Langkau ke kandungan utama

TIPS BERSENAM

TIP BERSENAM
(info untuk diri sendiri)
Jangan lupa melakukan aktiviti pemanas badan sebelum workout
Penat bersenam tetapi masih tidak berjaya mendapat bentuk badan yang diidamkan? Sebenarnya ramai antara kita yang bersenam tetapi tidak dengan cara yang betul. Ia satu kesalahan besar yang akhirnya mendatangkan kerugian pada diri sendiri. Beberapa teknik perlu dan tidak perlu dilakukan dalam senaman mesti dipelajari agar ia tidak menjadi sia-sia.
Asas latihan
Asas latihan perlu dipelajari dan difahami sepenuhnya agar dapat membantu anda mendapatkan hasil lebih efektif tanpa membuang waktu. Anda perlu tahu apa tujuan sebenar untuk anda datang ke gym. Latihan untuk setiap bahagian otot adalah berbeza-beza setiap satunya.

Jika ingin mengecilkan bahagian pinggul, dumbbell bukan jawapannya. Jangan risau jika anda kurang arif mengenai hal ini. Dapatkan pertolongan staf di gym atau personal trainer sebelum anda menggunakan peralatan fitness. Perkara asas ini jika tidak diketahui dengan betul, senaman anda bakal menjadi sia-sia.

Waktu sesuai
Pastinya setiap anda mempunyai waktu favourite untuk melakukan latihan. Soal waktu ini benar-benar memainkan peranan besar dalam meningkatkan latihan anda. bayangkan jika anda tidak mempunyai waktu latihan yang konsisten, latihan anda akan menjadi kurang produktif dan anda juga akan kurang berdisiplin dalam melakukan latihan. Jadi, tentukan waktu latihan yang tepat untuk lakukan latihan anda. Pilih masa yang tetap untuk latihan agar jadual harian anda juga tidak terganggu.

Elak bersenam dengan perut kosong
Mungkin ramai menyangka melakukan latihan ketika perut kosong, pasti hasil yang diinginkan akan menjadi lebih cepat. Ini adalah salah! Makanlah sebelum dan sesudah melakukan latihan. Hal ini kerana badan anda memerlukan bahan bakar untuk mendapatkan hasil maksimum daripada latihan tersebut.
Nutrisi juga amat diperlukan untuk memperkuatkan otot dan memperbaiki jaringan yang rosak. Selain itu, anda juga perlu mendapatkan kandungan air yang cukup setiap hari agar tubuh anda tidak terhidrat semasa melakukan latihan.

Lakukan lebih dari satu jenis latihan
Lebih banyak jenis latihan yang dilakukan, lebih baik. Kombinasi beberapa jenis latihan mampu mendapatkan pembakaran lemak yang maksimum. Anda juga pasti tidak akan merasa bosan ketika melakukan latihan. Sebagai contoh, anda boleh memulakan latihan ringan seperti menangkat dumbbell terlebih dahulu sebelum beralih kepada latihan lebih berat seperti berlari di treadmill.

Elak overtraining
Melakukan latihan selama tujuh hari seminggu dengan pelbagai latihan berat tanpa berehat hanya akan memudaratkan anda. Berikan masa untuk tubuh pulih sepenuhnya sebelum melakukan latihan lain. Berehatla sehari atau dua untuk memastikan tubuh anda benar-benar sihat. 

Sumber : Web Rapi

Ulasan

  1. x berkesempatan nak ke gym lgi....snamn biasa2 je d rmh....hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. teman pun teringin nak ke gym gak.. tapi sekarang buat senamrobik je kat umah.. hu2

      Padam
  2. Hello Tenku Butang, this coming to you from Canada. Bahasa saya da out of tune, sebelum Merdeka.
    So I pakai chakap England, ha ha.
    Very good your advise, and yes, jangan overstrain....limber up first, do some stretching warm ups...
    And a good idea, minum Chinese green tea....at least 2 or 3 cups a day. Good for your health, as well refreshes you.
    Have a great week, and keep a song in your heart.
    Lee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai.. Uncle Lee, wah.. jauh tu dari Canada.. heee...

      Nice advise about health.. thanx again yea!

      Padam
  3. Nice sharing.. Tapi elakkan bersenam ketika perut kosong tu..selalu kak Erin buat.. kalau makan nanti tak larat nak bersenam plak.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hu2.. kena makan sikit yunk.. jangan bio kosong terus.. makan buat alas jea..

      Padam
  4. yes u right!
    Nat dh 2 kali organized talk session pada BL contestants .
    & dari sana speaker mengajar cara yang betol
    ..
    really surprised when know that burning fat only start after 20 minutes exercising ... ^^ noted!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hu2.. yea.. kalau dah cukup panas exercise baru lea lemak terbako kan.. heee

      Padam
  5. Mana satu yg betul ni, makan dulu ke senam dulu?

    BalasPadam
  6. perkongsian tips yg sangat bagus..dah lama x bersenam..huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. he2.. dulu teman hari2 bersenam.. sekarang udah malas..kui3

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n