Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

18 Januari 2014

CARA REPAIR BADAN SENDIRI

Sambil rehat2 atau bersantai2... kita boleh la cuba2 repair badan kita sendiri. Rujuk grafik. Picit dan gosoklah bahagian2 berkenaan di tapak tangan kita. InsyaAllah bermanfaat untuk kesihatan. Lagi baik kalau sedang memicit2 atau menggosok2 tu kita baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Surah Qul...

17 Januari 2014

PM Najib Tun Razak dan Isu Kangkung

Maybe, PM kita sendiri tak sedar bahawa setiap apa saja yang keluar 
dari mulut beliau boleh jadi isu paling hangat ketika ini...
Salam Jumaat buat semua, hemm pagi tadi teman terbaca banyak cerita pasal KANGKUNG yg berkaitan dengan PM kita dekat MalaysiaKini.. rupa2nya banyak sungguh herdikan dan kata2 sinis yang beliau terima dari orang ramai yang menentang kenaikan harga barang, dan beliau sendiri dah pun menjawab tentang isu kangkung yang kini hangat diperkatakan dalam Facebook sehingga ada yg membuat parodi lagu kangkung, dan yang terbaru wujud isu perkauman pulak bila tersebar gambar dari kaum bukan Melayu, dimana replika kartun PM kita yg mulutnya disumbat dengan 10kg kangkung.. dalam pada tu.. teman baca jugak komen2 yang negatif kat situ,  kebanyakan menyarankan PM kita berundur.. 
hemm.. bila terbaca je komen macam tu, terfikir jugak kenapa PM masih tak faham apa yang rakyat mahukan? ternyata terang2an dah nampak yang rakyat inginkan perubahan, kalau taknak berundur sekarang, tak tahulah apa lagi malu atau aib yang beliau akan terima lepas ni, 
sedikit sebanyak teman ada jugak berasa kasihan beliau diperlakukan begitu, nak pulak isu kangkung baru2 ni tersebar meluas hingga keluar Malaysia pun ada, 

Teman pasti keadaan ini akan berlarutan sekiranya PM masih disitu.. kalau benarlah begitu, teman rasa lebih elok beliau berundur secara terhormat.. atau.. betulkan keadaan yang semakin membebani rakyat ini, fahami kesusahan rakyat dengan merasai sendiri keperitan rakyat... atur perbelanjaan negara dengan betul dan tidak lagi menggunakan pendapatan negara untuk sesuatu yang tidak penting..dapatkan kembali kepercayaan rakyat dengan sesuatu yang benar2 buat rakyat kembali menyokong pucuk pimpinan beliau.. 
Dan sekiranya masih tak mendapat tempat dihati rakyat, maka berundurlah dengan cara terhormat daripada diri beliau terus diabkan.. .kerana apa yang teman nampak, rakyat dah semakin kurang hormat kepada beliau..  dan sekiranya masih tiada tindakan membaiki keadaan daripada beliau, sudah tentu apa saja dibuat rakyat akan menentang .. inilah dikatakan bila dah tak suka, buat apa pun orang akan mengata.. 

16 Januari 2014

THAIPUSAM DAN APA YANG BEST?

THAIPUSAM DAN APA YANG BEST
Hemmm.. hari ni teman saja jea buat entri pasal Thaipusam ni.. sebab esok hari Thaipusam kan.. dan apa yang best ialah.. heeee.. esok my hubby Cotiiiii.. haaa.. korang pun coti gak kan?? Apa2 pun teman saja baca sikit2 info tentang perayaan Thaipusam ni, just untuk pengetahuan bukan berniat nak agung2 kan jauh sekali nak sambut... just info dan ilmu untuk diri sendiri aje.. so, jangan ada yang kata teman buat entri ni nak promote Thaipusam lak yea.. hari tu nak buat entri Maulidur Rasul tapi udah terlepas sebab bz dengan tetamu yang datang umah n ajak gi jengjalan.. hu3.. so, terlepas lea entri pasal Maulidur Rasul..

Hemm.. ok lah.. meh kita mulakan, sedikit pengenalan tentang Thaipusam.. Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan menyapukan campuran serbuk cendana dan air di atas kepala. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. 

Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung Merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. 

Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. 

Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.

Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.

Upacara Pecah Kelapa Sempena Perayaan Thaipusam
Pesta' memecahkan beratus-ratus ribu buah kelapa oleh penganut-penganut agama Hindu sempena perayaan Thaipusam kini  bermula..

Upacara yang diadakan saban tahun itu adalah sebagai persediaan merayakan Thaipusam yang disambut esok oleh penganut agama Hindu di seluruh dunia.

Tradisi ini diadakan bertujuan untuk  menyucikan diri daripada kejahatan.

Selain itu, tradisi ini turut dikongsi oleh orang ramai yang turut 'menolong' memecahkan buah kelapa yang disediakan di tepi jalan atau di hadapan kuil.

Beberapa jalan di sekitar bandar raya telah ditutup secara berperingkat mulai semalam, Rabu (15 Januari) berikutan perarakan berhala sempena perayaan Thaipusam esok (Jumaat) ,

Jalan-jalan dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan H.S.Lee ke Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves ditutup bermula pukul 10 malam hingga 4 pagi berikutan perarakan itu.

So, kepada sape2 yang suka berjalan tu.. dok umah jelah yea esok.. hu3.. mana tau nanti terkandas lak kat jalan2 yang digunakan untuk upecara ni.. haaa..

Segmen : Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah

just nak support rakan blogger kita, hee.. sorry abak.. lambat plak join.. heee.. jom kita meramaikan follower jom.. jomm.. klik Banner atas ni untuk join! =) disamping leh tambahkan follower, leh kita kenal2 dengan blogger2 lain .. kan.. =)
Syarat-syarat :

1. Follow Lorong Cinta
2. Buat Entri  Segmen : Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah..
3. Tampal Banner dan link kepada Lorong Cinta
4.Copy URL dan Paste dalam ruangan komen
5.Bermula 7 Januari dan berakhir 7 Februari 2014

15 Januari 2014

MASUK RAPI MAGAZINE

---- Wordless Wednesday ---
Simpan buat kenang-kenangan.. heee.. tapi yang ni bukan citer pasal blog tauu.... tapi citer/pendapat teman tentang .. hemm.. bacalah sendiri yea.. Takmau taip panjang2.. lagipun ini kan entri Wordless Wednesday.. heee.. 

09 Januari 2014

ARMAGGEDDON NIGHTHAWK KAI-5 REVIEW

ARMAGGEDDON NIGHTHAWK KAI-5
Ni rupa kotaknya.. Beso kan..
Lalalalala.. Hai. korang semua, Hai.. senanglah dalam hati... he2.. hari ni mood nak buat entri datang dah sikit2.. ni yang up satu entri baru ni.. hu2.. bukan entri apa pun, just nak review tentang keyboard baru yang hubby teman beli ni haa.. semalam dia beli keyboard ni, pergh.. kotaknya beso.. tapi dalamnya tak lea beso mana.. hik3.. mula2 pandang sebelah mata jea.. maleh nak nengok.. tapi pastu bila duduk kat kerusi depan pc tu, try menaip sikit.. pergh.. lembutnya butang keyboard dia.. alahai.. jatuh cintak teman tau! memang butang keyboard camni lea kegemaran teman.. idoklea keras melengkang macam yang sekarang teman guna sebelum ni.. kekekeke.. 
2 COLOR BACKLIGHTING tuuuuu.. heee..
sekali dengan CD Installer.. (jangan tanya lebih, teman idak lea tau menda2 ni)

Haaa.. harga yang hubby teman beli semalam ialah RM 105.00, hubby miaw beli kat Lowyat, mana lagi yang murah kan? ho3.. tapi kalau ada yang beli lagi murah tu, sila diam2 yea.. hi3.. nanti teman nyesal lak kang.. harga murah dari yang kami punya.. kekekeke.. apa2 pun jom baca review kat bawah ni.. haaaa.. kot lea mengkome pun sedang tercari2 keyboard baru kan.. he2.. teman suka keyboard ni.. best! baca review!

Technical Specifications
General
  •  118 membrane silent switch and lifespan up to 10,000,000 keystrokes.
  • 11 programmable macro keys, on-the-fly profile switch.
  • 3 customizable gaming software profiles.
  • 7 default multimedia control keys.
  • Adjustable polling rate with custom setting 125/500/1000Hz.
  • Adjustable backlighting intensity and color [red, blue].
  • Gaming cluster with anti-ghosting capability
  • Additional WSAD and directional keys
  • 1.5 meters multiflex cord
Description

24 Programmable buttons: Headed by 12 additional keys with 2 Macro profiles, the KAI-5 can store up to 24 different Macros, with a profile switch key for easy cycling.

Gaming mode: Activate the gaming mode via a simple button to disable the windows key. You’ll never be disturbed by that pesky little button while gaming ever again.

Marked key set: Additional WSAD and directional keys give a stylish finish to the KAI-5. It is also practical, with its grooves and markings to aid in lightning-quick keystrokes.

Designed with the essential Keyboard Active Illumination, our codenamed KAI-5 has been a popular choice amongst gamers. With its prominent backlighting, you will have perfect vision of the keyboard which reduces the chance of hitting the wrong keys.

The KAI-5 comes with 12 built-in programmable buttons. Additional keys mean that you can have more commands at your disposal. Create your very own macros and customize the KAI-5 to match the game.

The KAI-5 comes with 2 Macro profiles color coded into hot red and cool blue backlighting. This prevents any confusion between profile switching, improving your gameplay responsiveness. 

Be it the handful of spells in World of Warcraft, or simply adding macros for different games, additional macro keys are indispensable.

tengokkk.. best giler kan.. bila malam2 sungguh cantikk keyboard ni, pastu kan.. buttorn dia lembut jea nak menaip.. alalala... sukaaa sangat2 tauu.. pandai hubby miaw pilih.. hu3.. Opsss.. dia pilih ada sebab.. sebab nak main game senanggg.. haaaa.. tau sangattt... tapi takpe.. janji bestt! sedap menaip! he2..

Sumber
Gambar : Pakcik Google..
Info : http://armaggeddon.net/

06 Januari 2014

BERADA DALAM PENJARA SELAMA SEJAM

BERADA DALAM PENJARA SELAMA SEJAM
Entri berkaitan-->Call Me Back *126* - maxis
Nampak gambo atas tu? he2.. korang ibaratkanlah tu teman yea.. alkisahnya teman pernah terkurung dalam pintu grill dekat umah teman ni tau.. masa mula2 pindah n duduk dengan hubby, teman tak pernah terfikir pun akan melalui pengalaman camtu tau.. hu2.. 

Meh teman citer, hari tu kannn.. lepas hubby teman makan tengahari kat umah, dia pun bersiap ke Ofis semula, dalam kul 2 lebih kurang.. lepas hubby dah gi koje teman lak memang nak keluar jap gi Mydin, nak beli barang dapur untuk masak dinner punya menu.. kelam kabut sangat nak keluar, teman tarik lea pintu kayu tu (yg dah di lock dari dalam) pastu seluk poket nak buka pintu grill.. tengok2 kuncinya enggak adaaaa.. warghhhhh.. teman terlupa amik kunci grill.. arghh... guano ni?? 

Teman terperangkap ditengah2 tu? henfon lak takde kredit.. nak whats app pun line wifi takleh 'tarikh' sampai keluar pintu tu.. teman udah mati kutu kat tengah2 tu.. aiyooo.. acane ni? nak mintak tolong jiran, jiran lak tak keluar2 umah dari tadi.. pastu teman pun cuba lea rodok2 gak mangga grill tu dengan kunci2 lain yang teman ada.. dengan harapan untung2 boleh terbuka walau bukan kunci dia.. tapi.. kecewa hasilnya.. tak boleh wehh! (memang lea tak boleh kannn.. kunci SOLEX tuuuuuuuuuuu..)

Akhirnya teman berpeluhan kat situ.. gilerrr.. panas wehh!! ingat hotel ke ada aircond kat situ? ha3.. teman pun terduduk kejap kat tengah2 ruang antara pintu grill n pintu kayu tu..fikir punya fikir.. lama2 teringat tentang perkhidmatan Maxis Call Me Back yang disediakan untuk pelanggan Maxis yang tiada kredit dan ingin dihubungi segera (urgent) macam SOS gak lea bagi teman kan! 

Pastu teman pun tekan no. *126* diikuti no henfon hubby teman... tak lama pastu.. kring.. kring.. hubby teman Call teman.. (itupun selepas 3 mesej Call Me Back  berturut2 baru dia call, sebab dia tak paham katanya nape teman tiba2 cakap omputeh suh dia call lik.. kui3) then teman mengadulah itu ini, mintak dia balik bukakan pintu.. huk2.. kesian hubby teman balik semula ke rumah semata2 nak bukakan pintu grill untuk teman.. lepas dah buka dia terus gi koje lik.. nampak macam ada marah sikit kat muka hubby tu.. yelea.. dia baru masuk koje dah kena balik umah lik.. Teman pun faham dia bz sangat masa tu.. teman takut2 gak nak call dia.. 

Abeh tu, kalau tak call camne teman nak keluar dari situ? alamatnya kena tunggu sampai pukul 6 la baru leh Merdeka??? ha3.. tq lea hubby ku sayang, walau bz camne pun masih sudi balik selamatkan bini mu yang pelupa ni.. ha3.. selepas itu.. tiap kali nak keluar teman pasti akan genggam kunci tu kuat2.. takut terjadi kes terkurung ni lagi.. kikiki.. fobia wehh!!

Pssst : Sebelum ni teman pernah gelakkan kawan FB teman yang pernah hadapi kejadian terkurung macam teman gak, last2 kena batang hidung sendiri.. amik kauuu.. gelakkan orang lagii.. ha3.. So, korang hati2 yea.. jangan nak gelakkan teman sangat, kang korang lak kena.. hah3..  takuttt

Call-Me-Back *126* - Maxis

Call-Me-Back *126*

Haaa.. saja teman nak share yang ni dulu, sebab selepas share tentang menda ni, ada STORY disebaliknya teman nak share ngan korang.. apa2 pun.. korang cuci mata dulu nengok menda ni yea, malas teman nak translate2.. korang leh baca n faham Bahasa Inggeris kan? korang bacalah yea.. nanti teman update entri b terbaru yang berkaitan Call-Me-Back *126* ni yea! ada lea citer sikit pasal ni.. he3...

Call-Me-Back *126*

Call-Me-Back *126* is an exclusive service for Maxis subscribers. If your line has been barred or you're out of credit, you can send an SMS to other Maxis or Hotlink subscribers asking them to call you back. Best of all, it's totally free-of-charge!
Terms & Conditions
This service is available to all Maxis Mobile and Hotlink subscribers.


The content of the SMS is predefined using a standard template. Subscribers will not be able to send a personalised message.

Maxis Mobile subscribers may use this service only when barred and up to 3 times per month.
Hotlink subscribers can use this service when they are out of balance or their account has been deactivated. Maximum usage is 3 times per month.

03 Januari 2014

KALENDAR TAKWIM TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2014

Kalendar Takwim tarikh penting dalam Islam Tahun 2014 / 1435 - 1436 H bagi Malaysia.
Hari ni teman masih bz lagi nak ber blogwalking.. ada tetamu lak nak mai umah malam ni, nak kena kemas umah dan macam2 lagi nak settle kan.. hope lepas dah selesai semua teman dapatlah bw ke blog rakan2 yang komen kat sini yea.. jangan marah teman yea.. sebab lum ada kesempatan nak singgah blog korang... ada masa nanti teman singgahbalas yea.. thanx buat semua.. sayang korang semua..

Apa2 pun, entri blog teman kena jugak di update kan.. sebab hari ni dah masuk 3 Januari 2014, teman lansung takde update lagi entri terbaru untuk tahun ni kan.. makanya.. teman nak update sesuatu yang penting untuk kita share bersama2.. teman share info ni dari Blog Mia Liana yang femes tu.. jom singgah!

Maulidur Rasul
14 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiulawal 1435 H

Israk dan Mikraj
27 Mei 2014 bersamaan 27 Rejab 1435 H

Awal Ramadhan / Berpuasa
*  29 Jun 2014 bersamaan  1 Ramadhan 1435 H

Nuzul al-Quran
15 Julai 2014 bersamaan 17 Ramadhan 1435 H

Hari Raya Puasa / Aidilfitri
* 28 Julai 2014 bersamaan 1 Syawal 1435 H

Awal Zulhijjah
26 September 2014 bersamaan 1 Zulhijjah 1435 H

Hari Raya Korban / Aidiladha
* 5 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435 H

Awal Muharam / Maal Hijrah
25 Oktober 2014 bersamaan 1 Muharam 1436 H

* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia 
Sumber :  Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Entri Credit to : Blogger Mia Liana

31 Disember 2013

BLOGGER SOMBONG DAN KEKWAT!

ENTRI PENUTUP TAHUN 2013
BLOGGER SOMBONG DAN KEKWAT
heee.. saja belek2 FB Tengkubutang Miaw punya history yang lepas2.. banyak jugak ayat merapek yang teman jumpa kat wall teman ni, ayat merapek yang teman post tu kebanyakannya pasal kerumitan nak edit blog.. ha2.. merapek ke tuh? heee.. teman asik bertanya soklan itu ini pasal edit blog kat wall FB teman tu.. mujurlah ada yang expert yang x kedekut ilmu sudi share ilmu diorg.. dan

Syukur Alhamdulillah dapat rakan blogger yang tak sombong dan kekwat macam.... opssss.. hahahahaha.. mesti ada yang tau pasal citer ni dulu kata teman ni tak abes2 lagi ke? ha2.. ekceli teman pun dah lupa menda ni..memang dulu agak terasa hati sangat dengan blogger sorang ni, tapi lama2 teman dah tak heran dah.. sebab teman punyai lagi ramai rakan blogger yang tak sombong n kekwat macam dia tuu.. hak3.. mengumpat ke apa nih? 

Oh tidakkk.. teman just luahkan isi hati teman jea kan.. bukankah menulis perlu dari hati? ekekekek.. oklah, xde menda sebenonya entri ni, just saja suka2 jadikan ia entri.. almaklumlah.. inikan Diari Digital teman, makanya.. nak lea jugak simpan story mory yang dolu2 sewaktu teman mula2 aktif ber blogging.. hik3.. bila tengok balik rasanya macam kelakar jea, awat lea teman leh luah keGERAMan teman dekat wall FB tu? 

ha3.. maybe masa tu x terbendung dah kot.. hihihi.. tapi kannn.. kalau korang nak tauu.. memang BLOGGER SOMBONG N KEKWAT tu sampai la' ni TAK PERNAH singgah dan komen kat blog teman, walaupun sekali.. kadang saja uji komen kat entri dia, saja nak test kan.. memang dia xkan singgah balik.. teman rasa macam dia tak sudi kawan dengan teman kot.. maka..dengan itu.. teman pun macam tu jugaklah.. takpelah, kalau taknak kawan sudah.. teman pun tak hingin.. Weeeekkk.. 

Cuma apa yang dikesalkan.. dia bukanlah blogger terkenal pun.. even blogger HasrulHassan dan DENAIHATI (baru2 ni beliau ada komen di entri teman, wahhh.. terharu!) seee!!?? Mereka2 yang femes tu pun pernah singgah dan komen di blog teman.. walhal teman memang tak berharap pun mereka akan singgah balik sebab teman tau mereka Blogger yang femes.. mana ada masa nak kunjungbalas kan.. 

Teman x ingat entri mana HasrulHassan pernah komen, tapi dia komen minta teman buat butang Follow G+ , senang dia nak bw katanya.. 

Tengokkkkkkk.. blogger femes tuuu.. x sombong pun? yang kekwat n sombong ni nape pulak yea? nak kata follower ramai, tak jugak, nak kata femes pun x jugakk.. hemm.. tapi nape nak sombong?? pelikk kan.. hemm.. tapi takpelah, teman pun x harap sangat pun.. dia bukan retis pun.. kui3.. apa2 pun korang yang follow teman bukanlah blogger yang teman maksudkan tu yea, sebab blogger tu tak follow teman n teman pun tak follow dia pun.. dah blacklist terus.. kui3.. opsssssss.. siapakah dia??? biarlah rahsia.. 

Cuma apa yang teman belajar disini ialah.. we cannot please all people, n must always think positive! mcm apa yang kebanyakan rakan blogger lain sebut dalam komen2 di wall FB teman hari tu.. heee.. thanx yea kepada semua.. cool lea jugak teman hari tu.. udah x marah2.. disebabkan nasihat u ols yang soh think positif tu.. 

Bagi yang xtau citer, leh lea nengok2 n baca.. ha2.. siap print screen, saja nak buat pengajaran kat diri sendiri.. jangan bila time marah2 jea post kat wall, marah je.. post kat wall.. ekekekek..(tapi tetap kubuat gak!)
huu.. bila baca balik memang kelakar pulak, adoi.. apalah teman ni kan.. itu pun nak amik ati.. hemm.. kisah lama.. ha2.. lama x lama jugak lea kan.. apa2 pun.. semangat ber blog harus diteruskan!~ walaupun hanya blogger kecik keciklan aje, tapi hati mau positif! ha2!

itu saja untuk entri penutup 2013 ni, teman ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 buat semua.. Semoga Azam kita tahun 2014 nanti akan tercapai dan semoga datangnya tahun baru ini kita akan jadi lebih Positif dan sentiasa berusaha lebih untuk merubah sesuatu menjadi lebih baik.. Aminn..

Pssst.. maaflah kalau ada tersalah atau tersilap tanpa teman sedar yea.. jangan simpan dalam hati yea..

30 Disember 2013

LARI DARI RUMAH

Ho2.. Jumaat lepas (27/12/2013) dia buat hal lagii....  nak tau sape yang lari dari rumah tu? haaa.. sape lagi kalau bukan si Butang ni.. kira ini dah cubaan kali ketiga tak silap, dia cuba lari dari rumah.. entah apa yang dia cari diluar sana teman pun idak lea tauuu.. 

Mungkin dia taktau kot, kat luar sana bukannya indah macam yang dia dapat masa dok dalam umah kami ni, teman pun bukan nak kawal atau kongkong dia, tapi teman sendiri takut nak lepaskan dia ke luar sana.. sebab tahun lepas teman pernah nampak 3 ekor anjing liar mengejar seekor kucing putih.. masa teman tengok mula2 tu teman ingat anjing2 tu main kejar2 dengan anak anjing kaler putih, sekali teman dengar bunyi kucen menjerit.. 

Ya Allah... kucen rupanya yang dikejar oleh 3 ekor anjing tadi.. teman dengar kucen tu menjerit2 pastu hilang dah suara dia.. teman soh hubby gi tengok, tapi hubby tak jumpa.. last2 esok pagi teman soh hubby tengok kucen tu kalau ada.. tapi.. sedih sangat2.. hubby teman jumpa mayat kucen tu.. terdapat kesan gigitan yang besar pada kucen tu.. Ya Allah.. sedihnya hati teman dengar.. memang start dari hari tu, teman nekad takkan biar kucen2 teman terlepas keluar.. teman taknak Butang dan Oyen hadapi keadaan ngeri macam kucen putih tu.. Tapi si Butang ni tak faham.. boleh plak dia keluar umah senyap2..

Alkisahnya lepas teman letak plastik sampah kat luar pintu umah, teman dah tutup pintu tu rapat2.. tapi nak dijadikan citer.. rupa2nya pintu tak tutup rapat.. dan teman ni lepas dah siap koje umah, memang akan buka pc untuk update N3 Blog ni.. tengah sibuk2 menaip.. tiba2 rasa dahaga nak ke dapur.. sekali teman tengok pintu terlangah sikit punya beso... dalam fikiran terus tangkap something! Aaaaah sudahhhhh, Butang dah lari lagi laa nii. teman panggil2 Butang, tapi Butang tak muncul2 gak.. sedangkan Oyen elok jea lepaking depan pintu, dia takde pun nak lari.. pelikk..

Pastu mulalah teman turun bawah apartment, cari Butang.. setiap Block teman gi cari.. x jumpa2 gak.. pastu naik tingkat atas, cari dan cari.. takde jugak.. pastu turun balik bawah, gi cari lagi sekali.. gi keluar kawasan apartment pun ada, tak jumpa jugak.. last2 tanya kat makcik cleaner yang selalu cuci kawasan Apartment kami sewa tu, dia kata memang ada nampak sekor kucen yang tak biasa tengok.. ekor dia tebalkan? kata cleaner tu.. teman jawab lea Yea, sebab memang ekor Butang tebal/beso.. hemm.. tapi teman tak budget pun kucen yang cleaner tu jumpa adalah Butang.. teman cuma rasa cleaner tu agak2 aje..

Lepas penat mencari, teman pun dah giveup.. nak dekat berapa jam cari tak jumpa, last2 balik umah.. menangis dalam bilik, call hubby mengadu Butang dah hilang.. hubby pun frust dengar pasal ni, tapi nak buat camne.. dah hilang.. kami tawakal jea supaya dapat jumpa balik Butang..

Tengok2 dalam berberapa minit pastu ada orang panggil2 kat luar umah.. teman buka pinta, tengok2... cleaner tu datang hantar Butang.. Ya Allah.. lega rasanya teman bila memang betul, kucen yang diorang nampak tu Butang.. dan bila buka pintu jea, Butang macam tau2 itu umah dia, dia terus masuk.. hu3.. Ya Allah.. meleleh air mata ucap tQ dekat cleaner tu.. malu pun ada.. sebab takleh control nangis tu.. hu2..

Tapi yang kesiannya cleaner tu macam takut dengan Butang sebab Butang Cako dia.. haishhh... Cleaner tu cakap "abes saya dicakar nye" Alahai.. kesian Cleaner tu.. Butang ni memang akan macam tu kalau tak kenal orang, tambah2 dia dalam ketakutan, masa sampai umah tu dia macam garang semacam pastu mata melilau ketakutan.. kesiann kat dia.. mesti dia rasa ketakutan kat luar sana.. lama jugak kali ni dia hilang..
Beginilah Butang bila dah balik umah hari tu, macam kepenatan jea teman tengok.. tido sampai tak sedar dah.. hemm.. bila teman tengok dia, teman terfikir, kalau dia hilang selama2nya dan duduk merata kat luar sana, agaknya macam mana lea dia tido, macam mana lea dia makan, macam mana lea dia dengan tak mandinya, dengan banyak kutunya,kurap lagi, luka lagi.. hemm.. teman sayang Butang

EPHYRA BERI KESAN YANG LUARBIASA

EPHYRA BERI KESAN YANG LUARBIASA 
Hai.. teman nak citer ni, teman kan ada menang hadiah Produk EPHYRA haritu kan, kalau tak ingat meh klik SINI .. haaa.. hadiah pun dah sampai ke teman hari tu.. klik SINI lak.. heee.. mengikut kata Blogger Mia Liana (penganjur Giveaway tersebut) Pemenang yang menang hadiah ke 4 hingga ke 25 Dikehendaki untuk membuat entri review selepas 10 hari minum EPHYRA dan kongsikan pengalaman serta perubahan yang dialami. haaa.. so, hari ni teman nak share lea dengan korang yea pengalaman teman minum EPHYRA ni..

EPHYRA BERI KESAN YANG LUARBIASA 
Hari Pertama minum EPHYRA ialah pada 19/12/2013 dan pada tarikh 28/12/2013 adalah hari terakhir menghabiskan satu paket terakhir EPHYRA . Apa yang teman nak citerkan kat sini, masa mula2 kenal EPHYRA ni, teman agak tak berapa nak percaya dengan kesan pencerahan seperti yang orang citer, dan harganya pun rasanya mahal bagi teman, pada fikiran teman masa tu, kalau harga mahal tapi dapat kesan yang dimahukan takpelea kan.. tapi kalau tak memberikan apa-apa kesan bukankah membazir duit namanya? Tetapi....

Bila dapat rasa sendiri dan dapat tengok sendiri perubahan pada kulit wajah,teman akui apa yang teman sangkakan sebelum ini SILAP! yea! betul! Sebenarnya EPHYRA ni memang terbaekk! Kenapa teman cakap camni? Haaa.. Jom Baca bawah ni kalau nak tahu kenapa.....

EPHYRA MENJADIKAN WAJAH PUTIH BERSERI
Bila teman dah minum dalam dua hari.. (teman selalu minum sebelum tidur) bila keesokan hari bangun pagi tengok muka kat cermin, rasa macam kulit wajah cerah dan tidak kusam seperti sebelumnya, dan seperti yang testimoni lain katakan sebelum ini, memang betul lah kalau minum EPHYRA ni boleh menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.. 

EPHYRA BUAT BADAN TERASA CERGAS
Teman dapat rasakan perubahan pada badan, memang rasa macam diberi tenaga tambahan pulak sebab sebelum ni, kalau tidur lewat.. esok paginya nak bangun subuh punya lea berat badan ni.. tapi lepas minum EPHYRA, rasa macam rajin jea bangun.. rasa macam cukup tidur jea walaupun selalu tidur lewat malam.

EPHYRA MEMBANTU MENGURANGKAN JERAWAT!
Ho2.. yang ni memang teman betul-betul puas hati! jerawat yang baru nak membesar tu tiba-tiba "terbantut" lepas dua hari teman minum EPHYRA ni.. waaaaaaaaaaa.. macam tak caya jea.. kalau tak... mau nye teman dah gatal tangan nak picit bila jerawat tu membesar.. Tapi EPHYRA ni bukan saja dapat menghalang Jerawat membesar malah ia juga mampu memudarkan parut jerawat di muka ni.. fuh.. terbaekkk.. 

EPHYRA MEMBANTU MENGURANGKAN SEMBELIT
Haip.. haip.. malu i.. heee.. asalnya taknak share yang ni, tapi kalau untuk bagi tau kebaikan apasalahnya kannn.. haaa.. teman ni selalu jea sembelit.. tapi sejak dalam 10 hari minum EPHYRA ni, ke Toilet lancar aje.. heee.. memang terbaekk laa EPHYRA ni!

Tak lupa gak nak citer yang teman ni dah JATUH CINTA dengan rasa 
EPHYRA ni, memang superb sedap!! Minuman yang berperisa ala2 Oren/Mangga gitu.. memang sedap! teman pernah gak minum suplemen macam ni sebelum ni, tapi takdelah sesedap EPHYRA ni, kesan pun tak lea sehebat dan secepat EPHYRA ni, serius! teman macam tak percaya jea EPHYRA ni boleh beri kesan luarbiasa yang Superb Cepat! Maka teman rasa harga untuk produk EPHYRA ini amatlah berbaloi.. biar mahal asal hasilnya mabeles! betul tak?? Haaaa........ kalau korang nak tau apa lagi kelebihan minum EPHYRA ni, bolehlah hubungi :
  Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com
Tengok ni, muka tanpa makeup.. Teman suka EPHYRA ni, 
dulu, kalau tak makeup muka nampak sembap, tapi lepas minum  EPHYRA
muka glowing gituu.. (ada perubahan positif bagi teman)

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers