RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN

Yezzaaaaa.. Resepi yang TB paling nak try.. sebab nampak macam sedap.. Resepi sebelum ni macam kategori biasa-biasa je.. tapi yang ni mesti sedap.. yang macam jual kat pasar-pasar malam tu.. hehehe.. TB memang guna Pemanggang Ajaib kalau nak masak ayam jenis camni.. Tapi orang kata kalau bakar lagi sedap kan.. celah mana nak membako nya.. hahaha.. panggang ajelah..


BAHAN KUAH PERCIK :
๐Ÿ‘‰3 keping bahagian dada ayam
๐Ÿ‘‰4 cawan santan pekat
๐Ÿ‘‰1 keping asam keping
๐Ÿ‘‰Garam dan gula secukup rasa
๐Ÿ‘‰2 inci halia*
๐Ÿ‘‰4 batang serai*
๐Ÿ‘‰5 biji bawang merah*
๐Ÿ‘‰2 ulas bawang putih*
(Kisar halus bahan yg bertanda*)

BAHAN UNTUK MEREBUS AYAM :
๐Ÿ‘‰3 ulas bawang putih, dititik
๐Ÿ‘‰1 inci halia (hiris)
๐Ÿ‘‰1 keping asam keping
๐Ÿ‘‰Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :

UNTUK KUAH PERCIK :
๐Ÿ’ขSatukan santan dengan bahan kisar halus,kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.

UNTUK AYAM :
๐Ÿ’ขAyam dibersihkan,cuci dan tos.Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam.Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk.Angkat dan toskan.

UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :
๐Ÿ’ขAyam tadi dibakar dengan api sederhana,sambil dibalik2kan.Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak.Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan....











Post a Comment

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New