Nuff

04 Jun 2018

RESEPI MASAK LEMAK CILI API UDANG NENAS




RESEPI MASAK LEMAK CILI API UDANG NENAS

Yang ni antara gulai lemak kegemaran TB, ada nenas tu buat ada rasa manis-manis masam kuah lemak tu.. hubby pun suka.. tapi jarang buat sebab jarang beli nenas dan jarang beli udang.. huhu.. kat rumah ni banyak makan ayam dan daging serta ikan aje..  sotong dan udang kadang-kadang ikut mood hubby nak beli bila.. hehehehe.. 
Bahan-Bahan :
๐Ÿ‘‰1/2 kilogram udang

Bahan untuk di kisar :
๐Ÿ‘‰4 ulas bwg merah
๐Ÿ‘‰3 ulas bwg putih
๐Ÿ‘‰1 ½ inci kunyit hidup
๐Ÿ‘‰15 biji cili padi

Bahan-bahan lain :
๐Ÿ‘‰Garam dan gula
๐Ÿ‘‰2 batang serai
๐Ÿ‘‰3 cawan santan
๐Ÿ‘‰1/2 biji nenas dipotong ikut kesukaan

Cara membuat :
1.Masukkan bahan kisar kedalam periuk bersama
nenas,santan dan serai,masak sehingga nenas lembut

2.Sentiasa kacau kuah supaya tak pecah minyak.Masukkan garam dan gula secukup rasa

3.Masukkan udang selama 2 minit, jangan terlalu lama untuk mengelakkan udang daripada keras
Tutup api dan hidangkan.












28 Mei 2018

Resepi Tepung Pelita Simple


Resepi Tepung Pelita Simple

Haa.. Ini resepi terakhir TB share.. TB dah jumpa sebenarnya resepi Tepung Pelita yang TB cari tu.. senang sangat nak follow tau.. nanti TB up gambar Kuih Tepung Pelita yang TB dah try buat tu.. tapi versi moden tau.. tak dak daun pisang.. yang penting..  sedapp.. puas makan wooo.. hehehe.. 


Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

• 1 cawan tepung beras
• 1 cawan gula
• 5 cawan air
• 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
• 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
• 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
• sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.

2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.

3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.

4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.

6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.

7. Sejukkan




27 Mei 2018

RESEPI TELUR DADAR GEBU GEBAS!!!


RESEPI TELUR DADAR GEBU GEBAS!!!

Haa.. Ni TB nak share tentang cara nak buat Telur Dadar gebu Gebas versi hubby.. haa.. sebenarnya dah tahu cara ni tapi tak buat pun.. sebab rasa macam pelik je.. tapi akhirnya try jugak la buat hari tu.. memang berbeza tekstur dan rasa dia.. terus TB pun asik ikut je la cara ni.. letak mayonis atau perahan limau.. Tapi perahan limau tu TB tahu dari internet.. hubby kata pelik.. huu.. entah apa-apa lah kan.. kiat nak try petua baru asik kena kondem aje kan.. huhu.. nasib la.. nak buat camne.. kita bukan chef.. haha..

Ok.. ni TB tepek gak petua atau tips nak bagi telur dadar gebu versi internet punya TB google tadi.. haha.. meh la tengok.. bagi yang dah tau tu senyap-senyap sudah la yea.. kih3.. 

 


RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI MUDAH DAN SEDAP!


RESEPI SIAKAP 3 RASA ALA THAI
MUDAH DAN SEDAP!


Siakap 3 Rasa Versi Hubbymiaw.. huhu .. berbuka puasa hari ke 3 hari tu merasa air tangan hubby .. Siakap 3 rasa yang bahan tak kedekut lansung sampai tak nampak ikannya.. hehehe.. sedap.. alhamdulillah.. abes semua TB makan.. hubby buat Telur Dadar Gebuss sekali.. TB lak buat air teh thai cincau dan Kailan Ikan Masin je.. Alhamdulillah.. . psst.. Teman ni pi gatai tangan letak daun sup banyak2 dan beso2 lak tu.. udah nampak semak ikan tu.. adoii

apa-apa pun jom kita tengok resepi yang hubby TB gunakan untuk masak Siakap 3 Rasa ni.. sedap!! licin pinggan TB yang sental Siakap tu.. heee.. 


Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai Mudah dan Sedap!

BAHAN-BAHAN



Untuk Ikan:
1 ekor ikan siakap - kelar dan lumur garam kunyit
Tepung jagung - dilumur pada ikan
Minyak - untuk menggoreng ikan

Bahan Menumis:
4 ulas bawang putih - ketuk
6 tangkai cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 batang serai - ketuk
Bunga kantan - dihiris halus


Bahan Sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan - tak letak
Sedikit minyak bijan - opsyenal

Bahan bahan Lain:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu - opsyenal
Kiub nenas dalam tin - opsyenal
3-4 helai daun limau purut - buang tulang
Daun sup/daun bawang - untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajino-moto secukup rasa (tak letak)

Cara cara:
Ikan dibersih dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.



Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan. Saya tidak goreng terendam kerana nak jimat minyak.


Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai. 

Setelah bawang putih kekuningan, masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan 3 sudu jus nanas di dalam tin serta daun limau purut. Kacau sebentar.



Akhir sekali, dimasukkan bahan bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang dipotong dadu, nenas dan cili benggala. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.

Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.




Owner Resepi : 










23 Mei 2018

RESEPI POPIA GORENG SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI POPIA GORENG SEDAP DAN MUDAH!


Sedapnya Popia Goreng .... jom buat untuk berbuka puasa ni untuk makan dengan family... memang padu... pedas rangup... lembut semua cukup.... tak yah pergi pasar malam or bazar Ramadhan dah.. 

Amboih.. Ayat kat atas ni.. buat orang terliur je kan.. dengan gambarnya yang.. adoiii.. salah satu kegemaran TB dan hubby ni tauuu!! nak buat dia senang je rupanya.. yang ni la resepi mudha yang TB cari.. cuma.. nak cari kulit popia tu je la.. dengan taugeh.. huhuhu.. hemm.. nyum2.. kalau ada sengkuang pun elok jugak ni.. hehehehe.. 

Jom tengok Resepi Popia Goreng Sedap dan Mudah ni! kot korang pun nak cari resepi ni.. hehehe.. leh buat untuk berbuka nanti.. 

Resepi ( sambal)
20 bji cili kering (di blend)
1/2cawan sos cili
3 cawan gula
1 sudu garam
1/2cawan air
Satukan semua masak sampai pekat berkilat... sejukkan..

Popia...
Kulit popia brand kg
Tauge mentah
Tepung gandum (untuk bagi lekat kulit popia)

Untuk kekal rangup...pastikan popia yang telah di goreng, betul-betul sejuk.. sebelum di gaul dengan sambal..


Kredit Resepi : Mohd Zuhri Zuhri


Resepi Teh Ais Cincau KAW & PIAW



Resepi Teh Ais Cincau KAW & PIAW

Hemmm .. dah 2 hari TB buat Air Teh Cincau ni.. Tapi macam ada yang kurang je.. Tetiba tadi ternampak pulak Resepi Teh Ais Cincau KAW & PIAW ni.. Aikk ada letak Bahan tambahan rupanya.. menarik untuk dicuba.. mungkin sebab tu yang buat sedap tu kot kan.. So, TB nak try esok buat Teh ni lagi.. ada separuh lagi baki cincau dalam peti sejuk tu.. Nak buat hari ni tak boleh sebab TB sedang merasai perut kembung sebab minum teh banyak sangat wehh.. adoi.. ni menahan je ni.. asik tutttt aje.. kembung perut sebab tak berhenti minum teh cincau tu semalam dan kelmarin.. hambik kau.. huhu..hari ni nak relax.. minum air suam balik.. Memang itu je minuman TB sebelum ni.. cuma lupa diri pulak time ramadhan ni.. nak minum bergula saja.. ampunnn.. tak nak baut dah (yeke) ..

Apa-apa pun jom tengok Resepi Teh Ais Cincau KAW & PIAW yang unik ni.. haha.. unik la bagi teman sebab tak pernah try dan rasa lagi.. hehehe.. 

Resepi Teh Ais Cincau KAW & PIAW

Pekena time waktu berbuka puasa nie memang betul-betul kaw... Buat sendiri lagi bagus. Boleh minum seberapa banyak yang kita nak.. lepas tu kembung perut macam TB jangan salahkan TB yea.. hahahaha.. adeh.. peruttttttt.. 

Bahan-bahan:
1. Teh serbuk 
2. Susu full cream
3. Gula (ikut sukatan yang korang nak buat)
4. Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
5. Cincau

Cara-cara:
1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.
2. Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah.
3. Sukatan susu ikut nak kaw macam mana. 
4. Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula dan sedap, bolehlah tutup api.
5. Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.


kredit :
Resepi Ibu


APAM BALIK





APAM BALIK

Letak sini dulu.. takde alat yang cukup.. tapi kalau masak dalam pemanggang ajaib ok tak? hahahaha.. semua nak masak dalam pemanggang ajaib ye.. adoi...

Bahan² : (dapat dalam 5 keping)
๐Ÿ‘‰2 cwn tepung gandum
๐Ÿ‘‰1/4 cwn gula
๐Ÿ‘‰1 sudu teh soda bikarbonat
๐Ÿ‘‰1 sudu teh baking powder
๐Ÿ‘‰1 biji telur
๐Ÿ‘‰1 ½ cwn susu cair / full cream
๐Ÿ‘‰½ sudu kecil garam
๐Ÿ‘‰Sedikit pewarna kuning

Cara membuat :
1.Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat

2.Pukul telur dan gula guna wisk/garfu sehingga sebati..gula x perlu larut sgt.Masukan susu dan pewarna..teruskan kacau sehingga sebati

3.Masukan tepung dan kacau sebati sehingga adunan licin dan tak berketul..(sy tapis)

4.Perap selama 1 jam

Bahan tabur/ inti :
๐Ÿ‘‰Kacang tanah di blend (goreng dulu)
๐Ÿ‘‰1 tin jagung
๐Ÿ‘‰Planta
๐Ÿ‘‰Gula secukupnya

Cara2:
1.Panaskan pan non stick dan sapukan sedikit planta

2.Masukan 2 senduk aduan dan ratakan keliling..tabur gula dua sudu makan dan tutup pan..nk manis boleh letak lebih gula..biar sehingga adunan masak..(kalau ada lubang2 atas tu maknanya adunan menjadi)

3.Tabunr kacang tanah keseluruhan apam balik..planta dan jagung letak separuh bahagian

4.Lipatkan dan siap






RESEPI PULUT PANGGANG SEDAP DAN MUDAH!



RESEPI PULUT PANGGANG SEDAP DAN MUDAH!


Ada resepi mudah untuk buat Pulut Udang rupanya.. hemm.. macam nak buat.. Tapi risau pulak ter stop di tengah jalan kalau my hero (sikecik tu) tak bagi ke dapur.. huhu.. adoi.. tengah fikir nak buat ke tak ni.. atau berkolaborasi dengan hubby pun ok gak ni.. hahaha.. macam buat sushi sama-sama.. 

Takpe.. TB tepek dulu resepi nya disini.. nanti TB Pemanggang ajaib.. wah.. sib baik ada pemanggang ajaib tu.. Boleh masak macam-macam.. 

Jom tengok resepinya..

RESEPI PULUT PANGGANG SEDAP DAN MUDAH!

Bahan-Bahan :
3kilo Pulut,rendam stgh jam
2 biji kelapa parut
Sedikit cili kisar
5 ulasBawang putih 
5 sudu makan jintan manis direndam
Sebatang serai
Udang kering/udang geragau direndam
2sudu makan kari
1 sudu teh kunyit
Garam dan gula sesedap rasa




Cara-Cara:

Pulut :
Kukus pulut dengan perahan santan sama paras sahaja untuk dapatkan struktur pulut yg cantik, tambahkan sedikit garam.

Inti :
Potong pendek serai, kisar semua bahan2 sehingga halus. Udang kering dikisar sedikit kasar. Terus masukn kedalam kuali. X perlu tumis. Masukkn kelapa parut selepas baham kisar hampir mendidih. Pastikan kelapa bergaul sebati dgn bahan kisar. Kalu kering, bole tbah sedikit air. Biarkn sehingga hampir kering, baru masukkn garam dan gula sesedap rasa kite. Sebaiknya, garam jgn byk, sbb udang tetap masin walaupun dah rendam dulu. Saye suka inti yg PEDAS DAN MANIS.


Kredit Resepi : mohd zakaria via mahn


19 Mei 2018

RESEPI KETUPAT/LEMANG POCONG MUDAH DAN SEDAP!


RESEPI KETUPAT/LEMANG POCONG MUDAH DAN SEDAP!


Hemm...teringat pernah ada sekali tu kami tak dapat balik raya sebab ada masalah tak dapat dielakkan.. hubby teringin nak makan rendang kerang dan lemang.. alahai... kalau rendang kerang tu boleh jugak TB buatkan.. tapi kalau lemang tu.. mana nak membuatnya..  tak reti TB.. hahaha.. nak bakar lemang kat mana lagipun kan.. dok kat apartment . Terpaksa beli aje lemang.. nasib baik ada orang berniaga lemang time raya tu.. hehe... dapatlah kami makan 2 batang..

Ni TB nampak resepi KETUPAT/LEMANG POCONG pulak dah.. hahhh.. bagus ni.. boleh buat lemang sendiri gak ni.. heee.. idea ni.. jom tengok resepinya.. mana tahu korang boleh buat time raya nanti kan..

BAHAN2
1 Kilo Beras Pulut
700-750ML Santan Pekat (Saya guna santan kotak 200ml + air)
1 @ 2 Sudu Besar Gula (Ikut citarasa)
Daun Pisang
Tali Rafia @ Getah (Saya guna getah,tali takde)

CARA2
Cuci beras pulut smpai betul2 bersih (sampai air jernih) kemudian toskan.

( ikut la nk rendam semalam ke tak. Saya tak rendam pun)

panaskan air dalam pengukus.kukuskan beras pulut sparuh masak(dlm 20 minit) pastikan air kukusan mendidih.

Kemudian,satukan santan,garam,gula dalam periuk & panaskan smpai naik wap sahaja..jangan smpai mendidih.sejukkan.

Kemudian masukkan pulut yg sudah dikukus td dlm 1 bekas besar dan harungi bersama santan yg dh dipanaskan.tuang sedikit demi sedikit.

Biarkan santan bermesra dengan pulut dlm 10 minit.

seterusnya masukkan beras pulut ke dlm loyang dan kukus sehingga masak.(dlm 20-25 mnt)pastikan air kkusan telah mendidih.

setelah pulut masak..angkat dan biarkan sejuk seketika.

Daun pisang di lap dan dilayukan atas api..potong anggaran lebar sdikit dari tapak tngan.

kemudian letakkan pulut dlm 2 sudu besar.gulungkan..dan ikat bahagian bawah.(guna tali lagi senang) kemudian tmbah pulut dari bahagian atas & ikatkan kemas.

selesai membalut.kukus semula dlm 8- 10 minit..

Siap dah boleh makan bsama rendang ayam/daging .


resepi facebook





CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH


CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH


Ibu-ibu yang masih ada anak kecil dan jugak ibu-ibu yang siangnya bekerja, malamnya jadi supermak.. jom baca cara2 nak buat solat tarawikh di rumah..

Solat Tarawikh bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. 

Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat tarawikh di masjid. 

● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.

● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

● Solat Tarawikh dikerjakan setelah mengerjakan Solat Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawikh dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:

SOLAT SUNAT TARAWIKH

Niatnya :

ุฃ ُุตู€َู€ู€ู„ู€ِّู€ู€ู‰ ุณู€ُู€ู€ู†ู€َّู€َู€ู€ุฉ َ ุงู„ู€ู€ุชู€َّู€َู€ู€ุฑَุงูˆ ِูŠู€ْู€ู€ุญ ِ ุฑَูƒู€ْู€ู€ุนู€َู€ู€ุชู€َู€ู€ูŠู€ْู€ู€ู† ِ ู„ู€ِู€ู€ู„ู€َّู€َู€ู‡ ุชู€َู€ู€ุนู€َู€ู€ุงู„ู€َู€ู€ู‰

“Sahaja aku solat sunat tarawikh dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. 

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

ุฃุตَู„ِّูŠ ุณُู†َّุฉَ ุงู„ูˆِุชْุฑِ ุฑَูƒَุนَุชَูŠْู†ِ ู„ِู„ู‡ِ ุชَุนุงู„ู‰َ

"Sahaja Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

ุฃุตَู„ِّูŠ ุณُู†َّุฉَ ุงู„ูˆِุชْุฑِ ุฑَูƒَุนَุฉً ู„ِู„ู‡ِ ุชَุนุงู„ู‰َ

"Sahaja Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir

ุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„َّู‡ُ ุงู„ْู…َู„ِูƒِ ุงู„ْู‚ُุฏُّูˆุณِ x3

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,

dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.

Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawikh kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.

kredit :
sumber whatsapp


ALQURAN DAN SURAH : NAMPAK RINGAN TAPI PENTING NI..


ALQURAN DAN SURAH : NAMPAK RINGAN TAPI PENTING NI.. 



1. Soalan : Berapa jumlah Surah dalam al-Qur'an ?

J : 114 Surah

2. Soalan : Berapa jumlah Juz dalam al-Qur'an ?

J : 30 Juz.

3. Soalan : Berapa jumlah Hizb dalam al-Qur'an ?

J : 60 Hizb.

4. Soalan : Berapa jumlah Ayat dalam al-Qur'an ?

J : 6236 Ayat

5. Soalan : Berapa jumlah Kata dalam al-Qur'an ?, dan Berapa Jumlah Hurufnya ?

J : 77437 Kata, atau 77439 Kata, Dan 320670 huruf

6. Soalan : Siapa Malaikat yang disebut dalam al-Qur'an ?,

J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun,
HamalatulArsy, dll.

7. Soalan : Berapa Jumlah Sajdah ( ayat Sujud ) dalam al-Qur'an ?,

J : 14 Sajdah.

8. Soalan : Berapa Jumlah para Nabi yang disebut dalam al-Qur'an ?,

J : 25 Nabi.

9. Soalan: Berapa Jumlah Surah Madaniyah dalam al-Qur'an ?, sebutkan.

J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd,
al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid,
al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun,
al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.

10. Soalan : Berapa Jumlah Surah Makiyah dalam al-Qur'an ?, sebutkan.

J : 86 Surat, selain surah tersebut siatas.

11. Soalan : Berapa Jumlah Surah yang dimulai dengan huruf dalam al-Qur'an ?

J : 29 Surah.

12. Soalan : Apakah yang dimaksud dengan Surah Makiyah ?, sebutkan sepuluh saja.

J : Surah Makiyah adalah Suarah yang diturunkan sebelum Hijrah, seperti : al-An'am,
al-Araf, al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil,
al-Falaq.

13. Soalan : Apakah yang dimaksud dengan Surah Madaniyah ?, sebutkan lima saja ?,

J : Surah Madaniyah adalah Surah yang diturunkan setelah Hijrah, seperti : al-Baqarah,
al-Imran, al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.

14.S : Siapakah nama para Nabi yang disebut dalam al-Qur'an ?

J : Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud,
Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib,
Idris, Muhammad, Saw.

15. Soalan : Siapakah satu-satunya nama wanita yang disebut namanya dalam al-Qur'an?

J : Maryam binti Imran.

16. Soalan : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yang disebut namanya dalam al-Qur'an?

J : Zaid bin Haritsah.

17. Soalan : Apakah nama Surah yang tanpa Bamallah?

J : Surah at-Tawbah.

18. Soalan : Apakah nama Surah yang memiliki dua Bamallah?

J : Surah al-Naml.

19. Soalan : Apakah nama Surah yang bernilai seperempat al-Qur'an?

J : Surah al-Kafirun.

20. Soalan : Apakah nama Surah yang bernilai sepertiga al-Qur'an?

J : Surah al-Ikhlas

21. Soalan : Apakah nama Surah yang menyelamatkan dari siksa Qubur?

J : Surah al-Mulk.

22. Soalan : Apakah nama Surah yang bila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang
minggu ?

J : Surah al-Kahfi.

23. Soalan : Apakah ayat yang paling Agung dan dalam Surah apa?

J : Ayat Kursi, dalam Surah al-Baqarah ayat No.255

24. Soalan : Apakah nama Surah yang paling Agung dan berapa jumlah ayatnya ?

J : Surah al-Fatihah Tujuh ayat.

25. Soalan : Apakah ayat yang paling bijak dan dalam surah apa?

J : Firman Allah Swt :" Barang siapa yang malakukan kebaikan sebiji sawi ia akan lihat,
Barang siapa melakukan kejahatan sebiji sawi ia akan lihat, Surah al-Zalzalah ayat 7-8.

26. Soalan : Apakah nama Surah yang ada dua sajdahnya ?

J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.

27. Soalan : Pada Kata apakah pertengahan al-Qur'an itu di Surah apa ? ayat Berapa ?

J : ูˆู„ูŠุชู„ุทู Surah al-Kahfi ayat No. 19.

28. Soalan : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Shalat Fardhu dapat mengantarkannya masuk
kedalam surga ?
J : Ayat Kursi.

29. Soalan : Ayat apakah yang diulang-ulang sebanyak 31 kali dalam satu Surah dan di Surah apa ?

J : Ayat :( ูุจุฃูŠ ุขู„ุงุก ุฑุจูƒู…ุง ุชูƒุฐุจุงู†ِ ) pada Surah al-Rahman.

30. Soalan : Ayat apakah yang diulang-ulang sebanyak 10 kali dalam satu Surah dan disurah apa ?
apakah ayat ini ada juga disebut dalam surah lainnya? Di Surah apa ?

J : Ayat ( ูˆูŠู„ ูŠูˆู…ุฆุฐ ู„ู„ู…ูƒุฐุจูŠู† ) pada Surah al-Mursalat, juga ada dalam Surah al-Muthafifin
ayat No. 10.

31. Soalan : Apakah Ayat terpanjang dalam al-Qur'an ? pada Surah apa? Ayat berapa ?

J : Ayat No 282 Surah al-Baqarah.

32. Soalan : Apakah Ayat terpendek dalam al-Qur'an ? pada Surah apa? Ayat berapa ?

J : Ayat No. 1 surah Thaha.



Cara mengenali sistem dalam bacaan al-Qur’an khususnya cara untuk kita mengetahui permulaan setiap cerita dalam al-Qur’an. Sepertimana yang diketahui:

1 al-Qur'an= 30 Juzuk
1 Juzuk= 2 Hizb
1 Hizb= 4 Maqra’ (pecahan 1/4 hizb , 1/2 hizb) , 3/4 hizb dan 1 hizb penuh)
1 Al-Qur’an = 240 maqra’ @ pecahan



Apa itu Hizb

Hizb, Arab: ุญุฒุจ‎ adalah suatu bentuk pembagian Al-Qur'an untuk menyelesaikan seluruh bacaan Al-Qur'an selama enam puluh hari.

Pada setiap juz dalam Al-Qur'an terdapat dua buah hizb, yang biasanya ditandai dengan tanda tertentu pada awalan ayat. Tanda ini biasanya memilki bentuk belah ketupat dengan gambar-gambar yang khas di dalamnya.

Al-Quran mempunyai 30 juzuk. Setiap juzuk mempunyai 2 Hizb dan setiap Hizb pula mempunyai 4 pecahan atau maqra’. Paling mudah untuk tahu ada perkataan hizb ( ุญุฒุจ). Kerapkali anda akan berjumpa dengan tanda, 1/4, 1/2, 3/4 dan hizb penuh. Apabila anda menjumpai hizb itu (selalunya berada di luar kotak ayat), bermakna ianya merupakan tanda yang menunjukkan permulaan kisah atau cerita yang baru. Sebagai contoh, ayat 123 surah al-Baqarah dan sebelumnya menceritakan tentang perihal Bani Israel. Petunjuk hizb: tedapat tanda bunga selepas ayat 123. Bermula ayat 124 surah yang sama, Allah menceritakan pula tentang kisah nabi Ibrahim dan Ismail.

Selalunya kita akan berhenti membaca al-Qur’an mengikut surah atau halaman. Seeloknya berhenti pada setiap ุนatau maqra’ hizb.

Apa yang baik itu datangnya daripada ALLAH, dan buruk itu datangnya daripada saya sendiri walaupun hakikatnya, kedua-duanya datang daripada-Nya. WALLAHualam Bis Sowwab. Moga manfaatnya diperoleh oleh kita bersama. InsyaALLAH…



RESEPI SOTO DAN RESEPI BERGEDIL SEDAP DAN MUDAH



RESEPI SOTO SEDAP DAN MUDAH

Dah lama TB cari resepi ni.. Teringin nak buat.. tapi adoi.. yang makannya TB sorang je kot.. encik hubby tak makan soto ni.. so, nak buat pun rasa tertangguh-tangguh.. nampaknya kena tunggu harraz besar la baru TB boleh buat menu ni.. Ada berteman la TB makan nanti.. hehehe.. hope Harraz jangan la tak makan jugak Soto ni.. aduh.. takde kawan nak join makan sama-sama.. huhu.. Hubby ni kalau sup-sup dia suka Sup Tulang je.. itupun denagn bihun dia tak makan, tapi kalau dengan kueteow dia suka la makan sup-sup ni..

Apa-apa pun jom kita tengok apa resepinya.. TB tepek sini dulu sebab takut terlupa.. malas betul nak google nanti.. yang bestnya resepi ni siapa complete bahan-bahan GU nya atau bahan gandingan dia.. so.. elok gak.. tak payah nak buka banyak-banyak page nak tengok resepi.. haha.. bawah tu TB tepek owner resepi ni.. korang follow la yea.. banyak resepi dia pandai buat.. 


RESEPI SOTO SEDAP DAN MUDAH

Anggaran untuk makan sekeluarga berlima

BAHAN-BAHAN
Kuah Soto
Ayam 1 ekor
3 paket kecik Rempah Kurma (saya guna Adabi)
1 paket kecik Rempah Sup/Rempah Soto (saya guna Mak Siti @ Adabi)
4 sekawan (buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis)

Bawang besar 3 biji *
Bawang putih 1 labu *
Buah keras dalam 5 biji *
Jintan manis 1 sudu besar*
Jintan putih 1 1/2 sudu besar*
Biji ketumbar 1 1/2 sudu besar*
Halia sebesar ibu jari*

Lengkuas sebesar tapak tangan
4 Kiub Ayam
Sup bunjut tulang (adabi) 2 paket

Cara - cara:
1) Rebus ayam sampai masak, tutup api, toskan ayam & sejukkan. Air ayam simpan utk next process.
2) Ayam rebus tadi boleh carik-carikkan. Boleh juga goreng sedikit ayam rebus tu supaya ayam tahan lebih lama
3) Beralih kepada kuah soto tadi, blend bahan2 yg bertanda * , kemudian tumis dengan minyak masak + 4 sekawan
4) Bila bahan2 tumis dh naik bau, masukkan rempah2 kurma & sup, kacau supaya tak hangit
5) Kemudian masukkan air (agak2 air nak banyak mana utk kuah, terpulang) & campur dgn air rebusan ayam tadi
6) Ketuk lengkuas, dan masukkan. Masukkan juga sup bunjut tadi & kiub ayam
7) Bila kuah dah menggelegak, masukkan garam secukup rasa (tambah perasa jika perlu)
8) Bila rasa semua dh okay, tutup api. SIAP!


RESEPI BERGEDIL

Bahan-Bahan
5 biji kentang
Garam secukup rasa
Daun sup
Bawang goreng
2 biji telur

Cara-cara
1) Bersihkan kentang, potong kecil & goreng sampai lembut. Ketepikan, tunggu kentang sejuk.
2) Kemudian, lenyekkan kentang sampai hancur
3) Gaul dengan garam secukup rasa, daun sup & bawang goreng
4) Bulat2 kan & penyekkan sedikit bagi nampak bentuk bergedel
5) Celup dalam telur yang dah sial dipukul
6) Kemudian goreng bergedil sampai kekuningan.

*Tips: Goreng bergedel kena lemah lembut je, tunggu sampai sebelah bahagian dan masak, baru terbalikkan untuk mengelakkan bergedil hancur musnah di dalam kuali. Berkecai hati korang nanti. Hiks!

Cili kicap

Bahan-Bahan
1) 20 biji Cili api
2) 4 ulas bawang putih
3) Gula
4) Kicap secukupnya

Cara-cara
1) Rebus cili yang dh dibersihkan bersama bawang putih dalam lebih kurang 10minit
2) Kemudian tutup api & sejukkan
3) Blend cili, bawang putih & 2 sudu gula
4) Kemudian masukkan kicap. Blend lagi sampai hancur.
5) Rasa. Tambah kicap & gula sehingga capai rasa yang korang nak.


Rempah ratus. Eh, ketumbar mana ketumbar? Alaaahhhhh...ketumbar terlupa nak snap pic daaaa


4 sekawan 


Bawang Merah, Bawang Putih dan Halia di blend, lepas tu tumis hingga naik bau dan ekmudia letak rempah-rempah sup dan rempah kurma tadi.. 


dah naik minyak baru letak air.. 



Tulang temulang ayam, kaki, leher & yang sewaktu dengannya. Masukkan ni dulu dalam sup sebelum masukkan isi-isi ayam yang lain. Tujuannya supaya bahagian-bahagian ni lembut & nyum nyum.... kaki ayam yang dah dimasak lembut Sumber kolagen tu tau...hehe


Isi ayam yang korang dh rebus & tos kan tadi goreng sikit (nak bg dia tahan lama) & kemudiamn carik-carikkan. Sayang-sayang sekelian, tunggu sejuk dulu tau baru carik-carikkan. Kalo tak kang terbako tangan tu


Cantik dan berselera kejadian Soto akak ni.. tu yang TB nak try sangat.. 



Lepas dah siap buat bergedil & sambal cili kicap, gorengkan suhun sikit & kacang tanah, kemudian hiris daun sup.

Kemudian, ambil mangkuk isikan nasi impit/ bihun/mee /koay teow dan hiaskan soto dengan ayam carik, tauge, bergedil, daun sup, sili kicap dan bawang goreng, barulah terangkat soto kita. Hehe

p/s: Rahsia sedapnya kuah soto berempah terletak pada rempah ratus yg digunakan & lengkuas. Lengkuas tu sangat penting dalam mendapatkan tune kuah soto yang terangkat. Selamat mencuba, ya...

Semoga bermanfaat, insyaallah!

KREDIT : Qiu Ieja



nuffy2

GA New