Nuff

19 Mei 2018

RESEPI SOTO DAN RESEPI BERGEDIL SEDAP DAN MUDAH



RESEPI SOTO SEDAP DAN MUDAH

Dah lama TB cari resepi ni.. Teringin nak buat.. tapi adoi.. yang makannya TB sorang je kot.. encik hubby tak makan soto ni.. so, nak buat pun rasa tertangguh-tangguh.. nampaknya kena tunggu harraz besar la baru TB boleh buat menu ni.. Ada berteman la TB makan nanti.. hehehe.. hope Harraz jangan la tak makan jugak Soto ni.. aduh.. takde kawan nak join makan sama-sama.. huhu.. Hubby ni kalau sup-sup dia suka Sup Tulang je.. itupun denagn bihun dia tak makan, tapi kalau dengan kueteow dia suka la makan sup-sup ni..

Apa-apa pun jom kita tengok apa resepinya.. TB tepek sini dulu sebab takut terlupa.. malas betul nak google nanti.. yang bestnya resepi ni siapa complete bahan-bahan GU nya atau bahan gandingan dia.. so.. elok gak.. tak payah nak buka banyak-banyak page nak tengok resepi.. haha.. bawah tu TB tepek owner resepi ni.. korang follow la yea.. banyak resepi dia pandai buat.. 


RESEPI SOTO SEDAP DAN MUDAH

Anggaran untuk makan sekeluarga berlima

BAHAN-BAHAN
Kuah Soto
Ayam 1 ekor
3 paket kecik Rempah Kurma (saya guna Adabi)
1 paket kecik Rempah Sup/Rempah Soto (saya guna Mak Siti @ Adabi)
4 sekawan (buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis)

Bawang besar 3 biji *
Bawang putih 1 labu *
Buah keras dalam 5 biji *
Jintan manis 1 sudu besar*
Jintan putih 1 1/2 sudu besar*
Biji ketumbar 1 1/2 sudu besar*
Halia sebesar ibu jari*

Lengkuas sebesar tapak tangan
4 Kiub Ayam
Sup bunjut tulang (adabi) 2 paket

Cara - cara:
1) Rebus ayam sampai masak, tutup api, toskan ayam & sejukkan. Air ayam simpan utk next process.
2) Ayam rebus tadi boleh carik-carikkan. Boleh juga goreng sedikit ayam rebus tu supaya ayam tahan lebih lama
3) Beralih kepada kuah soto tadi, blend bahan2 yg bertanda * , kemudian tumis dengan minyak masak + 4 sekawan
4) Bila bahan2 tumis dh naik bau, masukkan rempah2 kurma & sup, kacau supaya tak hangit
5) Kemudian masukkan air (agak2 air nak banyak mana utk kuah, terpulang) & campur dgn air rebusan ayam tadi
6) Ketuk lengkuas, dan masukkan. Masukkan juga sup bunjut tadi & kiub ayam
7) Bila kuah dah menggelegak, masukkan garam secukup rasa (tambah perasa jika perlu)
8) Bila rasa semua dh okay, tutup api. SIAP!


RESEPI BERGEDIL

Bahan-Bahan
5 biji kentang
Garam secukup rasa
Daun sup
Bawang goreng
2 biji telur

Cara-cara
1) Bersihkan kentang, potong kecil & goreng sampai lembut. Ketepikan, tunggu kentang sejuk.
2) Kemudian, lenyekkan kentang sampai hancur
3) Gaul dengan garam secukup rasa, daun sup & bawang goreng
4) Bulat2 kan & penyekkan sedikit bagi nampak bentuk bergedel
5) Celup dalam telur yang dah sial dipukul
6) Kemudian goreng bergedil sampai kekuningan.

*Tips: Goreng bergedel kena lemah lembut je, tunggu sampai sebelah bahagian dan masak, baru terbalikkan untuk mengelakkan bergedil hancur musnah di dalam kuali. Berkecai hati korang nanti. Hiks!

Cili kicap

Bahan-Bahan
1) 20 biji Cili api
2) 4 ulas bawang putih
3) Gula
4) Kicap secukupnya

Cara-cara
1) Rebus cili yang dh dibersihkan bersama bawang putih dalam lebih kurang 10minit
2) Kemudian tutup api & sejukkan
3) Blend cili, bawang putih & 2 sudu gula
4) Kemudian masukkan kicap. Blend lagi sampai hancur.
5) Rasa. Tambah kicap & gula sehingga capai rasa yang korang nak.


Rempah ratus. Eh, ketumbar mana ketumbar? Alaaahhhhh...ketumbar terlupa nak snap pic daaaa


4 sekawan 


Bawang Merah, Bawang Putih dan Halia di blend, lepas tu tumis hingga naik bau dan ekmudia letak rempah-rempah sup dan rempah kurma tadi.. 


dah naik minyak baru letak air.. 



Tulang temulang ayam, kaki, leher & yang sewaktu dengannya. Masukkan ni dulu dalam sup sebelum masukkan isi-isi ayam yang lain. Tujuannya supaya bahagian-bahagian ni lembut & nyum nyum.... kaki ayam yang dah dimasak lembut Sumber kolagen tu tau...hehe


Isi ayam yang korang dh rebus & tos kan tadi goreng sikit (nak bg dia tahan lama) & kemudiamn carik-carikkan. Sayang-sayang sekelian, tunggu sejuk dulu tau baru carik-carikkan. Kalo tak kang terbako tangan tu


Cantik dan berselera kejadian Soto akak ni.. tu yang TB nak try sangat.. 



Lepas dah siap buat bergedil & sambal cili kicap, gorengkan suhun sikit & kacang tanah, kemudian hiris daun sup.

Kemudian, ambil mangkuk isikan nasi impit/ bihun/mee /koay teow dan hiaskan soto dengan ayam carik, tauge, bergedil, daun sup, sili kicap dan bawang goreng, barulah terangkat soto kita. Hehe

p/s: Rahsia sedapnya kuah soto berempah terletak pada rempah ratus yg digunakan & lengkuas. Lengkuas tu sangat penting dalam mendapatkan tune kuah soto yang terangkat. Selamat mencuba, ya...

Semoga bermanfaat, insyaallah!

KREDIT : Qiu Ieja




Related Posts

2 ulasan:

  1. Kaella kalau masak begedil mesti tak jadi sebabnya tak tahulah kenape

    BalasPadam
  2. Yummy...time puasa ni lg extra yummy! Akak suka bergedil. Kalau kentang tu kita rebus instead of goreng, ok ka?

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2