya lak yea.. ini just digunakan oleh bangsa cina sahaja.. bagi umat islam haram kita ikuti cara ni yea.. kalau sekadar untuk tambah ilmu n pengetahuan semasa tu boleh aje..  teman pun baru tau ni.. hu3.. takpe.. meh kita baca sama-sama yea.. =) .. Ingat tau.. baca jea... 

Urutan haiwan berdasarkan daripada kisah lagenda berikut;-

Sejarah Zodiak Cina
Ada beberapa versi dari kisah asal-usul Zodiak / Shio China. Salah satunya adalah bahawa Buddha sering lupa usianya sehingga untuk membuatnya lebih mudah untuk menghitung usia, ia memutuskan untuk memilih 12 haiwan untuk mewakili setiap tahun. Dia mengundang semua binatang di dunia untuk berkumpul di suatu tempat, dalam sejarah ada yang mengatakan pesta, pada waktu itu. Ke-12 Haiwan pertama tiba itu harus tahun dan tahun itu bernama urutan haiwan yang datang.

Malam sebelum pertemuan, kucing dan tikus setuju untuk mengejutkan bangun tidur satu sama lain untuk memulai perjalanan bersama-sama. Namun, tikus tidak menepati janjinya dan tidak mengejutkan kucing. dan membiarkan kucing itu tidur. Pada saat kucing tiba, pertemuan itu sudah selesai. Haiwan-haiwan lain berhasil datang ke tempat pesta kecuali lembu. Lembu tahu bahwa dia adalah lambat, jauh lebih lambat sehingga ia mulai perjalanan malam sebelumnya.

Lembu berjalan sepanjang malam tapi ia tidak menyadari bahawa tikus telah naik di atas kepalanya seluruh perjalanan. Tepat sebelum sapi tiba, tikus melompat di atasnya dan mendapat tempat pertama dalam zodiak. Beberapa versi cerita mengatakan tikus memanjat pada sapi sebelum menyeberangi sungai dan kemudian melompat ke garis finish. Sisa haiwan tiba di urutan sebagai berikut: harimau, kelinci (arnab), naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.

Cara Menghitung Zodiak / Shio China :
Pada awalnya, Zodiak / Shio Cina digunakan sebagai cara mudah untuk menghitung tahun dan usia seseorang. Selama Dinasti Zhou Timur, 12 binatang itu berkait dengan tahun kelahiran seseorang. Ketika bayi Cina lahir, tanda haiwannya dikatakan untuk mengungkapkan karakternya. Tanda Zodiak / Shio Cina seseorang juga digunakan untuk mengetahui keberuntungan seseorang. Kompatibilitas Pernikahan mitra 'juga ditentukan oleh tanda-tanda haiwan mereka.

Zodiac (shio) lengkap menurut perhitungan kalender tionghoa berulang setiap 60 tahun. Ada 12 shio dengan lambang haiwan, dan 5 unsur alam. Dengan demikian secara kombinasi antara shio dan unsur ada 12×5=60 macam. Banyak orang yang tahu lambang haiwan shio tahun kelahirannya, tetapi sedikit yang tahu apakah unsur dalam shio tersebut. Di bawah ini adalah cara mudah untuk menghitung apa lambang shio dan unsur tahun kelahiran 


kita dari tahun Masehi. Perlu diingat, bahawa tahun tionghoa dimulai sejak Tahun Baru Imlek yang tidak tepat jatuhnya dengan permulaan tahun Masehi. Tahun baru Imlek umumnya jatuhnya pada bulan separuh akhir Januari atau separuh awal Februari. Jika hari lahir Anda terletak pada sebelum Tahun Baru Imlek, maka gunakan angka tahun Masehi sebelumnya.


Misalnya kita ingin mencari Chinese Zodiac untuk tahun 2013.


HAIWAN ZODIAC

Kurangi angka tahun dengan 4. (2013-4=2009)
Dapatkan sisa pembagian angka diatas dengan 12.
2009 : 12 = 167 sisa 5. Angka Sisa = 5.
Angka sisa itu adalah angka haiwan zodiac:
Tikus
Kerbau
Macan
Kelinci
Naga
Ular
Kuda
Kambing
Monyet
Ayam
Anjing
Babi


Jadi tahun 2013 adalah tahun 5: ULAR

UNSUR ZODIAC
Kurangi angka tahun dengan 4.
2013-4= 2009
Dapatkan sisa pembagian angka diatas dengan 10.
2009 : 10 = 200 sisa 9
Angka sisa = 9.
Dapatkan Hasil pembagian sisa diatas dengan 2 (buang sisanya).
9 : 2 = 4


Angka diatas adalah nombor Unsur Zodiac.
Kayu
Api
Tanah
Logam

AirJadi Unsur Tahun 2013 adalah Air. Artinya, tahun 2013 adalah Tahun ULAR AIRKarena siklus 60 Tahun, tahun terakhir ULAR AIR sebelum tahun 2013 adalah tahun 1953.

Actually teman agak pening dengan kiraan kat atas ni.. dah cuba kira balik untuk tahun 2014, saja nak tengok tapi macam tak betul je pengiraan kat atas ni.. hu3.. teman lemah bab kira2.. ni.. korang pandai2 sendiri lah yea.. teman share aje.. kui3.. kira nak tengok tahun jea tau.. bukan kira nak tau korang zodiac apa ke  yea!!

sumber/info : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina

29 Januari 2014

DULU TAK TAHU, SEKARANG DAH TAHU

heeee.. Motip tayang gambo kat atas ni bukan apa, saja nak share dengan korang apa yang teman tak pernah sangka sebelum ni, iaitu memasak menggunakan bahan2 kat atas ni.. hu3.. korang tau.. sebenarnya teman ni idak lea terer memasak.. masak2 biasa2 tu boleh laa.. tapi kalau macam mak2 kita dan makcik2 yang punya masakan sedap2 tu tak mampu lea teman nak ngikut nya.. teman teringin gak nak ada Tangan Ajaib yang bole masak semua jenis kegemaran hubby teman, tapi tu lea.. lum sampai lagi kot ke tahap tu.. hu3.. ada yang hubby dah suka, ada jugak yang hubby masih tak puas hati.. hu3.. kalau bole nak RASA sama macam apa yang dia makan sebelum ni.. aishh.. jenuh.. mentang2 lea dia mastercheff.. huh3.. 

Ok lah.. nak citer ni.. menda2 kat atas ni ada hadiah dari bos hubby teman, bos bagi kat hubby, masa tu bos baru lik dari Melaka.. so.. paham2 yea.. yang dalam gambo ni semua dari Melaka okeh.. hu3.. dan mula2 teman buka menda2 ni (diletak dalam satu paperbeg) aishh.. nak buat apa menda ni? tak reti teman nak masak guna bahan2 ni.. pehtu.. bior jelea dalam peti entah berapa lama.. pehtu masa bulan puasa teman teringin nak makan buah melaka, so, google lea resepi.. haaa.. dapat pun.. lepas tu tengok bahan2 dia.. ada Gula Melaka, hoh.. kebetulan lea pulok.. hi3.. so, dengan tak semena2 terus buat buah melaka tu.. jadi lak tu.. perghh., sedapppp.. teman ada save gambonya.. nanti teman cari balik..

Then ada suatu hari tu hubby kata teringin nak makan gulai Pajeri Terung, uikk.. ho2.. google resepi lagi.. tengok2 bahannya gula melaka ada gak.. ha2.. apa lagi.. terus buat pajeri terung tu.. Alhamdulillah.. hubby cakap serupa macam my mother in law buat.. syukur.. then teman dah boleh dikatakan dah guna semua menda dalam gambar kat atas tu.. tak sangka plak teman, akhirnya teman guna gak menda2 atas tu yang pada mulanya agak tidak familiar pada teman yang jarang masak ni.. hu3.. syukur lah.. tak membazir kan.. heee.. 

err.. yang Inang-Inang tu teman tak tau nak buat camne.. goreng je kot yea? menda tu pun entah ke mana teman letak teman pun tak ingat dah.. ekekekek

NASI GORENG PALING SEDAP DIDUNIA..

Gambo atas ni gambo contengan sebab terbayang Nasi Goreng hubby .. hu3
Dalam dua hari ni, teman agak tak berapa sihat sebenonya.. nak masak pun tak lalu, sakit perut.. sakit orang popuan.. tettttt.. udah! jangan tanya dah.. paham2 sendiri jea hokeh.. hu2.. kelmarin hubby teman buatkan Nasi Goreng stail dia.. ala2 masterchef gitu.. perghhh.. sedap giler beb! Nasi Goreng yang dia buat memang kena dengan selera teman.. nyum2 rasanya.. SEDAP! pastu malam tadi teman still tak berapa nak sihat lagi, so.. teman terbayang2 jea Nasi Goreng yang dimakan malam tadi (kelmarin).. nak request takut hubby marah.. yelah.. dia kan dah balik koje penat2, 

Pastu teman lak tak larat nak masak.. denagn harapan nak suruh dia buat nasik goreng lagi lea kononnnya.. hu2.. tapi teman takut dia marah.. tengok2 terlepas jugak cakap nak nasik goreng macam semalam.. SEDAPPP.. my hubby miaw2 kata ikan bilis dah habes.. 

huk2.. frust jugak masa tu.. last2 teman gi dapur n kua kan apa2 aje bahan nak masak.. keluarkan daging, konon nak buat kari daging.. sekali tengok2 santan plak dah tak elok.. alahai.. tukar menu nak buat sup lak.. pastu hubby teman datang dapur soh masak nasik.. nak buat nasik goreng macam semalam.. wahhh.. bestnyeee.. tapi kali ni guna daging lak.. sebab ikan bilis dah abes.. apa2 jelah, tak kisah.. sebab teman tau Masterchef ni masak apapun sodap.. dan akhirnyaaa.. jadilah Nasi Goreng!
Memang sedapppp.. tak taruk Ajinomoto, tak taruk perisa apa2, cuma diseimbangkan rasa garam, rasa pedas, rasa kunyit, rasa daging, rasa..... arghhh.. mabeles! memang terbaekkk! thank you cyg.. =)

EMBUN BEAUTY HOUSE ... TQ VERY MUCH YEA!

bungkusan diterima pada...  
Hadiah PRETZELS CRISPY (perisa Coklat) dan Collagen Crystal Eye Mask 
 
PRETZELS CRISPY berperisa Coklat.. sedappp..
Teman nak ucap tQ buat Embun Beauty House yang baik hati sudi post hadiah/ole2 untuk teman.. ole2 tu ialah PRETZELS CRISPY (perisa Coklat) dan Collagen Crystal Eye Mask.. terima kasih sangat2 yea.. hu2.. teman terus terang cakap la kan.. teman tak pernah rasa lagi Pritzels ni camne, dalam orang dok cakap2 pasal Pritzels.. teman baru ni dapat baru dapat rasa Pritzels tu... 
ada macam perisa, teman dapat rasa yang coklat tu.. SEDAPPP!! 
teman nengok yang ni pun terliur gak.. 
ni antara perisa lain yang ada.. nak tau banyak lagi? sila ke Embun Beauty House
Memang SEDAPPPP!! rangup n terbaek lahh.. haaaa.. kalau korang teringin.. boleh lah order dekat Embun Beauty House, harga berpatutan.. sedap n rangup lak tu.. fuhh.. terbayang2 lagi rasanya tauu.. heee.. selain tu Embun Beauty House juga ada menjual macam2 barangan lagi di Fanpage Embun Beauty House  tu, kalau rajin .. moh le jenguk2 yea.. jangan lupa LIKE sekali yea.. he2.. 

ZACK HOYA.. TQ VERY MUCH YEA!


Haiii.. hari ni teman bz sikit.. tapi laju jea nak update blog ni sebab risau terlupa something.. hari ni ingat nak buat entri Thank You buat rakan-rakan yang baik hati yang selalu jea bantu teman kalau ada apa2 yang teman tak faham.. heee.. okeh lah.. takmo citer panjang2.. teman just nak ucap thank you buat 

Zack a.k.a Zack Hoya (klik yea..) 

Haa.. tau sebab apa nak ucap terima kasih kat Zack? Nampak tak gambo atas ni? haa.. sekarang teman dah ada butang yang pakej untuk korang follow teman, kira kalau nak follow mana2 klik jea kat icon kecik2 dalam kotak belah kanan sidebar blog teman ni yea.. takyah dah nak scroll2 cari.. semua ada dalam tu.. Twitter? FB? Youtube? semua ada.. klik jea..

Teman ucap terima kasih sebab Zack sudi luangkan masa buatkan widget macam kat dalam gambo atas ni.. mula2 teman tanya camne nak buat, pastu Zack dah bagi jalan.. teman lak macam bz jea nak buat pastu takut coding lari lah apa lah, itulah.. inilah.. semua sebab memang takut sangat pun coding lari.. hari tu ada edit blog adik, memang xtau apa silap.. ada coding lari.. huk2.. kesian lak kat adik bila jadi camtu.. so, teman pun dah serik nak edit2 ni.. hee.. pastu teman try lea buat yang Zack dah bagi tu, tapi punya takut coding lari, terus stop.. hu2.. ingatkan main coding template.. rupanya tak usik pun coding template tu.. hi3

Last2 Zack yang baik hati tolong buatkan untuk teman.. waduh2.. sungguh baik hati Blogger kat Malaysia ni kan.. heee.. Opss.. bukan bodek yea.. memang yea pun.. ada sekali tu mintak tolong blogger sorang lagi tu pun camtu gak.. siap share kan link n macam2 lagi untuk settle kan masalah blog teman tu.. heee.. tQ.. tQ.. apa2 pun.. jom singgah Zack jom.. Zack pun pandai tulis Novel tau.. leh jenguk2 blog Zack yea.. follow lea sekali.. ramaikan kenalan.. =)

26 Januari 2014

LIST PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE 28 #AJL28 TENGKUBUTANG

HAFIZ JUARA!!
ANUGERAH JUARA LAGU KE 28 -- AJL 28
Bahagiamu Deritaku muncul sebagai Juara Lagu ke-28 menewaskan 11 pesaing lain.
Ahaaaaa.. Juara Lagu 28 Milik Hafiz!! teman udah agak dah.. Hafiz yang akan menang kannnn.. Bahagiamu Deritaku... best.. terbaekkk.. suka suara Hafiz.. memang rezeki dia asyik menang jea nih, Lagu ciptaan LY dan lirik Baiduri itu disampaikan oleh penyanyi, Hafiz dalam persembahan yang begitu menyentuh perasaan. Tahniah Hafiz!!! Jom tengok keputusan lain jom!

Persembahan Terbaik
Hafiz
Persembahan Hafiz dengan lagu Bahagiamu Deritaku dipilih penonton 
sebagai Persembahan Terbaik.

Vocal Terbaik
Jaclyn Victor
Jaclyn Victor diumumkan pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu 
Ikut Rentakku bagi AJL28 ini.

Tempat KEDUA
Hyper Act
Naib juara milik lagu Hanya Aku hasil ciptaan dan disampaikan sendiri kumpulan Hyper Act.

Tempat KETIGA
Awie Raffael
Lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Awi Rafael dan Altimet yang dicipta 
komposer Omar K dan Audi Mok di tempat ketiga.

Pssstt.. Teman tak nengok kat TV sebab TV umah rosak.. teman nengok live streaming pakai internet jea.. nengok kat sini-->LAYAN ON9

24 Januari 2014

SUNNAH DAN ADAB DI HARI JUMAAT

Salam Jumaat semua.. bersyukur kita kerana masih lagi berada di bumi Allah ini untuk Jumaat yang ke berapa dah kan.. Alhamdulillah kita diberi kesihatan yang baik untuk terus menjadi umatnya yang disayangi.. 

Teman ni nak taip panjang2 pun tak boleh sangat.. sebab tengah terkejar2 nak packing barang customer untuk di post jap lagi.. tapi teman nak jugak share entri ni yang dah lama teman letak dalam draft.. sebab teman suka menyimpan perkara yang berilmu macam ni dalam blog teman, dan moga ia juga menjadi sumber ilmu dan amalan buat rakan2 serta siapa2 saja yang singgah ke blog teman ni.. 

Apa2 pun meh teman kongsikan Sunnah-Sunnah dan Adab-Adab di Hari Jumaat ni, iaitu Penghulu segala hari.. gambar diatas sekali ni adalah perkara sunnah/Adab yang elok  kita lakukan/perbanyakkan untuk hari Jumaat yang istimewa ini.. Dismaping tu, perbanyakkan zikir pada hari Jumaat ni.. mudah-mudahan kita mendapat pahala berlipat kali ganda dari hari-hari biasa.. InsyaAllah.. Aminn.. 
Jom Berzikir dimana saja berada.. 

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2