Giveaway Akhir Tahun - Hasrul Hassan.com


Giveaway Akhir Tahun - Hasrul Hassan.com

Haii.. Assalammualaikum semua.. petang-petang gini TB nak ngajak korang sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan oleh Sifu Hasrul Hassan a.k.a Sifu HH... TB pun baru tahu ni.. hehehe.. tadi saja dok godeh-godeh blog.. tetiba tak faham sesuatu.. mula lah meng "skodeng" blog Sifu HH ni.. Perbuatan TB ni memang dah lama pun.. skodeng info-info penting dekat blog Sifu HH ni.. hehehe.. Banyak jugak lah ilmu yang TB dapat dari Blog Sifu HH ni..

Kadang-kadang kalau tak faham.. TB akan terus direct pm sifu HH untuk mintak tunjuk ajar.. Alhamdulillah.. Walaupun sifu HH ni antara Blogger Otai dan Power, beliau tak kedekut ilmu utnuk berkongsi apa yang dia tahu tentang blog... TB pulak malu sebab asyik lah bertanya itu ini.. haaha.. Sebab almaklumlah.. kita ni lambat pickup orangnya.. hahahaha... Kesian Sifu HH nak menjawap bermacam soalan.. 

Oh ya.. cerita pasal Sifu HH ni, TB rasa mula kenal sejak TB mula berblog..  Sifu HH ni ialah seorang penulis blog aktif sepenuh masa sejak 2010 dan TB pula pada 2012 baru start berblog.. Masa tu memang tengah explore cara nak up kan blog yang baru nak hidup ni.. banyak tips-tips yang Sifu HH kongsikan di blog beliau.. So, kadang rasa sangat memudahkan TB yang tak berapa pandai main coding-coding html  blog apa ke nama nya entah.. hahaha.. 

Sebelum ni TB ada juga menulis tentang Sifu HH ni.. memang dari dulu menjadi Sumber Inspirasi TB sebenarnya.. Nak baca entri tu boleh lah klik disini yea.. ada dua entri yang TB pernah tulis untuk sifu HH ni.. sebab menghargai setiap sokongan dan galakan beliau dalam membantu blogger-blogger yang memerlukan bantuan dalam dunia Blogger ni.. Jom baca entri SINI dan SINI ..

Sifu HH ada blog lain.. bukan satu je tau.. hehe.. kalau nak tahu kena lah pi singgah blog Sifu HH untuk tahu lebih lanjut.. godek-godek sikit blog beliau tu.. ada macam-macam info korang boleh dapat tau..

Haa.. TB sebenarnya nak ucap terima kasih sangat dekat Sifu HH sekali lagi sebab Blog TB banyak guna tips dan maklumat yang TB dapat dan praktikkan dari blog Sifu .. Semoga dimurahkan rezeki selalu buat Sifu HH sekeluarga,, Aamiinn..

Haaa korang.. Ni TB nak ajak korang join Giveaway Sifu Hasrul Hassan ni.. moh la kita join ramai-ramai yea.. hehehe.. 

Jom Join! Klik Sini --> 

6 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama