PENEMUAN KOTAK HITAM PESAWAT MH370

Kotak Hitam pesawat MH370 telah ditemui adalah satu2 nya berita yang amat kita tunggu2 sangat.. Namun itu hanya doa dan harapan dari kita setakat ini, semoga misi mencari Kotak Hitam berjaya ditemui...Berharap sangat2 Kotak Hitam Pesawat MH370 dijumpai segera.. 

Teman nak sangat tahu apa yang berlaku sebenarnya.. rasa macam sedih dan hiba dengar berita tentang pengumuman baru-baru ini dari PM kita bahawa Pesawat MH370 berakhir di Selatan lautan Hindi.. memang agak mengejutkan pengumuman itu, walau berat hati nak terima berita tu, namun teman sedikit demi sedikit redha dengan ketentuan ilahi.. memang kita sedih dengan berita ini, tetapi insan yang paling sedih sebenarnya ialah keluarga mangsa yang terlibat.. semoga mereka semua tabah menerima dugaan ini..

Sebelum ni teman hanya dengar2 sahaja pasal Kotak Hitam ni, tapi tak pernah pulak nak ambil tau apa itu Kotak Hitam, apa gunanya, apa kepentingannya Kotak Hitam tu, macam mana rupa Kotak Hitam tu.. memang totally zero pasal menda ni.. hanya tau n selalu dengan ajar ayat Kotak Hitam ni.. Tapi bila terjadi peristiwa sedih baru2 ni.. iaitu tentang MH370, teman sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan tiba2 terasa nak tahu lebih mendalam pasal Kotak Hitam ni.. 

hemm.. dulu selalu jea dengar, asal kapal terbang terhempas jea pasti Kotak Hitam yang dicari.. asal kapal terbang terhempas atau terlibat dalam nahas jea, perkara utama yang dicari selepas menyelamatkan mangsa mesti Perakam dan Penyimpan Data (Kotak Hitam) jugak.. teman tertanya2 apa itu Kotak Hitam.. dan hari ni baru teman buka mata dapat baca sedikit info berkenaan Kotak Hitam ni.. dan teman baru tahu kenapa ia penting sangat dalam kes pencarian pesawat MH370 ni.. So, teman nak share jugak dengan korang yang mana belum tahu tentang Kotak Hitam ni.. kalau yang dah tahu tu.. sila komen kalau ada kekurangan atau pendapat tambahan korang tentang Kotak Hitam tu yea.. 

Apakah fungsi dan peranan kedua-dua Kotak Hitam ini? 

Fungsi Kotak Hitam
  • Kotak yang digunakan untuk merakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR).
  • FDR mencatat hingga 700 parameter yang berkait dengan operasi dan aktiviti penerbangan pesawat seperti kelajuan, tekanan udara, ketinggian, posisi kawalan kokpit, kompas, pengukur mesin dan aliran bahan bakar.
  • CVR merakam suara manusia, suara mesin dan bunyi lainnya di kokpit kira-kira 25 jam terakhir.
  • Ia merakam perbualan antara juruterbang dan menara kawalan udara serta untuk mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca sepanjang penerbangan.
  • Data FDR dan CVR disimpan pada Memory Boards yang dilindungi CRash Survivability Memory Unit (CSMU) yang mempunyai beberapa lapisan daripada aluminium tipis, silika dan baja tahan karat atau juga titanium yang kuat dan tahan terhadap letupan pesawat.
  • Ada dua unit kotak hitam yang diletakkan pada bahagian depan pesawat dan bahagian ekor pesawat yang diyakini mudah dijumpai jika berlaku tragedi.
  • Rakaman komunikasi sepanjang penerbangan menerusi kotak hitam ini penting untuk mengetahui punca kemalangan membabitkan pesawat.
  • Kotak hitam pertama dicipta rakyat Autralia, Dr David Warren. 

Semoga penemuan kotak hitam ini dapat memberi gambaran sedikit tentang apa yang berlaku kepada pesawat MH370 sebenarnya.. walaupun apa yang teman ada baca sedikit tadi.. penemuan kotak hitam belum tentu dapat menjawab semua persoalan.. =(

Menerusi sidang media harian di KLIA, hari ini, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut memaklumkan bahawa pasukan penyiasat Air France turut berkongsi pengalaman mengenai kotak hitam. “Penyiasat Air France turut berkongsi maklumat mengenai alat khas bagi mengesan kotak hitam. Kami sudah mengenal pasti alat berkenaan yang mungkin dapat membantu. Kita perlu cari pesawat dulu untuk mendapatkan kotak hitam,” katanya.  

info tentang Hayat Kotak Hitam--> KLIK SINI

14 Ulasan

  1. Assalamualaikum kakak. sama2lah kita berdoa agar dipermudahkan urusan pencarian pesawat dan kotak hitamnya... btw, iklan bikini kat sebelah ni iklan daripada mana ya? H12 ya? jelik la pandang...

    BalasPadam
  2. Apa pun moga kotak hitam itu akan dijumpai untuk memudahkan kerja2 siasatan..

    BalasPadam
  3. mudahanla kotak hiatm itu segera di temui..trungkai segala persoalan

    BalasPadam
  4. Dengan penemuan kotak hitam tu nti, sdikit sbnyak dpt membantu mngenalpasti punca kejadian... tp bak kata menteri, cari dulu kapal bru cari Black box tu.. :)

    BalasPadam
  5. moga dipermudahkan urusan pencarian kotak hitam tu...

    BalasPadam
  6. Kena cr secepat mungkin jangka hayat kotak hitam xlama------------------------------------------
    Follow my blogs:

    http://portberita.blogspot.com/
    Portal blog berita nasional, dunia, informasi dan hiburan eksklusif yang terkini di Malaysia

    http://ceritakaw.blogspot.com/
    Portal blog cerita lawak, seram, pelik, tips dan informasi yang memang kaw

    http://fishyummies.blogspot.com/
    Only the special, grill, bake and steam fish recipes of the world with fun fish facts

    http://gadgeturtle.blogspot.com/
    Portal blog berita gadget dan teknologi terkini laptop, smartphone, tablet, camera dan smartwatch

    BalasPadam
  7. semoga usaha mencari kotak hitam dipermudahkan...

    BalasPadam
  8. Selagi tak jumpa kita cuma berteka teki.

    BalasPadam
  9. moga2 dpt jumpa cpt lah kapal malang tuh ngn kotak hitamnyer sekali... apasal lah ada iklan pmpuan sksi kt blog ko nih dik ngn iklan churp2, dhla payah nk tgk ntry... membelok utk tgk ntry nih

    BalasPadam
  10. assalamualaikum TB...itulah yg kita ingin tahukan...kalau dpt kotak hitam tu pasti akan tahu apa yg berlaku sebenarnya...:)

    BalasPadam
  11. teruskan dgn doa2 kita semua yer !

    BalasPadam
  12. Semua yang komen disini teman dah blogwalking balik.. tq yea sudi singgah n komen..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama