RESEPI AISKRIM CHOKI-CHOKI SEDAP GILER!!

Aiskrim choki-choki

Resipi Aiskrim Choki Choki Sedap Giler!! 


hehehe.. hari tu teman share resepi Choki2 kononnya nak cuba.. tapi punya la lama baru nak buatnya.. akhirnya tercapai gak niat tu.. hahaha.. siap buat jual lak tu pada 21.3.2016 (isnin) di Ofis hubby.. heee.. adeh.. licin.. 150 buat, terjual semuanya.. Alhamdulillah.. Tapi campur-campur Aiskrim Jagung, Aiskrim Choki-Choki dan Aiskrim Sumi....

Ok.. jom tengok bahan-bahan dia dan cara buat Aiskrim Choki-Choki.. kalau nak buat aiskrim sumi pun lebih kurang gak.. tapi kalau nak tengok resepi gak, leh klik SINI ..



Bahan Bahan

- 1 tin susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 4 tin air yang telah di masak
- Sedikit garam
- 2 sudu 1/2 tepung jagung
- Choki choki 2 tiub cukup, kalau lebih nanti manisss.. 


Cara-Cara  

1.Masakkan air,susu pekat manis dan juga susu cair sehingga mendidih.

2.Setelah mendidih,kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk bagi aiskrim jadi lembut.Kacau hingga sebati.Kalau tak nak masukkan tepung jagung pon takpe sebab susu tu pon dah boleh lembutkan aiskrim.

3. Masukkan sedikit garam untuk bagi aiskrim rasa lemak lemak sikit.Kacau lagi sekali dan tutup api.

4. Biarkan sejuk untuk seketika sebelum di masukkan ke dalam plastik aiskrim. 

5. Choki choki tu masukkan sekali kat dalam plastik aiskrim dan picit picit untuk bagi rata..Takde la nanti bila siap terkumpul kat satu tempat je.Picit picit dan ratakan elok elok tau.Nanti comel la rupa bentuk aiskrim korang..


6. SIAP dah AISKRIM CHOKI CHOKI...Boleh masuk kat peti ais dah.Tunggu dah keras,boleh la makan.


5 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama