Langkau ke kandungan utama

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILIPADI MUDAH DAN SEDAP!

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILIPADI
MUDAH DAN SEDAP!

Haii.. Assalammualaikum.. hari ni TB nak share tentang antara lauk kegemaran hubby TB sekarang ni. Dulu dia tak suka gulai lemak ni.. tapi entah sejak bila dia dah berkenan makan kuah kuning-kuning ni.. bukan tu saja.. Masak Tauchu, Sup Tulang pun menu kegemaran dia sekarang ni yang dulunya dia tak sentuh lansung.. huhuhu..

Kalau sama selera macam sekarang baguslah.. tak lah pening TB nak fikir nak masak apa kan.. hehehehe.. apa-apa pun TB nak letak jugak lah resepi ni kat sini sebab TB ni pelupa.. dan selalu je ubah-ubah cara masak, tu kadang hubby kejap suka kejap tak suka makan gulai lemak ni.. heee.. so, baiklah TB follow resepi yang sama je kan.. OK, jom tengok!

BAHAN-BAHAN

Bahan Untuk Kisar
Cili padi merah yang pedas tu x 3 biji
Cili Kering x 8 tangkai
Kunyit Hidup 1 inci
Halia x 1 inci
Udang kering x 2 sudu
Bawang Besar x 1 biji
Bawang Putih x 3 ulas

Option :
Kalau ada Nenas, boleh letak.. nyum2.. 
Kalau ada ikan masin boleh letak.. sruupp..
Kalau ada belimbing buluh atau mempelam pun boleh letak!

Bahan Untuk Letak Dalam Periuk :
Ayam
Serai dititik x 1
Asam Keping x 1
Santan x 1 kotak kecik tu 
Kiub Ikan Bilis x 1
Ubi Kentang x 2 biji (potong 4)
Tomato x 2 (potong 2) - TB tak letak sebab takde tomato
Daun Kunyit x 2 

CARA-CARA
1.) Panaskan minyak dalam periuk (sikit je tak perlu banyak)
2.)  Tumis bahan kisar tadi sampai wangi
3.) Masukkan Ubi Kentang, tunggu hingga empuk..
4.) Masuk Ayam, Serai,Asam Keping,Daun Kunyit
5.) Masukkan Santan, kacau hingga ayam lembut
6.) Masukkan Kiub Ikan Bilis dan secubit garam (sunat)
7.) Masukkan Tomato..

Siap....

itu sahaja.. bolehlah korang cuba yea.. huhuhu.. ke sama ke cara kita masak.. haha.. kalau nak tengok resepi masak lemak ketam, boleh tengok kat SINI .. sila klik yea..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



Ulasan

  1. Senang je rupanya nak masak ayam masak lemak cilipadi ni. Yang susah itu nak tunggu mood memasak., haha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n