Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel MENGANDUNG

PERKONGSIAN PERJALANAN SEORANG IBU MENGANDUNG YANG DIJANGKITI COVID19 STAGE 5

PERKONGSIAN PERJALANAN SEORANG IBU MENGANDUNG YANG DIJANGKITI COVID19 STAGE 5 Saya tidak (lagi) menulis tentang kisah keluarga kami sejak isteri dan anak keluar ICU & NICU Hospital Sg.Buloh serentak. Saya sendiri seakan tidak dapat menyusun kata dan rasa untuk menulis kisah sendiri. Hinggakan pernah isteri bertanya, apa pandangan saya jika beliau menulis “kisah sepanjang puluhan hari di Hospital Sg.Buloh?”, saya katakan ringkas, “Tak payahlah”. Adalah sebab-sebab tersendiri yang saya kongsikan. Namun kadang setelah mendengar dari mulut beliau sendiri beberapa insiden-insiden atau kisah-kisah di ICU, sokongan dan usaha frontliners yang hebat dan terpuji, pandangan saya sedikit berubah – untuk dikongsikan sahajalah, biar orang ramai tahu dan mungkin boleh diambil pelajaran. Pelajaran tentang apa itu ‘Ujian/Musibah’?  Tentang apa itu ‘Nikmat’?  Tentang sejauh mana itu ‘Tawakkal?’  Tentang bagaimana mengimbangi  Khauf (takut) dan Raja' (mengharap) pada Tuhan?  S...

My 2nd Pregnancy Journey Story

  My 2nd Pregnancy Journey Story  TB belum pernah lagi ada masa nak bercerita tentang pengalaman kedua mengandung tapi kali ni tergerak hati nak bercerita sebab nak simpan moment-moment indah semasa mengandungkan INAARA . Untuk kedua kalinya TB merasai pengalaman mengandung 9 bulan. Pengalaman yang sangat berharga buat ibu-ibu semua. TB dan suami memang berharap dapat menambah zuriat seorang lagi untuk dijadikan kawan kepada anak sulung kami, HARRAZ.  Bersalin C-Section (Emergency C-Sect)  Namun hasrat itu terpaksa ditangguhkan kerana TB bersalin melalui pembedahan (CZER) semasa anak pertama, dan doktor telah sarankan TB menjarakkan masa untuk mengandung kali kedua, dan sehinggalah Harraz berumur 2 tahun lebih barulah TB berani untuk cuba mengandung lagi.. Disebabkan faktor umur, TB berfikir berulang kali untuk mengandung lagi tetapi disebabkan kasihan melihat Harraz membesar seorang diri je dalam keluarga, TB dan suami pun berhasrat nak hadiahkan Harraz adik.  ...

MISI 30 JUZUK ALQURAN UNTUK HARRAZ | 9 APRIL 2016 - 17/8/2016

MISI 30 JUZUK ALQURAN UNTUK HARRAZ | 9 APRIL 2016 - 17/8/2016 (ENTRI THROWBACK) Entri ni dah lama terperuk dalam Draft selama 2 tahun lebih (fuh lama jugak), TB baru ternampak balik tadi masa tengah up entri tentang Doa-Doa Terbaik Untuk Anak dan Doa Isteri Solehah Untuk Suami Tercinta .. Kesemua entri-entri ni memang TB nak up lama dah, tapi disebabkan kekangan masa TB tak sempat nak edit-edit, so terperap lama lah kat draft tu jadinya.. huhu.. Ok lah.. Entri ni sebenarnya TB nak simpan untuk diri sendiri dan untuk tatapan anak kesayangan TB iaitu Harraz, Kalau dia dah besar nanti, TB nak dia tahu, TB sangat-sangat menyayangi dia.. Memang cadang juga nak up terus tapi TB tak ready lagi masa tu, terfikir macam-macam.. Nanti orang kata menunjuk ke apa kan.. Demi Allah takde pun perasaan macam tu untuk apa yang TB lakukan ni.. TB just ingin simpan buat kenangan, supaya TB ingat memori TB semasa mengandungkan harraz.. Sebenarnya rasa menyesal juga tak share yang lepas-le...

DAPAT BABY KEMBAR? BESTNYAA...

DAPAT BABY KEMBAR? BESTNYAA.. (entri throwback)  Hai.. Sorry lambat sangat nak sambung citer pasal throwback pregnant ni.. Entri yang lepas --> PENANTIAN SELAMA 4 TAHUN | ALHAMDULILLAH  heee.. Asik langkau-langkau aje yea.. Tapi kali ni TB up guna cara ibarat macam diari tu lagi senang dibaca kot.. TB pun malas nak taip panjang-panjang.. yang ada kat bawah ni semua TB copy dan paste dari Note TB dekat fon.. Jadilah buat kenang-kenangan pengalaman time pregnant kan..  24 April 2016 (Ahad) Ada keluar cecair berwarna coklat cair.. Keluar sekejap je.. Sikit je.. Esok dah takde.. Ada terbaca kat blog Dr Zubaidi (Doktor Pakar Sakit Puan), yang cecair itu mungkin adalah proses penempekan embrio di dinding rahim ibu sewaktu awal kehamilan..  Nanti 30hb April ni nak gi scan balik, untuk tentukan kembar atau tak.. Boleh tanya terus kat doktor pasal ni.. 30 April 2016 (Sabtu) Hati berdebar-debar sangat nak tahu keputusan baby kembar atau tak.  Huhu.. Bi...

PENANTIAN SELAMA 4 TAHUN - ALHAMDULILLAH AKHIRNYA ALLAH KABULKAN PERMINTAAN KAMI

PENANTIAN SELAMA 4 TAHUN ALHAMDULILLAH AKHIRNYA ALLAH KABULKAN PERMINTAAN KAMI.. (ENTRI THROWBACK) Assalammualaikum.. Alhamdulillah.. Baby dah masuk umur 4 bulan lebih baru TB berkesempatan nak share dengan korang kisah throwback TB semasa pregnant dan bersalin bulan November 2016 tahun lepas. TB tahun dah lama sangat pun bersalin, anak pun dah besar. Orang kata dah basi kot cerita nya..  huhu.. Tapi TB nak up jugak story tu disini untuk tatapan TB nanti. Boleh jugak Baby TB baca nanti kisah macam mana mamanya melahirkan dia .. betul tak? Mesti baby pun suka dapat baca perjalanan kisah mamanya mengandungkan dia 9 bulan dan bersalinkan dia..  Tapi bila TB up story tu disini.. jangan la pula ada yang kata, itu la.. ini la.. pengalaman manusia ni lain-lain .. tak kira dari segi apa pun.. mahupun dari segi alahan mengandung, dari segi simptom-simpstom yang dialami semasa mengandung, ragam mengidam, tahap kesihatan terjejas atau lebih baik ke, time bersalin lancar ...