RESEPI SUP TULANG SEDAP DAN LAGI MUDAH!

RESEPI SUP TULANG LEMBU SEDAP DAN LAGI MUDAH!

Hai.. Semalam TB berbuka puasa dengan Sup Tulang Lembu dan Sandwich Telur Ala Hotel Yang Sedap dan Mudah, dan semalam TB masak Sup pun simple sikit dari biasa, so.. TB nak share je la cara simple tu kat blog TB ni.. Nanti senang nak refer balik..

RESEPI SUP TULANG LEMBU SEDAP DAN MUDAH!

Bahan-Bahan:
1 kilo tulang lembu

Bahan dikisar:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih

Bahan lain
2cm halia (dihiris)
Cili api (diketuk sikit supaya lebih pedas)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 paket sup bunjut Adabi (khas untuk sup tulang)
Sebiji ubi kentang (dibelah empat)
Carrot (potong memanjang)
Tomato (potong dadu)
Daun sup + Daun bawang
dan.. tak lupa.. nin diaaaaa...

Ok.. dua benda ni MESTI ada tau!!

Perencah Sup Siam Adabi.. Yang ni memang khas untuk sup tulang..
Sedap tau.. Rasa macam makan sup versi Thailand.. Cubalah..


Cara-Cara Memasak :

1.) Tumiskan sebiji bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga wangi. 

2.) Masukkan tulang lembu yang telah dibasuh bersih bersama air 

3.) Bila kuah telah mendidih, boleh masukkan ubi kentang dan carrot (yang ni kena masuk awal sebab lambat nak empuk) 

4.) Masukkan juga Perencah Sup Siam dan Sup Bunjut (Sup Tulang) Adabi 

5.) Masak sehingga daging empuk. Sebaiknya, masak hingga daging terlerai sedikit dari tulangnya. 

6.) Setelah daging empuk, bolehlah masukkan cili api, daun sup + daun bawang 

7.) Di kuali lain, tumiskan sebiji bawang besar yang telah dihiris. Setelah garing, masukkan ke dalam sup. Jangan lupa perasakan dengan garam + gula 

Ok, dah siap... Kalau sape yang suka masam-masam sikit, boleh perahkan air limau ke dalamnya. 

Sup tulang sedap dihidangkan dengan nasi panas-panas dan juga sambal kicap.. dibawah ni boleh tengok Resepi Sambal Kicap pedas dan Sedap!


Bahan-bahan utnuk sambal kicap

Bahan-Bahan Untuk Sambal Kicap
6 ulas cili api (kalau nak lagi pedas, boleh tambahkan)
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Kicap manis
Gula

Cara-caranya:
1. Tumbuk cili api, bawang merah, bwang putih dan belacan
2. Masukkan kicap ke dalam bahan yang ditumbuk tadi
3. Masukkan gula dan gaul rata
4. SIAP!!
Ni ha dia rupa sambal kicap teman.. hehehehe.. sedap gak!

Lupa pulak.. bagi sesiapa yang nak tambah meatball or kentang ke.. boleh je.. lagi sedap woo.. Tapi teman rebus asing2, tak campur dengan tulang tu, sebab taknak kacau tulang tu .. sebab nanti lambat empuk lak.. hehehehe...


Teman makan dengan Kuehteow Sup yang benonya.. hehehe... Hubby yang request!


 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

6 Ulasan

  1. wow you are good cook chef!
    I wanna drink the soup too :D

    BalasPadam
  2. Finally i get to learn this!!!

    BalasPadam
  3. Sedapnya nampak! And tak susah sangat

    BalasPadam
  4. Thanks for the recipe. Now I know how to cook the sup tulang! =D

    BalasPadam
  5. Easy step. I can do it myself too. Thanks for the tips.

    BalasPadam
  6. Rasa nak masak sup tulang juga, best kan makan dengan nasi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama