Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

06 Februari 2014

Cara Usir Jin Yg Tinggal Dalam Rumah...


Artikel tanda-tanda ada jin di dalam rumah dan cara mengusir jin keluar dari rumah ini teman dapat melalui perkongsian di Facebook. Mungkin berguna untuk perkongsian bersama.
Apakah tanda ada jin di dalam rumah?
  • Masakan selalu/cepat basi ( rosak )
  • Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai
  • Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
  • Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
  • Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.
CARA MENGUSIR JIN – ( Tahap Pertama )
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah
Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan untuk cara usir jin tersebut keluar dari rumah:-
1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :
“Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun.”
***Bacaan di atas hendaklah diulang sebanyak tiga kali.
Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
  • Al-Fatihah
  • Ayat Kursi
  • At-Takathur
  • Az-Zalzalah
  • Al-Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.
2.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.
Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, 

dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. “Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, 

dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.
Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.
Semoga bermanfaat!

POKOK HIASAN BERACUN?

Siapa antara korang yang suka tanam pokok2 hiasan ni? hemm.. mungkin info ni penting buat korang.. Teman dapat info ni dari Facebook.. tak tahu lah kesahihannya.. tapi sementara sempat ni, elok teman share jugak kat sini untuk korang yang suka tanam pokok hiasan agar berhati2.. kot lea menda ni benar-benar punya effect  beracun seperti yang diperkatakan kan? apa-apa pun jom baca jom...

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.

Sumber : medlineplus

05 Februari 2014

MAKEUP DAN PAKEJ PERKAHWINAN YANG DABOOM DARI GALERI PENGANTIN SHAZURA

Silalah jenguk dan LIKE Fanpage ni yea-->Galeri Pengantin Shazura
Buat kengkawan atau rakan Blogger yang sedang tercari2 pakej perkahwinan yang berbaloi untuk hari bahagia korang, boleh lea try jenguk2 Galeri ni yea.. masa teman kawen tahun 2012 ritu, teman di sponsor oleh Galeri Pengantin Shazura ni, Galeri ni milik anak sedara hubby teman, apa yang teman boleh katakan, servis diorang memang Tip Top, baju cantik2.. Pelamin cantik2.. Pakej2 lain terbaek sangat2.. Puas hati rasanya dengan servis yang diorang berikan.. mantoppp! heee...
Makeup dan persalinan by Galeri Pengantin Shazura
Yang paling teman suka.. makeup pun cantikk.. tak selopoh macam opera cina tu tauu.. memang cun sangat.. sentuhan makeupnya memang buat pengantin bertambah2 serinya tauu.. tak tipuuu.. betoii.. tapi tu lah, bukan semua yang boleh gi Galeri Pengantin Shazura ni sebab, Galeri ni terletak di kepala Batas, Pulau Pinang.. hu2.. teman pun hari tu fitting baju pun jenuh lea fikir camne gayanya kan.. last2 sampai jugak teman ke Pineng.. Apa2 pun.. teman memang suka dengan pelamin serta dekorasi semua2 lah yang ada masa kenduri kawen teman tu.. okeh.. sape2 yang buntu nak cari mana Butik2 atau galeri pengantin yang sesuai dan berpatutan serta cantik daboomm.. boleh lea try tengok FB Galeri Pengantin Shazura

Menyediakan Perkhidmatan Pakej Perkahwinan Dengan Harga Yang Berpatutan.
Contact Number : 017-479 5903 (Zura)
No 23 Jalan Jasa Taman Haji Ahmad Badawi Kepala Batas, 
13200 Pulau Pinang

MASAK APA AGAKNYA...

Agak-Agak Bahan2 ni untuk Masak Apa yea..
Assalammualaikum my sahabat blogger semua.. sorry sebab baru nak update blog.. lepas balik dari kampung macam2 nak settle kan.. umah pun macam tongkang pecah dibuat oleh Butang n Oyen, dan jujur Teman katakan, sekarang ni teman  tak berapa free nak taip panjang2.. nak blogwalking ke apa.. sebab nak standby umah.. mak mertua nak mai esok.. banyak beno koje nak buat.. nanti ada masa baru leh blogwalking korang yang singgah sini yea.. InsyaAllah.. 

walauapapun nak citer gak, hari tu cuti Tahun Baru cina teman lik kampung belah hubby teman, macam biasalah..setiap kali balik kampung, teman n hubby akan masakkan sesuatu kegemaran adik beradik belah hubby, diorang memang suka masakan dari air tangan hubby.. heee... tapi bukan masak tradisonal lah yea.. yang simple2 yang lelaki boleh masak lea maksud teman.. 

Kali ni diorang request Cucur Udang dan..... dan apa yea? hee.. bahan2 nya seperti diatas tu.. agak2 kome apa yea? huk2.. 

04 Februari 2014

Giveaway 5K Dunia Sebenar Shida


http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com

http://www.bubblynotes.com/2014/02/segmen-my-best-entry-bubblynotescom.html
Dah lama sangat kot Bubblynotes.Com tak melancarkan segmen...dan kini Tora datang lagi... ooopsss... salah pula... dan kini dengan ini saya lancarkan segmen ini khas buat rakan2 blogger di luar sana. *_^

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com pernah dilakukan dulu sekali di SINI dan hari ini...segmen ini bermula dari, 4/2/2014 SEHINGGA 5/2/2014, jam 1.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org... 

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 7/2/2014.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_^

31 Januari 2014

Handphone GiveAway by Syuhada1981.com

Handphone GiveAway by Syuhada1981.com
Klik Banner henfon Aummm kat atas ni cepat.. 
Waduh2.. bila ternampak gambo ni, teruih teman terbekenan giler.. pergh.. corak dia.. design dia.. yang penting ada tulisan LV tu kann.. nyum2.. menyelerakan! nakkkk.. bagilea teman yea Syuhada.. Syuhada budak baik.. comel.. rajin.. cute.. kacak.. supan santunn, lemah lembut, suka tolong orang.. (ha2.. baik punya kipaih/kipas nii) .. korang takmau ke?? rugi woo.. moh lea join cepatt.. mana tau kot mengkome bertuah? haaa.. tuah ayam nampak di kaki.. tuah kome? nampak tak? haaa.. moh join moh...

Senarai Hadiah
Top Referral
Louis Vuitton atau Gucci Handphone (bernilai RM450.00 setiap satu)  + RM 50.00 x 4 pemenang
Random
Solat Perfume (RM50.00 setiap satu) x 6 pemenang

30 Januari 2014

TAHUN BARU CINA DAN APA YANG BEST

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2014
Selamat Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia.
Gong Xi Fa Chai. Xin Nian Jin Bu, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao.

He2.. sebelum tu teman nak ucapkan Happy Chinese New Year buat rakan2 teman yang berbangsa Cina, nampaknya tahun ni teman tak dapat Angpou lagi lah yea.. sebab teman udah kawenn.. huk3.. teringat dulu dapat Angpou Merah .. ada wit2 (duit) dalamnya.. hu3.. happy sangat2.. sampai kawan Cina teman tu cakap.. "Haiyaaa.. cepat2 lah kawennnn.. habes duit saya tiap2 tahun mau kasi Youuuu... ha3.. teman kata peduli apaa.. rezeki temann kannn... ha3.. tapi tahun tu dah berlalu.. teman udah tak dapat sampul merah tu dah.. huk2.. sedey.. kui3.. dulu siap dapat Limau satu kotak, dapat macam2 lagi.. hi3.. dapat angklung,, fuh.. kenangan tu.. hi3.. sekarang dah dok jauh.. takde dah lea angpou.. (amboihh.. berangan gak tuu.. hu3)

Apa2 pun jom baca entri teman yang ni.. entri terakhir untuk hari ni.. sebab malam ni nak gerak lik kg dah.. Cotiii.. yeaaaa! Apa yang best pasal tahun baru cina? mestilah Cotiiii.. yeayy!! baca entri ni tau!

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salaisosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Meh.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam(Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).

Hemm.. rasanya cukup untuk kali ni ilmu tentang Tahun Baru Cina ni kot.. next year kita tambah lagi ilmu pasal ni yea.. buat pengetahuan n ilmu tambahan.. apasalahnya kan.. kadang masa buat entri ni lea baru tau pasal ni semua kann.. teman macam tu lea jugak.. masa buat entri ni baru tau.. O.. macam tu rupanyaaaaa..

Baca jugak link bawah ni yea..

PRANK HUBBY GUNA TAHI BUTANG

PRANK HUBBY GUNA TAHI BUTANG

Ini kerusi, hubby teman baru beli tahun lepas, masa ni baru n cantik lagi.. sekarang ni kerusi ni dah tak rupa apa dah.. dah abes berbulu2 dicakor dek butang n oyen.. kaki kerusi ni pun udah patah dibuat deme.. hu3.. yang peliknya hubby teman idak lea nak marah deme ni, cer kalau teman yang buat.. gerenti dimarahnya teman ni, siap merajuk2 lagi kot.. aishhh.. tak patut betuii.. kata hubby teman, kucen tu taktau pepe, kalau dia buat salah kita marah dia pun, dia bukan faham pun.. huk3.. betui jugak yea!

Hu2.. hubby teman sayang beno dengan kerusi baru dia ni, teruja nak buat koje bila ada kerusi ni katanya.. hu3.. teman nengok sayang bebeno dia dengan kerusi ni.. mula lea teman buat plan nak pekenakan hubby teman ni.. hi3..


Alkisahnya.. hari tu teman pekenakan hubby teman dengan Tahi Butang..hu3.. jom baca bawah ni!

teman amik tahi Butang ni...

Pastu letak kat kerusi kesayangan hubby teman tu.. hu3..


Bila hubby teman balik koje n masuk bilik, dia ternampak tahi ni atas kerusi dia, dia menjeritttt.. aaaaaaa.. tengok niiii.. cepat lea tengok niii.. Aaaaaaaaaaaaaaaaa..

Teman yang dalam bilik depan dah tak tahan gelak, berdekah2 teman gelak bila terdengar suara hubby menjerit tengok kerusinya dah ada ketul2 tahi kucen.. hik3.. pastu teman pun pura2 lari ke bilik tengok apa dia.. 

Hubby cakap Butang dah berak atas kerusi ni... camne ni? 

Teman pun dah tak tahan sangat nak gelak.. tak boleh nak berlakon lagi dah.. nak tergelak sangat2 tengok muka risau hubby masa tu.. 

Apa lagi.. meletop berdekah2 teman gelak.. hubby dah pelik dah.. pastu teman amik tahi Butang tu, teman tunjuk kat hubby, hubby dah geli2 dah tengok.. hihihihi.. pastu teman citer lea dari A to Z.. hubby geram jea.. dia kata "nak kena niiii..."

Kesian Butang, Butang lak jadi mangsa yea.. 
walhal tuan dia yang punya onar.. kih3.. 

muka bengang.. hik3

heeee.. actually.. tu bukan tahi Butang/kucen pun.. tu sebenarnya kotak yang teman rendam dalam air dan kepal2 jadikan macam tahi kucen tu, teman dapat idea ni dari sebuah blog.. tp x ingat blog sape.. saja jea nak try pekenakan hubby teman.. yelah.. dah sayang beno kerusi dia tu, siap bersembang pun takmo turun dari kerusi tu.. hi3.. haa.. kan dah kena... apa2 pun.. mujur mood hubby OK masa tu.. kalau tak kena masa, memang lain pulak jadinya kann.. tak terfikir plak yang tu.. kui3..


NASI GORENG KERABU TENGKUBUTANG

NASI GORENG KERABU TENGKUBUTANG
ho3.. hari tu makan Nasi Goeng kerabu kat warung depan umah ni, giler terus berkenan.. sukaa.. sedappp.. pehtu mula lea rasa nak try buat sendiri.. nyum2.. memang gigih lea pastu google resepi..
dan akhirnya jadilah Nasi Goreng Kerabu ala Tengkubutang.. hik3.. boleh tahan rasanya.. sodapp.. yang penting nasinya jangan kering sangat yea.. biar basah2 sikit.. sedap memakannya.. hehehehehehe.. hubby teman suka yang basah2.. teman lak redha je mana2.. telan jea asal sedap.. heee.. Nak resepi?
 
Bahan-Bahan
Masak Nasi 2 cawan Beras (sejukkan)
Ikan Bilis segenggam untuk tumbuk halus
Ikan Bilis sedikit untuk Goreng rangup
Kacang Panjang dihiris Nipis
1 batang serai dihiris nipis
sedikit bunga kantan dihiris nipis
1 biji Bawang besar dihiris nipis
3/4 ulas bawang putih ditumbuk halus
6-8 biji cilipadi ditumbuk halus dgn sedikit udang kering
Taugeh
Kubis dipotong nipis
sebiji Telur

Cara-Cara
mula2 tumis bawah putih, bawang besar dan Cilipadi yg dicampur udang keirng
 tadi hingga masak dan naik bau,
I
I
V
masukkan ikan bilis yang ditumbuk halus tadi, biar garing sikit..
I
I
V
masukkan bunga kantan, serai, kacang panjang,Telur dan tambah perisa (kacau semua)
I
I
V
Masukkan Nasi tadi dan kacau rata dengan bahan2 goreng tadi
i
I
V
Masukkan hirisan kobis dan Taugeh
I
I
V
bila dah sebati semua.. last sekali masuk Ikan bilis garing tu tadi.. Siap!! hee.. dap2 emm..

TAHUN BARU CINA 2014 BERTEMAKAN ZODIAC KUDA

Menurut perhitungan kalendar Cina, tahun 2014 merupakan tahun Kuda Kayu. 
Dalam kebudayaan Cina, kuda adalah lambang ketangkasan dan ketekunan 
dalam hidup yang membawa kepada kebahagiaan.

Tahun Baru Cina 2014 diraikan sebagai tahun kuda iaitu simbol ketujuh daripada 12 shio menurut zodiak Cina. Menurut Zodiak Cina, Tahun 2014 adalah Tahun Kuda, yang dimulai pada tanggal 31 Januari 2014 dan berakhir pada tanggal 18 Februari 2015. 

Kuda adalah tanda ketujuh dari Zodiak Cina yang terdiri dari 12 Shio. Dalam budaya Cina, Kuda adalah simbol kebangsawananketangkasan dan ketekunan. Orang yang lahir di Tahun Kuda adalah orang yang pintar, bertutur kata luar biasa dan memiliki bakat untuk mempengaruhi orang lain untuk mendapatkan sesuatu. 

Mereka percaya bahawa tujuan mereka dalam hidup adalah “untuk mencari kebebasan individu dan kebahagiaan.” 
Pernyataan yang digaris merah diatas di line kedua, bahawa kuda merupakan simbol kebangsawanan, ketangkasan dan ketekunan. Maka sudah selayaknya kita di tahun 2014 mendatang boleh bertindak cepat, tangkas, penuh dedikasi dan loyal ibarat Kuda yang tangkas seperti gambar diatas..

Lebih berusaha dan bekerja tekun untuk pencapaian target yang sudah kita tentukan sebelumnya di awal tahun 2014 dan kita review kembali nanti di akhir tahun 2014.

Info-info lain berkenaan Tahun Kuda.. (untuk pembacaan sahaja yea.. jangan ada yang nak menelek2 lak)


Selamat Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia.
Gong Xi Fa Chai. Xin Nian Jin Bu, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao.

SEJARAH ZODIAK CINA

Orang Cina menandai setiap tahun dengan haiwan yang sesuai. 
Ada 12 binatang dalam zodiak Cina.  

Haa.. sempena Tahun Baru Cina ni, teman nak buat entri pasal tahun baru cina gak lah.. hee.. tadi saja belek2 sejarah tentang sambuatn Tahun Baru Cina ni dan apa kaitan dengan zodiak2 yang ada setiap tahun tu kan.. mesti korang pun tak tau kan.. so, teman pun jadikan satu entri ni untuk perkongsian bersama kita semua..Tapi just untuk pengetahuan sahajlah yea.. jangan ada yang sibuk nak menelek2 or percaya lak yea.. ini just digunakan oleh bangsa cina sahaja.. bagi umat islam haram kita ikuti cara ni yea.. kalau sekadar untuk tambah ilmu n pengetahuan semasa tu boleh aje..  teman pun baru tau ni.. hu3.. takpe.. meh kita baca sama-sama yea.. =) .. Ingat tau.. baca jea... 

Urutan haiwan berdasarkan daripada kisah lagenda berikut;-

Sejarah Zodiak Cina
Ada beberapa versi dari kisah asal-usul Zodiak / Shio China. Salah satunya adalah bahawa Buddha sering lupa usianya sehingga untuk membuatnya lebih mudah untuk menghitung usia, ia memutuskan untuk memilih 12 haiwan untuk mewakili setiap tahun. Dia mengundang semua binatang di dunia untuk berkumpul di suatu tempat, dalam sejarah ada yang mengatakan pesta, pada waktu itu. Ke-12 Haiwan pertama tiba itu harus tahun dan tahun itu bernama urutan haiwan yang datang.

Malam sebelum pertemuan, kucing dan tikus setuju untuk mengejutkan bangun tidur satu sama lain untuk memulai perjalanan bersama-sama. Namun, tikus tidak menepati janjinya dan tidak mengejutkan kucing. dan membiarkan kucing itu tidur. Pada saat kucing tiba, pertemuan itu sudah selesai. Haiwan-haiwan lain berhasil datang ke tempat pesta kecuali lembu. Lembu tahu bahwa dia adalah lambat, jauh lebih lambat sehingga ia mulai perjalanan malam sebelumnya.

Lembu berjalan sepanjang malam tapi ia tidak menyadari bahawa tikus telah naik di atas kepalanya seluruh perjalanan. Tepat sebelum sapi tiba, tikus melompat di atasnya dan mendapat tempat pertama dalam zodiak. Beberapa versi cerita mengatakan tikus memanjat pada sapi sebelum menyeberangi sungai dan kemudian melompat ke garis finish. Sisa haiwan tiba di urutan sebagai berikut: harimau, kelinci (arnab), naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.

Cara Menghitung Zodiak / Shio China :
Pada awalnya, Zodiak / Shio Cina digunakan sebagai cara mudah untuk menghitung tahun dan usia seseorang. Selama Dinasti Zhou Timur, 12 binatang itu berkait dengan tahun kelahiran seseorang. Ketika bayi Cina lahir, tanda haiwannya dikatakan untuk mengungkapkan karakternya. Tanda Zodiak / Shio Cina seseorang juga digunakan untuk mengetahui keberuntungan seseorang. Kompatibilitas Pernikahan mitra 'juga ditentukan oleh tanda-tanda haiwan mereka.

Zodiac (shio) lengkap menurut perhitungan kalender tionghoa berulang setiap 60 tahun. Ada 12 shio dengan lambang haiwan, dan 5 unsur alam. Dengan demikian secara kombinasi antara shio dan unsur ada 12×5=60 macam. Banyak orang yang tahu lambang haiwan shio tahun kelahirannya, tetapi sedikit yang tahu apakah unsur dalam shio tersebut. Di bawah ini adalah cara mudah untuk menghitung apa lambang shio dan unsur tahun kelahiran 


kita dari tahun Masehi. Perlu diingat, bahawa tahun tionghoa dimulai sejak Tahun Baru Imlek yang tidak tepat jatuhnya dengan permulaan tahun Masehi. Tahun baru Imlek umumnya jatuhnya pada bulan separuh akhir Januari atau separuh awal Februari. Jika hari lahir Anda terletak pada sebelum Tahun Baru Imlek, maka gunakan angka tahun Masehi sebelumnya.


Misalnya kita ingin mencari Chinese Zodiac untuk tahun 2013.


HAIWAN ZODIAC

Kurangi angka tahun dengan 4. (2013-4=2009)
Dapatkan sisa pembagian angka diatas dengan 12.
2009 : 12 = 167 sisa 5. Angka Sisa = 5.
Angka sisa itu adalah angka haiwan zodiac:
Tikus
Kerbau
Macan
Kelinci
Naga
Ular
Kuda
Kambing
Monyet
Ayam
Anjing
Babi


Jadi tahun 2013 adalah tahun 5: ULAR

UNSUR ZODIAC
Kurangi angka tahun dengan 4.
2013-4= 2009
Dapatkan sisa pembagian angka diatas dengan 10.
2009 : 10 = 200 sisa 9
Angka sisa = 9.
Dapatkan Hasil pembagian sisa diatas dengan 2 (buang sisanya).
9 : 2 = 4


Angka diatas adalah nombor Unsur Zodiac.
Kayu
Api
Tanah
Logam

AirJadi Unsur Tahun 2013 adalah Air. Artinya, tahun 2013 adalah Tahun ULAR AIRKarena siklus 60 Tahun, tahun terakhir ULAR AIR sebelum tahun 2013 adalah tahun 1953.

Actually teman agak pening dengan kiraan kat atas ni.. dah cuba kira balik untuk tahun 2014, saja nak tengok tapi macam tak betul je pengiraan kat atas ni.. hu3.. teman lemah bab kira2.. ni.. korang pandai2 sendiri lah yea.. teman share aje.. kui3.. kira nak tengok tahun jea tau.. bukan kira nak tau korang zodiac apa ke  yea!!

sumber/info : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers