Langkau ke kandungan utama

YOUR FACE LIKE ARABIC GIRL

 
Perghh.. dah selesai entri untuk penghargaan kepada sponsor2 dan Penganjur Giveaway2 yang telah teman menangi semua.. hee.. kalau ada yang tertinggal, hope boleh jea PM teman kat FB, kasi link sekali hadiah yang teman menang tu yea.. nanti teman buat entri kredit kan ke blog korang yea.. bukan apa.. dah banyak sangat join, teman dah lupaaa.. hak3.. dah tua gini.. memory lost! hu2..

Ok lah, kali ni teman nak citer pasal teman bersama hubby ke HK baru2 ni, baru tak baru juga lea..pada tarikh 7(mlm)hingga10 Disember 2013 hari tu..citer serba sedikit lea apa yang patut..(ada yg nak baca ke?)

Ekceli takde menda nak diceritakan perihal gi HK hari tu, sebab takde yang best, tau nape? sebab bila pergi tempat supplier (bisnes hubby) maka xde menda yang leh di share disini, hu3.. rahsia kerajaan... alahai.. tapi takpe.. ada lagi entri teman leh share pasal travel kami hari tu.. heee..(travel lea sangattt.. ekceli lawatan bisnes hubby je kot..hu3)..Ni teman nak citer pasal sorang Pak Arab tu haa.. cer tengok gambo bawah ni..
hi3.. Hamboiihh.. nak letak gambo yang lawa2 aje yea! 
ekceli Pak Arab tu tua lagi dari yang ni.yea... hi3..
 hu3.. Teringat teman masa di hotel hari tu, ada seorang Pak Arab menegur teman dengan dengan perkataan satu patah apa pun teman tak faham, bunyi nya memang Arab2 lea of coz kann.. tapi memang sungguhlah teman tak paham walau sebutir pun..dia tanya apa entah kat teman, yg teman lak dah terpinga2 fikir apa dia cakap..hubby lak macam takmo tolong jawab kan,sebab dia ingat teman faham..walhal cakap Arab tuuu..

last2 dia pun speaking English.. "Im Sorry..Are You Arabic Girl"? From Arab? pastu teman sambil senyum-senyum leret teman menjawab "Ooooooo..(panjang O nya) No, actually i am from Malaysia".. pastu Pak Arab sambil dia tunjuk muka dia dan buat gerakan bulatan kat muka dia, dia cakap lagi, "Your Face Like Arabic Girl" hu3.. hubby miaw2 teman pandang teman dan senyum.. pastu hubby pun cakap memang ramai yang kata macam tu.. cisssss.. menokok tambah lak hubby teman ni.. Pak Arab tu ngangguk2 kepala dia tanda setuju dengan apa hubby teman cakap tu. aishhhh.. sabo jelah

Ulasan

  1. yeah wajah perempuan Arab memang cantik ...dan pcl selalunya tertarik dengan cara pemakaian depa, berjubah labuh , kalau wanita melayu berpakai mcm tu pun sy suka. TB seharusnya dapat pujian kerana memilik ciri2 wanita Arab...(teman agak lah..hihi)

    BalasPadam
  2. Oh ye ker ada persamaan wanita arab??? huhuhuuu... :D senyum smpai telinga la nie.. sebulan tak hilang kene puji macam nie hahahah :P

    BalasPadam
  3. wahh kembang semnagkuk tak TB hehehe ;p lg kembang hub TB kekeke

    BalasPadam
  4. hari tu mcm misha omar.. sekarang mcm org arab plak..... curlasss gitew...!! ekekeke....

    BalasPadam
  5. Sy kew?? Alaaa akak ni sy biasa2 jew....huhu
    Pasan...kih kih kih

    BalasPadam
  6. wah, kalau dapat pujian cenggitu, pengsan sy..hihi..bg sy mata dan alis org arab memang lawa..:)

    BalasPadam
  7. Gadis Arab selalunya cantik-cantik kannnn

    BalasPadam
  8. untungnya tb dpt pujian dari pak arab hihi

    BalasPadam
  9. Arabians la TB ni. Fuhhhhh... Ada rupanya ni. TB belajar la bahasa arab. hehehe

    ZH Blogger

    BalasPadam
  10. mesti kembang setaman bila ada org puji muka awak mcm wanita Arab kan? hahaha..


    mesti awak nie putih gebu

    BalasPadam
  11. mesti kembang kempis hidung kan masa kena puji tu .. hikhik

    BalasPadam
  12. wahwah.. TB. hikhik... u so cute..demam seminggu nanti.. hihihi... :)

    BalasPadam
  13. blushing tak sudah lah kan >.< HAHA

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n