Nuff

12 Jun 2013

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API 

Ketam Masak Lemak Cili Api.. Nyum-nyum.. haipp.. atas ni bukan gambar google yea.. ni gambar hasil masakan teman semalam.. heee..Ok lah, tadi teman post tentang pengalaman masak lemak ketam kan.. hik2.. kali ni teman share resepinya pulak.. heee.. jom masak ketam ramai2.. =P


Ketam Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahannya:
  • 4 ekor ketam sederhana besar dibersihkan
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit
  • 300 ml santan pekat KARA (teman berdua jea, so teman guna satu kotak kecik santan tu)
  • 400 ml air
  • Garam
  • Kiub Ikan Bilis (2 kiub)
Bahan di tumbuk/ blend :
  • 1cm kunyit
  • 1cm lengkuas
  • 1cm halia
  • 2 biji cili api (ni cili thai yg merah tu, besar n pedas... kalau cili api kg boleh lebihkan lagi)
  • 4 ulas bwg merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Udang Kering (1/2 sudu)
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan santan, air, serai, Daun Kunyit, asam gelugor dan bahan yang di blend ke dalam periuk. Didihkan sambil di kacau.
  2. Masukkan garam dan perasa.
  3. Masukkan ketam dan biarkan mendidih.
  4. Perasakan garam dan asam, pedas. Boleh keluarkan asam keping jika sudah cukup rasa masamnya.
  5. Angkat bila kuah agak pekat dan ketam telah masak.
Ni gambar teman masa mula-mula masak ketam masak lemak cili api.. heee.. masa ni kuah tak berapa pekat.. resepi pun pakai resepi lain.. so.. kurang pedas.. kurang kick .. dan kurang komen yang best2 dari encik hubbymiaw.. hehehe... Now guna resepi baru diatas.. hubby kata terbaekk.. 


resepi dari :

Related Posts

12 ulasan:

  1. bln puasa tahun lepas akak byk kali dok ulang masak ketam, cm best sesgt mkn ketam ms bln poser ritu.. hahaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. ho yeke.. hari2 lah makan ketam yea.. hu2.. xpee.. time posa mesti abes licin punya kann..

      Padam
    2. Haa aa btl 2 bln puasa ni dpt mkn mcm ni lbh nikmat

      Padam
    3. Haa aa btl 2 bln puasa ni dpt mkn mcm ni lbh nikmat

      Padam
  2. wahh . nampak gambar ni, terus lapar haihhh . dah la dah lama tak makan ketam . jadi mengidam pulaak . huhuu^^

    BalasPadam
  3. wow!!!! sedapnya!!!!!:)

    BalasPadam
  4. hee nak sikit boleh tak kak.. nampak sedap tu.. teman malas nak masak :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. heee.. bole.. amik lea sepit ketam tu.. silakan.. heee.. =P

      Padam
  5. Sedapnya.. Faveret saya guna telur masin.. Terliur tengok gambar.. Hehe..

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2