Langkau ke kandungan utama

JUS TIMUN UBAT GASTRIK SEMULAJADI

JUS TIMUN UBAT GASTRIK SEMULAJADI

Hemm.. tengah bersiap nak tido ni, jam dah hampir pukul 2 pagi dah.. tapi sebelum nak tido tu teman nak tempek entri ni untuk perkongsian bersama semua dan untuk simpanan diri sendiri gak, sebab teman pun ada gastrik.. heeee... ni pun perut dah merut2 ni lambat makan punya pasal..  adehh.. jom baca sama2.. 

Berjuta-juta orang di seluruh dunia mengalami masalah ini. Sakit Gastrik adalah berkaitan kandungan asid yang berlebihan di dalam perut. Perut dibiarkan kosong dan makan tidak teratur adalah puncanya. Sebelum terjadi lebih baik jagalah jadual pemakanan anda. Dalam kes-kes tertentu boleh ke tahap kebocoran pada dinding perut. 

Timun adalah rawatan alternatif kepada sakit gastrik. Ia adalah bersifat alkali dan akan menstabilkan kandungan asid dalam perut.

Caranya amat mudah. Kisar timun dan jadikan jus. Tambahkan gula untuk lebih enak. Semasa mengisar, gunakan kelajuan paling rendah untuk mengelakkan zat-zat teroksida atau musnah disebabkan peningkatan suhu semasa mengisar. 

Amalkan minum jus hingga gastrik anda sembuh sepenuhnya. Selain merawat gastrik kebaikan lain adalah seperti mengubati sembelit, jerawat, kecantikan kulit dan sebagainya. 

Ulasan

  1. emmm.... satu ilmu baru hari ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. begitu jugak teman.. baru tahu jugak.. untuk perkongsian bersama.. =)

      Padam
  2. Bleh try ni..sllu je gastrik ni.. :)

    BalasPadam
  3. Salah seorangnya adalah saya..dulu tiap2 bulan kena gastrik sampai terguling-guling.. faktornya memang sbb makan tak teratur. Info ni menarik sebab tak pernah tahu lagi yang timun ni mujarab untuk gastrik.. kalaulah ku tahu dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hu2.. memang x tahan kalau dia datang kan Mieza..

      Padam
  4. baru tau ni...memang suka makan timun buat ulam

    BalasPadam
  5. alhmadulillah tb xde gstrik..tp bgus pengkongsian ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus.. syukur.. jaga makan elok2 kalau belum ada gastrik.. kalau dah dapat gastrik memang jenuh..

      Padam
  6. Wow... informasi yang sangat bagus.. Bole kita campur timun biase dengan timun jepun atau zuchinni?

    BalasPadam
  7. salam hii.. kite dh follow awk balik. thanks sbb follow kte kt
    http://www.msprple.blogspot.com tuuu
    very nice entry here :)

    BalasPadam
  8. semua yang komen disini teman udah bw lik yea.. tq sudi singgah n baca.. =)

    BalasPadam
  9. tak pernah try lagi jus timun ni. hehehe

    BalasPadam
  10. ooo baru tahu rupanya jus timun blh ubati gastrik
    mmmm minuman berkhasiat tu
    isi tabung nuffnang sini-inti international university

    BalasPadam
    Balasan
    1. rajin Yumida tolong isi tabung.. tq yea.. nanti teman singgah sana lak n isi tabung yea..

      jus timen kalau berperisa mungkin sedap kan..

      Padam
  11. Banyak khasiatnya timun ni. Kalau buat jus, lagi sedap. tapi ada juga org yg tak suka. Akak masak tempoyakpun campur timun, hubby suka

    BalasPadam
  12. Akak memang tak suke makan timun... especially yang dah agak-agak nak tua tu.. Tapi buat jus ok jer.. boleh telan :)

    BalasPadam
  13. apa rs nyer yek? kalu buat tkt x tertelan je ;-)

    BalasPadam
  14. boleh try gk nih dik.. tp akak riso kene asthma pulak sbb timun ni sejuk kui3

    BalasPadam
  15. Baru sy tahu, sbb belum pernah kena gastrik lg.. tp ada juga kekawan yg slalu kena gastrik ni.. t kasih diatas perkongsian ye

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n