Denaihati Network dalam Harian Metro 5/8/2014

Masa tengah duduk boring-boring semalam, teman saja nengok paper lama, Harian Metro keluaran 2 minggu lepas tak silap.. 5/8/2014 hari tu punya paper.. hee.. dah jauh beno baru nak baca yea.. itu pun malam tadi sebab bosan, 
selak punya selak terjumpa lak helaian yang satu ni.. dan terperasan jejaka yang ada dalam gambo diatas, dalam hati cakap "macam kenaiii ajee.." heee.. bila dah baca isi kandungan artikel baru tau memang le kenal, Tuan Denaihati Ilham rupanya dalam foto tu.. Tahniah yea Tuan Denaihati, masuk paper entah kali ke berapa dah ni kan.. masuk TV apatah lagi.. Kali ni bekerjasama dalam program Dropship anjuran bersama Al-Ansar Health pulak..
hi3... tajam kan penglihatan teman ni.. sekali tengok je dah kenaiii.. pastu saja baca pasal Dropship ni, macam best je.. macam berminat je.. heee.. opss.. pasal dropship korang baca sendiri kat bawah ni ye.. teman bz sikit hari ni, biasalah.. Hari isnin kann.. he2.. Selamat membaca.. 
Jana pendapatan guna kaedah ‘dropship’

Menyedari semakin ramai ingin menjalankan perniagaan menerusi kaedah ‘dropship’ iaitu perniagaan tanpa mengeluarkan modal, Al-Ansar Health menandatangani perjanjian program bersama Denaihati Network.
Program bersama ini memberi peluang kepada penulis blog dan orang ramai menjana pendapatan melalui perniagaan dalam talian menggunakan kaedah ‘dropship’. 
Menurut Pengerusi Eksekutif Al-Ansar Health Khanafi Hussien, rakan kongsi yang mendaftar sebagai ahli hanya perlu mengaktifkan talian khas dan mempromosi­kan perniagaan Al-Ansar dalam bentuk perkhidmatan atau menjual produk. 

Pada majlis bersama penulis blog baru-baru ini, hampir 300 tetamu diraikan termasuk anak yatim daripada Kompleks Kebajikan Rukaiyah Bangi, warga emas Rumah Warisan Kasih Banting Selangor dan penulis blog seluruh negara.
 PEMBERIAN sumbangan daripada Al-Ansar kepada wakil 
Kompleks Kebajikan Rukaiyah Bangi.
Pada majlis sama, turut diadakan penyampaian sumbangan kepada pelajar tahfiz daripada Madrasah An-Nur.
Buat masa ini Al-Ansar Health mempunyai 15 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Indonesia, Kemboja dan Brunei. 

Sejak pembukaan pertamanya di Sungai Petani Kedah, pusat rawatan ini membantu merawat lebih 10,000 pesakit yang mengalami pelbagai masalah. 


Untuk keterangan lanjut, layari www.alansarhealth.com.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/05

7 Ulasan

  1. blogger terkenal yg berjaya dlm bisnis ya...

    BalasPadam
  2. mula2 miya xtau pom sape DenaiHati...tapi always je dengar pasal dia...
    n sjak semalam tau serba sikit pasal Denai HAti...hebat orgnya...

    BalasPadam
  3. team yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
    memang terbaek.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama