Nuff

06 Februari 2014

POKOK HIASAN BERACUN?

Siapa antara korang yang suka tanam pokok2 hiasan ni? hemm.. mungkin info ni penting buat korang.. Teman dapat info ni dari Facebook.. tak tahu lah kesahihannya.. tapi sementara sempat ni, elok teman share jugak kat sini untuk korang yang suka tanam pokok hiasan agar berhati2.. kot lea menda ni benar-benar punya effect  beracun seperti yang diperkatakan kan? apa-apa pun jom baca jom...

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.

Sumber : medlineplus

Related Posts

9 ulasan:

  1. Mgkin ea mgkin tidak... Tpi nmpk mcm bhya sbb serangga x suka kt pokok.ni...

    BalasPadam
  2. kat umah xde pokok pelesu...x suka...hehehehe...

    BalasPadam
  3. haah biasa ada kat opis2 je poko nie..

    BalasPadam
  4. huhuhu..kena jauhi ni..kdg terkonpius pulak ngan pokok hiasan lain sbb dah bnyk sgt jenis pokok hiasan daun ada skang ni kan..

    BalasPadam
  5. Uihhh beracun ker?? kenapa sekarang baru tahu hahhaa.. alhamdulillah dah besar tak tergigit pun..
    ok thanks info ni .. akan ubah secepat mungkin ( tiba2 cuak pulak :P )

    BalasPadam
  6. heee..seram pula.nasib baik kat rumah tak ada pokok hiasan ni

    BalasPadam
  7. Selalu juga tgk pokok nie...xtaw plak beracun....thanks for the info..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum kakak! sahih ke beracun ni?

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

nuffy2

GA New