Langkau ke kandungan utama

Hafizh Syahrin Menang Tempat Pertama Pelumbaan di Sepanyol



Hafizh Syahrin Menang Tempat Pertama Pelumbaan di Sepanyol..
Keratan Akhbar Berita Kemenangan Hafizh Syahrin
Berita bertarikh 22 September 2013. Penunggang muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah melakar sejarah apabila meraih kemenangan pertama di Kejuaraan CEV Sepanyol selepas mengungguli perlumbaan pertama pusingan kelima kejuaraan di Litar Navarra, Sepanyol, semalam. 
Hafizh Syahrin sujud syukur.. 
Hafizh turut menamatkan saingan di kedudukan podium di tempat ketiga pada perlumbaan kedua dan kekal di kedudukan ketiga keseluruhan (110 mata), ketinggalan 12 mata di belakang Alejandro Marinelarena manakala Roman Ramos gah selaku pendahulu (146 mata). 
Berlumba di kelas Moto2, Hafizh yang berkelana ke Sepanyol bersama pasukan PETRONAS Raceline Malaysia tampil begitu meyakinkan pada perlumbaan pertama sekalipun bermula di petak ketiga dan berdepan kesukaran di awal perlumbaan.
Usaha buahkan hasil
Situasi berubah ketika perlumbaan berbaki enam pusingan apabila Hafizh yang memacu jentera Kalex
berjaya memintas dua pencabar utamanya, Marinelerana dan Ramos seterusnya mengekalkan kedudukan
sehingga penamat perlumbaan.

“Ini adalah kejayaan paling membanggakan dalam kerjaya saya,” kata penunggang berusia 19 tahun yang
merekod masa 30 minit 50.823 saat untuk bergelar juara menafikan Alejandro, kedua ketinggalan 0.305s
diikuti Ramos ketiga 5.617s. 
Terima kasih Marinelarena, Roman Ramos, dan Jesko kerana menghormati pelumba muslim. Hafizh Syahrin beredar dari podium sebelum terkena champagne spray semalam
“Dan akhirnya saya memenangi perlumbaan di Kejuaraan Sepanyol. Saya sedikit gementar di grid perlumbaan. Segala usaha kami sebelum ini membuahkan hasil.” 
“Kemenangan didedikasikan kepada pasukan, penaja, keluarga dan semua orang di Malaysia. Tanpa mereka, terutama PETRONAS, saya tidak akan berjaya,” katanya. - 
Mari kita ke KLIA bagi menyambut kepulangan Wira Negara kita Hafizh Syahrin #55 pescao yang akan tiba di KLIA pada 24hb (hari ini) jam 3 petang waktu Malaysia.

Ulasan

  1. Sebagai bekas mat litar yg masih aktif dgn permotoran psti bngga dgn pncapaian hafizh tu. Tahniah

    BalasPadam
  2. tahniah tahniah, sy dah tgk ni.mmg bangga sungguh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann.. bangga sangat2.. anak melayu kita lak tuu.. fuh..

      Padam
  3. fuyyooo..hebat dia! make malaysian proud ^_^

    BalasPadam
  4. Makin berjaya hafizh syahrin ni.. rezeki dia tu kan!

    BalasPadam
  5. tahiah la, mmg membanggakan lagi lah org melayu. tk seperti alex yong dlu, ngabiskan duit je, apa pun tk menang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n