APAM BALIK

Letak sini dulu.. takde alat yang cukup.. tapi kalau masak dalam pemanggang ajaib ok tak? hahahaha.. semua nak masak dalam pemanggang ajaib ye.. adoi...

Bahan² : (dapat dalam 5 keping)
πŸ‘‰2 cwn tepung gandum
πŸ‘‰1/4 cwn gula
πŸ‘‰1 sudu teh soda bikarbonat
πŸ‘‰1 sudu teh baking powder
πŸ‘‰1 biji telur
πŸ‘‰1 ½ cwn susu cair / full cream
πŸ‘‰½ sudu kecil garam
πŸ‘‰Sedikit pewarna kuning

Cara membuat :
1.Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat

2.Pukul telur dan gula guna wisk/garfu sehingga sebati..gula x perlu larut sgt.Masukan susu dan pewarna..teruskan kacau sehingga sebati

3.Masukan tepung dan kacau sebati sehingga adunan licin dan tak berketul..(sy tapis)

4.Perap selama 1 jam

Bahan tabur/ inti :
πŸ‘‰Kacang tanah di blend (goreng dulu)
πŸ‘‰1 tin jagung
πŸ‘‰Planta
πŸ‘‰Gula secukupnya

Cara2:
1.Panaskan pan non stick dan sapukan sedikit planta

2.Masukan 2 senduk aduan dan ratakan keliling..tabur gula dua sudu makan dan tutup pan..nk manis boleh letak lebih gula..biar sehingga adunan masak..(kalau ada lubang2 atas tu maknanya adunan menjadi)

3.Tabunr kacang tanah keseluruhan apam balik..planta dan jagung letak separuh bahagian

4.Lipatkan dan siap






Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New