Langkau ke kandungan utama

CARA atau TIPS MENYIMPAN TELUR

menyimpan telur ayam
( Related entri klik ---> NAK TAU KUALITI TELUR?? )

Cakkk.. semalam teman kongsikan cara nak tahu kualiti telur yang kita beli kan? heeeee.. hari ni lak teman nak share cara nak simpan telur lak.. teman memang dari dulu lagi konpius cara simpan telur yg betul.. maksud teman, emak teman dulu pernah ajar cara letak telur dalam peti ais cara yg betul.. tp teman dah konpius nak letak yg runcing keatas ke atau yang lebor ke atas? hu3.. last2 main letak jeleaa.. kikiki..Tapi, akhirnya teman jumpa gak cara yang betul meletakkan telur.. eh.. menyimpan telur.. arghh.. samalah..!! jom kita tengok.. kot sape yg xtau 2 leh lea tahu hari ni kan.. yg mana dah expert tau tu, dok diam2 yewww..
●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥Sebelum tu baca ni dulu yea.. ●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.

Telur yg patut disimpan dengan cara berikut adalah telur yang dibeli dlm keadaan masih segar. 
Cara membezakannya adalah seperti berikut:
Masukkan telur ke dalam air, jika telur tenggelam dengan posisi telentang bererti 
telur masih dalam keadaan segar. Sebaliknya jika timbul telur sudah tidak segar & hampir busuk.

●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥Cara atau Tips Menyimpan Telur●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥
Sebelum disimpan, teliti bahagian kulit. Jika mengandungi kotoran segera bersihkan dengan mencucinya menggunakan spans yang telah diberi sabun. Hati-hati kulit telur yang kotor dapat menjadi sarang bagi bakteri Salmonella. Oleh kerana itu, biasakan mencuci telur sebelum menyimpannya dalam peti ais. perlu juga kita mengetahui yang semakin lama telur disimpan, umumnya putih telur akan semakin ringan, dimana bila dipecahkan dan diletakkan di piring ia kelihatan melebar.

Setelah mencuci telur, keringkan dan simpan di dalam peti ais. Simpan telur dalam peti ais dengan POSISI BAHAGIAN YANG RUNCING MENGHADAP KE ATAS untuk mempertahankan posisi kuning telur agar selalu berada ditengah telur. Atur suhu peti ais 7 darjah. Jika disimpan dalam ruang terbuka, masukkan ke dalam bekas kawat yang berlubang dan letakkan di tempat yang terlindung  dari cahaya matahari.dan diingatkan sekali lagii, sebaiknya jangan terlalu lama menyimpannya, kerana telur mengeluarkan H2O dan CO2, sehingga semakin lama penyimpanan telur akan menjadi semakin ringan, selain itu terbentuk ruang udara yang semakin besar di dalam cangkang dan akhirnya telur menjadi semakin ringan. 
menyimpan telur ayam
haaa.. amacam? pandai dah simpan telur? waaa.. memang dah tau lama yeaa? hihihi.. malunyaa..
 teman jea baru tau yeaaa.. aduiiii..
●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥ Sekian.. Terima Kasih kerana sudi baca..Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ♥●•.Ƹ̵̡Óœ̵̨̄Æ· ●♥●♥ 


Ulasan

  1. good info..teman pun baru tahu.. hihi..

    BalasPadam
  2. hahaha moh kita pakat paksa telur kat dapur,kuak lentang kat besen.nak tengok segar ke tak.hohoho kak lea tersalah tonggengkan itu telur,yang runcing ke atas rupanya..ngeeee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha.. teman memang buat camtu dulu, tp bila dh lama2 terlupa lak yg runcing kat atas ke yg lebor kat atas.. hi3

      Padam
  3. tengokla kalau ada masa nk simpan mcm ni..
    haha.
    jarang2 beli telur, kalau ada pun tahan 2 3 hari je ..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ho.. beli sikit je ke? atau.. sehari makan berbiji2? hik3

      Padam
  4. bagus info ni….kadang2 main hen tam je susun

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha3.. sama lea kita.. so, sekarang dah tau, elok ikut cara yg betul kann.. =)

      Padam
  5. gud sharing lah.sy pun xtau.yg sy tau lepas beli pecahkan masak dlm kuali jer,...eheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. sama lea teman ni.. tau makann je punn.. hik3

      Padam
  6. semua yg komen sini teman udah kunjungbalas yea.. thanx sudi singgah n komen..

    BalasPadam
  7. Oh begitu..sy simpan kat luar je..dlm bakul.. 3 hari je utk sesarang. byk guna telur buat kek

    BalasPadam
    Balasan
    1. hoo.. yelea.. mieza kan bisnes kek yea.. alamak.. lapo lea plak bila teringat kek mieza.. hik3

      Padam
  8. Tumpang tanya...telur ayam yg dh dipecahkan ..letak dlm peti ais elok lagi x?

    BalasPadam
  9. Info ni mcm salah je. Telur xelok dibasuh dan cara letak pon salah. Sepatutnya yg runcing dibhgian bwh kerana untuk mengelakkn ruang kosng di bhgn ats dlm telur tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n