Nuff

30 Januari 2014

TAHUN BARU CINA DAN APA YANG BEST

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2014
Selamat Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia.
Gong Xi Fa Chai. Xin Nian Jin Bu, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao.

He2.. sebelum tu teman nak ucapkan Happy Chinese New Year buat rakan2 teman yang berbangsa Cina, nampaknya tahun ni teman tak dapat Angpou lagi lah yea.. sebab teman udah kawenn.. huk3.. teringat dulu dapat Angpou Merah .. ada wit2 (duit) dalamnya.. hu3.. happy sangat2.. sampai kawan Cina teman tu cakap.. "Haiyaaa.. cepat2 lah kawennnn.. habes duit saya tiap2 tahun mau kasi Youuuu... ha3.. teman kata peduli apaa.. rezeki temann kannn... ha3.. tapi tahun tu dah berlalu.. teman udah tak dapat sampul merah tu dah.. huk2.. sedey.. kui3.. dulu siap dapat Limau satu kotak, dapat macam2 lagi.. hi3.. dapat angklung,, fuh.. kenangan tu.. hi3.. sekarang dah dok jauh.. takde dah lea angpou.. (amboihh.. berangan gak tuu.. hu3)

Apa2 pun jom baca entri teman yang ni.. entri terakhir untuk hari ni.. sebab malam ni nak gerak lik kg dah.. Cotiii.. yeaaaa! Apa yang best pasal tahun baru cina? mestilah Cotiiii.. yeayy!! baca entri ni tau!

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salaisosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Meh.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam(Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).

Hemm.. rasanya cukup untuk kali ni ilmu tentang Tahun Baru Cina ni kot.. next year kita tambah lagi ilmu pasal ni yea.. buat pengetahuan n ilmu tambahan.. apasalahnya kan.. kadang masa buat entri ni lea baru tau pasal ni semua kann.. teman macam tu lea jugak.. masa buat entri ni baru tau.. O.. macam tu rupanyaaaaa..

Baca jugak link bawah ni yea..

Related Posts

13 ulasan:

  1. thank sharing kak...selamat bercuti :D

    BalasPadam
  2. Zara pon rasa paling best masa perayaan mcm ni.. adlah cuti.. hohoho.. slmt bcuti. Ati2 dlm pjalann tu ek.. ^^

    BalasPadam
  3. nice sharing... selamat bercuti..hati-hati di jalan raya.. ^_^

    BalasPadam
  4. perkongsian yang menarik. selamat bercuti.

    BalasPadam
  5. Huhuhu.,...baru tahu... Abak ni teruk,prayaan kaum lain buat tak tahu je...tq,nice shraing..at least Abak faham la tujuannya...hehe

    BalasPadam
  6. Salam tb, aby brjiran dgn cina. Mlm td jenuh kucing lari lintang pukang sbb bunyi mercun dr rumah sebelah. Lama plak depa bakar mercun

    BalasPadam
  7. mlm tadi , bila jiran main mercun sakan , kucing saya yg ketakutan ... cian . hari ni saya dpt angpow mcm thn2 lepas juga ... heheheee

    BalasPadam
  8. selamat hari raya TB. haha. angpow bank in je ya :D lalala

    BalasPadam
  9. Nice sharing.. Selamat bercuti..

    BalasPadam
  10. apa yg best dpt mkn limau berkotak2.hehe..bru feel thn bru cina

    BalasPadam
  11. Kalau akk apa yg best CNY ni ialah Lion Dance la. Terjah mana yg ada lion dance ni. Mak ngan anak sama je suke.

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

nuffy2

GA New