Ubat Cacing Untuk Nyiau2

Hai.. kelmarin (Isnin) Kucing teman yang bernama Nyiau2 tu tak sihat. Badan Nyiau2 panas.. dan Nyiau2 tak selera sangat nak makan macam selalu tu.. Tapi still mau makan kau dia tercium bau Nugget Ikan atau Ayam Goreng.. cuma yang makanan kucing jenis Pallet dan wetfood tu je dia tak berapa nak makan.. makan sikit je.. Air pun minum sikit je.. 

Badan macam lemah je bila berjalan.. tak aktif macam selalu.. berlari-lari kejar ekor Oyen dan Butang.. Asyik duduk diam je.. pastu asik duduk bawah katil.. teman biarkan aje sebab teman tahu rumah teman ni tak berapa nak sejuk time siang.. tambah pulak cuaca tengah panas sekarang kan... Ada terbaca kat satu blog tu.. kalau kucing tu nak duduk mana time dia tak sihat, biarkan sebab dia je tahu keadaan suhu badan dia macam mana.. kalau dia rasa panas.. dia akan cari tempat yang sejuk macam bawah katil tu.. kalau dia sejuk.. dia akan cari tempat yang ada haba panas macam tepi peti sejuk ke.. tepi laptop ke.. So.. teman ikut cara itu.. 

Tapi masa malam Isnin tu teman tetap juga cuba cara lain untuk turunkan panas nyiau2.. teman ambil tuala basah.. teman balut badan nyiau2 dengan tuala basah.. termasuk kepala sekali.. bagi nyiau2 rasa nyaman dan sejuk.. dan teman bagi bulu nyiau2 basah sikit.. sebab ada juga terbaca artikel yang kalau basahkan bulu kucing tu pun membantu buang dalam panas badan kucing tu.. dan lepas teman buat macam tu.. sekejap je bulu nyiau2 kering.. dari situ dah nampak memang cara tu boleh serap panas dalam badan nyiau2 tu sikit.. dan Panas nyiau2 memang berkurang.. cuma kena kerap buat.. sampai badan nyiau2 betul-betul dah tak panas sangat.. 

Teman biarkan dia tidur bawah katil malam tu.. Tetapi masa teman nak tidur.. teman berdoa semoga esoknya teman bangun, teman nak lihat nyiau2 masih ada dan sihat.. Apabila bangun pagi tu.. teman rasa berdebar.. rasa takut akan jadi macam apa yang jadi pada Adik bulan lepas.. dimana bila bangun je terus tengok adik.. dan terkejut adik dah tiada.. dah keras.. tak sempat bawak pergi klinik..

Tapi mujur bila bangun tu, teman pergi ke dapur.. nyiau2 mengiau mintak makan.. Subhanallah.. gembira sangat hati teman.. syukur Alhamdulillah.... Rasa badan Nyiau2 pun dah tak panas macam malam tadi, tapi teman tetap letak tuala basah dekat badan nyiau2.. biar dia betul2 dah kebah demamnya.. pagi tu pergi Klinik Haiwan Muezza, minta ubat demam.. 
22.2.2016 (Isnin) Ubat demam untuk #nyiau2
Beli kat klinik veterinar Muezza Setapak, klinik yang sama #butang dirawat dengan kasih sayang oleh doktor dan staff nya.. Tapi doktor pesan sebelum bagi makan, cek suhu badan kucing tu dulu.. Sapu gel pada termometer, dah masukkan ke lubang punggung meow dan sengetkan sedikit bagi termometer kena bahagian dinding bontot meow tu... Dan check klu suhu lebih 38 keatas tu memang demam la.. maksudnya.. Boleh bagi ubat demam.. Kalau kurang dari 38 tak perlu.. RM10.50 untuk 3 biji.. Sehati sebiji.. Kalau demam tak sembuh, kena bawak pi klinik segera.. 

NOTE: TAK BAGI #nyiau2 MAKAN PUN SEBAB BALIK RUMAH TENGOK BADAN #nyiau2 DAH TAK PANAS
23.2 2016 (Selasa) beli ubat cacing lak sebab Nyiau2 belum makan Ubat Cacing lagi..

Hemmm.. Ubat Cacing.. ZANTEL CAT RM10 SEBIJI.. ada tertulis CHANELLE kat situ.. Taktau apa bendanya. Brand dia ke apa.. Staff Klinik Muezza kata untuk #nyiau2 kena bagi 1/4 dari sebiji tablet tu sahaja.. Bagi setiap 3 bulan.. Kalau saiz kucen beso Butang, kena bagi 1/2 biji..

Ini rupa tablet yang dah siap potong untuk diberi kepada Nyiau2.. susah benor sebab still nampak beso walau 1/4 pun.. so, teman belah dua ubat tu.. bagi sikit2.. nyiau memang kena redha la makan walau tak suka kan.. paksa gak.. tapi lembut sangat nyiau2 ni.. takut nak buka rahang mulut dia.. 
 
Alhamdulillah.. Nyiau2 dah semakin sihat.. harap Nyiau2 jangan sakit-sakit.. dah semakin sayang dekat nyiau2 ni.. moga nyiau2 aktif macam dulu.. main ekor Oyen n Butang yea! hehehe..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



8 Ulasan

  1. Tak sabar nak tengok nyiau nyiau membesarr.. Mesti kachakk cam butang

    BalasPadam
  2. Hope Nyiau2 gets better soon :)

    BalasPadam
  3. Cepat sembuh nyiau2. Nampak makin sihat, rehat tenang ja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha a.. makin sihat.. malam tadi berkejar kejaran denagn oyen.. kena pantau betul2 sebab sekarang cuaca panas.. bole kena demam lagi .. tu yang risau

      Padam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama