RESEPI IKAN TONGKOL MASAK KICAP




RESEPI IKAN TONGKOL MASAK KICAP

Satu lagi resepi ikan yang boleh dicuba. Ikan Tongkol ni sedap ke? TB rasa macam pernah makan, yang keras tu ke? hahahaha.. maaf sebab TB tak berapa kenal ikan sangat.. jarang makan ikan.. selalu makan ayam dan daging je.. pasal tu rupa ikan pun tak berapa nak kenal.. sejak tak boleh makan ayam dan daging berlebihan ni, TB dah start nak makan ikan.. Tapi ada jugak lah ikan yang TB tak makan.. macam keli, bawal, ikan jaket, ikan tongkol ni tak pasti la pulak.. hahaha.. Dah tak leh makan ayam dan daging pun masih nak memilih makan ye.. adoiii

Bahan-Bahan :• 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana (lumur garam dan kunyit lepastu goreng)
• 8 biji bawang merah (kisar)
• 3 biji cili hijau (hiris)
• ½ labu bawang besar (hiris)
• 4 ulas bawang putih (kisar)
• 2 sudu besar cili (kisar)
• 1 inci halia (kisar)
• Sos tiram
• Sos tomato
• Sedikit cuka
• Kicap
• Gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak :
1.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan² kisar tadi sampai harum dan garing
2.Selepas itu masukan sos tomato, sos tiram,kicap, cuka dan sedikit air dan masak hingga mendidih
3.Akhir sekali,masukan cili hiris dan bawang
4.Masukkan gula dan garam secukup rasa
5.Masukan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.Tutup api
6.Angkat dan hindangkan dengan nasi panas












1 Ulasan

  1. Walaupun boleh kata tiap2 minggu masak kicap ni, resepi mesti lain-lain.
    Kejap pakai sos ini, kejap kang pakai sos itu.
    Apapun, akan dicuba plak resepi masak kicap TB yang ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama