CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH


CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH


Ibu-ibu yang masih ada anak kecil dan jugak ibu-ibu yang siangnya bekerja, malamnya jadi supermak.. jom baca cara2 nak buat solat tarawikh di rumah..

Solat Tarawikh bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. 

Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat tarawikh di masjid. 

● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.

● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

● Solat Tarawikh dikerjakan setelah mengerjakan Solat Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawikh dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:

SOLAT SUNAT TARAWIKH

Niatnya :

Ø£ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّÙ€َــة َ الــتـَّÙ€َــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّÙ€َـه تـَــعـَــالـَــى

“Sahaja aku solat sunat tarawikh dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. 

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الوِتْرِ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالىَ

"Sahaja Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الوِتْرِ رَÙƒَعَØ©ً Ù„ِلهِ تَعالىَ

"Sahaja Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir

سُبْØ­َانَ اللَّÙ‡ُ الْÙ…َÙ„ِÙƒِ الْÙ‚ُدُّوسِ x3

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,

dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.

Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawikh kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.

kredit :
sumber whatsapp


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama