ISU MURID NON MUSLIM MAKAN DALAM TANDAS??

Popular kejap sekolah ni bila isu makan dalam tandas tersebar.. aish..
Gambar kelmarin isu pelajar non muslim makan dalam tandas..
Isu hangat dibahaskan dalam media, FB dan Tweeter.. aish..

At last.. citer sebenarnya begini.. hemm.. renung2kanlah.. 
(termasuk diri teman sendiri.. adoii..)

Kuala Lumpur: Bilik persalinan yang didakwa dijadikan tempat makan bagi pelajar bukan Islam di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh sebenarnya digunakan sejak Mac lalu berikutan kantin sekolah berkenaan tidak mampu menampung bilangan murid pada waktu rehat.

Difahamkan, bilik persalinan itu yang baru dibina tidak pernah digunakan dan ia hanya digunakan sebagai tempat makan sejak awal tahun ini, malah ia digunakan semua murid di sekolah berkenaan tanpa mengira agama dan bangsa.

Dalam tinjauan di sekolah berkenaan mendapati bilik persalinan yang dijadikan kantin sementara itu turut diletak dengan poster maklumat seperti ‘Basuh tangan sebelum makan’, ‘Bersihkan tempat makan selepas makan’ malah didapati bersih dan bukannya kotor seperti yang didakwa. 

Guru besar sekolah berkenaan, Mohammad Nasir Mohd Noor berkata: “Saya tidak menyangka isu ini menjadi sensitif. Ia sebenarnya bukannya digunakan untuk pelajar bukan islam saja sebaliknya sudah digunakan sejak Mac lalu semua pelajar.

Foto
BILIK persalinan yang dijadikan tempat makan murid.


“Bilik persalinan itu tidak pernah digunakan langsung sebaliknya hanya dibuka selepas kantin tidak dapat menampung 1,000 pelajar pada waktu makan,” katanya.


terlihat komen seorang rakan.. "Semua benda nak dipolitikkan..come on la..makan kat kedai lagi kotor la dari kt dalam bilik persalinan tu...Bila 'kerendahan diri melampau' menguasai diri,
kita mula nak salahkan org lain..."

25 Ulasan

  1. Assalamualaikum kak tengku. ohhh baru tahu ceritanya. dekat je sekolah ni dengan rumah sheila. hihihiihih.. kak, ole2 dari HK takda ke? takda up cerita honeymoon HK pun. nak tengok gambarrrrrrrrrrrr :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. huk3.. nak share citer pasal kat HK? alahai.. bukan honeymoon syg.. ikut hubby atas urusan bisnes jea.. hemm.. nanti teman hupdate yea.. cuma mr hubby x bg share tempat2 yg kami gi tu.. huk3.. aiyak.. manyak susah ni.. tu yg x buat2 lagi entri nya.. =P

      Padam
  2. Hehe mak pun ada cerita pasal benda ni kat saye semalam

    BalasPadam
  3. alhamduillah.. cerita sebenar akhirnya terbongkar.. dh agak dah mesti ada penjelasan di sebalik kejadian tersebut.. sbb nya meja makan tu di hias cantik2.. ekekekeke....

    p/s:tuk tips kesihatan boleh lawat blog saya.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 lea pasal.. hu3.. teman pun sama gak x setuju mula2 nya.. tp bila dh tau bilik persalinan tu baru n x pernah digunakan serta start dari bulan Mac semua murid bangsa apa pun makan kat situ disebabkan kantin yg sarat n penuh..

      Padam
  4. tp sy rase ia masih tidak sesuai....tgk saje bile kte p'tama kali tgk pic ni, msti mcm2 pndangn kn...hup de inisiatif lain utk tempatkn dorng ni mkn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. heee.. betul jugak.. tapi mungkin tempat lain xde dah kot..

      Padam
  5. Salam..

    betul tu semua benda nak dipolitikkan. kita tak berada ditempat tu.. janganlah lancang sangat nak berkata2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha a kan.. huuu.. teman jugak mula2 x setuju dengan gambar2 tu tp bila dh ada penjelasan ni skrg dh tau lea.. hu3

      Padam
  6. patotnyer kena selidik dulu cerita d sebalik gambar... bkn biar gmbr bercakap dgn sewenang2nyer...

    BalasPadam
  7. erm.. org sekarangkan mmg suka menuding jari pada org lain... salah org mmg nampak dgn cepatnya.. lbh2 lg cerita yg x tahu hujung pangkal tetiba nk jd pembahas terbaik dlm negara.. cer selidik dulu jgn main nak terjah je.. follow je org tanpa usul periksa last2 dpt dosa kering...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi.. betui3.. x pasai2 dapat dosa kering..

      Padam
  8. inilah yg terjadi bila buat tuduhan melulu tnpa usul periksa..realitinya mmg sikap manusia mcm nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. realitinya memang selalu nya begitu kan.. ikut jea apa org komen,pastu komen sekali.. walhal xtau sumber2 yg benar.. aishh..

      Padam
  9. semua yang komen sini teman dah reply dan bw korang lik.. thanx sudi singgah n komenyea..

    BalasPadam
  10. siasat dahulu sebelum meletakkan hukum.
    takut nanti jadi fitnat.
    orang kita lebih mudah melihat perkara buruk
    daripada yang baik.

    BalasPadam
  11. mrk adalah org2 yg sentiasa mencari peluang utk mencari kesalahan org lain ...

    BalasPadam
  12. siasat dulu kan senang..
    xde la sampai memalukan sekolah ni..
    btw. ksian dorang kan sebab kantin kecil..

    BalasPadam
  13. betul tu ... jangan pandai menuduh dan mendengar berita yg tak sah sebelum mengetahui kebenarannya..

    BalasPadam
  14. salam ziarah TB ..
    tk perlu terima bulat2 berita yg sampaikan .
    apatah lg jika komen2 lanjutan kan

    BalasPadam
  15. Macam-macamlah dia orang nak tarik perhatian. Tapi kenapa gunakan bilik persalinan tu kalau kantin sebenarnya boleh digunakan ??
    Haii...tak faham sungguh .

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama