PUSAT TAHFIZ PERGUNAKAN BUDAK UNTUK MINTA DERMA??


Salam.. yg ni bukan entri WORDLESS WEDNESDAY hokeh... hu3.. biasa lea manusia ni kan.. dh diberi kesenangan untuk x berblog panjang2 di hari Rabu, teman pulak yg degil nk menghupdate entri panjang lebor.. hih3.. xpelea.. teman bukan apa.. saja jea nk share antara artikel2 artikel yg menarik yg teman juga pernah lalui.. heee.. citer kali ni teman nak citer topik budak2 yg digunakan oleh pihak tertentu untuk mengutip derma bg badan kebajikan yg X sah.. kira dlm erti kata lain nipu lea yea... mempergunakan budak untuk menipu.. hemmm.. Apa nk jadi lea budak 2 nanti.. memang citer ni dh lama terjadi.. dan semakin berlarutan sebab xde tindakan oleh pihak berkasa untuk memantau perkara ni.. tak tahulah sampai bila isu ini akan selesai.. kita tengok jelea kan..

tp teman mmg byk kali jumpa budak2 ni dekat kedai makan dan di mana2 saja, kat bank pun ada.. kat pasaraya pun ada.. hemm.. nak derma takut ditipu.. yelah, dh banyak kes2 derma yg menipu org kan.. teman pun x berani.. kalau nak derma sekalipun baik ke saluran yg betul.. yg kita nampak kewujudannya kan.. x pun derma ke Masjid jelah klu benor2 nak buat amal kebajikan.. toi x.. ? ok lah.. moh baca citer bawah ni, pengalaman teman n bos teman semasa jumpa budak tahfiz yg minta derma sebijik mcm story kat bawah ni.. mmg budak 2 terkedu dgn soalan bos teman (yg juga Ustaz) dan terus tunduk malu.. tp apa nk di kata, bukan salah budak 2.. tp salah org yg menggunakan budak 2 utk kepentingan sendiri.. kesian budak2 yg menjdai mangsa..

Beberapa minggu yang lalu, aku baru sahaja keluar dari balai ketibaan selepas kembali dari Singapura. Dalam perjalanan pulang, aku berhenti di sebuah restoran di Seremban. Sudah lama aku tak makan di situ. Sedang aku menjamu selera, aku di datangi seorang budak lelaki yang aku rasakan usianya sekitar 10 atau 12 tahun.

Budak : Assalamu alaikum Pakcik. Harap dapat beramal dan beri sumbangan untuk Pusat Tahfiz.

Aku melihat budak itu. Sambil tersenyum dia menunjukkan buku resit bagi setiap sumbangan yang diberi oleh orang ramai. Aku tenung wajah budak tersebut.

Aku : Datang dari mana ?

Budak : Dari Kedah. Saya datang buat jualan amal, kutip derma.

Aku : Jauuuuhhhnyaaaaa. Ni Seremban taw dik. Kedah ke Seremban ni, dekat 600km. Apasal sampai jauh sangat adik kutip derma. Orang Kedah sana takkan bakhil bakhil tak mahu beri sedekah ?

Budak : Kami kutip derma banyak tempat pakcik. Kedah ada juga.

Aku : OooooOoooo. Adik kutip derma apa ?

Budak : Kami kutip derma untuk sekolah tahfiz kami di Kedah.

Aku : OooOoooo ... ishhhh ..... sekarangkan musim budak-budak sedang bersekolah, bukan musim cuti. Apasal adik tak masuk kelas belajar ?

Budak : Kami sekolah swasta pakcik. Kami tak ikut sistem sekolah kerajaan.

Aku : Isshhhh adik ni. Nak buat lawak lak. Sekolah swasta pun, kena apply permit dengan Kementerian Pelajaran dan kena ada sistem belajar dan ko-kurikulum. Ni sekolah Tahfiz ke atau sekolah Tipu ?

Budak : Kami sekolah tahfiz pakcik. Kami belajar Al Quran saja.

Aku : Oh ye ke ? ermmmm ... OK laaa ... memandangkan awak ni belajar sekolah tahfiz ... Pakcik nak baca ayat Al Quran, lepas tu nak suruh awak sambung ayat tu OK ....

Aku pun membaca 3 ayat dari surah Al Baqarah dari ayat 20 hingga 23.

Aku : OK adik , sila sambung ayat yang pakcik baca tu. Kalau belajar tahfiz, tentu boleh sambungkan ?

Budak tu dah cuak. Wajahnya dah pucat. .... Ermmm ... ermmm ... Saya belum hafal surah tu lagi pakcik.

Aku : Isshhh ... itu surah Al Baqarah, ayat 20 hingga 23. Takkan awak tak hafal ? sekali lagi saya nak tanya, sekolah awak ni sekolah Tahfiz ke atau sekolah Tipu ?

Budak : Sekolah tahfiz pakcik. Kami mula baca dan hafal muqaddam saja.

Aku : OK, kalau macam itu, cuba baca surah As Syams. pakcik nak dengar.

Budak tu semakin pucat ...... Saya belum hafal lagi pakcik.

Aku tak puas hati. Aku pegang tangan budak tu agar dia tak lari ..... OK kalau macam tu, tolong baca surah Al Fatihah ...

Budak tu terkedu. Perlahan dia baca Surah Al Fatiha sampai habis.

Aku : Astaghfirullahalazim. .... Awak baca Al Fatihah pun tak betul. Makhraj Siin dengan Shad tak betul, tajwid lintang pukang. Sekali pakcik nak tanya, sekolah adik ni sekolah Tahfiz atau sekolah Tipu ? Sebelum adik jawab pakcik nak ingatkan. Orang yang menipu, ALLAH akan humban dalam api neraka. Kalau adik nak menipu, siapkan diri adik untuk masuk neraka.

Budak tu dah menangis ... tak terjawab.

Aku : Adik nak masuk neraka ?

Budak tu geleng kepala.

Aku : Sekolah ni sekolah tipukan ?

Budak tu angguk kepala.

Aku : OK nanti adik bagitahu Ustaz, cakap Pakcik TAIKO pesan, takutlah dengan neraka ALLAH. Orang yang berdusta atas nama agama,mereka adalah orang munafik dan tempatnya lebih hina dari orang kafir di neraka.

Berikut adalah maklumat berkenaan Pusat Tahfiz Amal yang aku perolehi dari resit budak tu :

Pusat Tahfiz Amal

Km. 17. Jalan Yan Kuala Kedah

Mkm. Kangkong

06600 Alor Setar,

Kedah.

No. Telefon : 04-7647640 / 019 3893544

Bila aku google berkenaan Pusat Tahfiz Amal ni, rupa-rupanya sudah banyak kes. Tapi aku hairan mengapa pihak berkuasa KHUSUSNYA DI KEDAH tidak mengambil tindakan.

Antara aduan dan rungutan yang aku temui ialah :

1. Pusat Tahfiz Amal ? http://penaummi.blogspot.com/2011/04/pusat-tahfiz-amal.html

2. Guru Pusat tahfiz Ditangkap http://www.mazidulakmal.com/2011/08/guru-pusat-tahfiz-ditangkap.html

3. Pelajar Kutip Derma http://www.info-gallery.org/2012/01/peralat-pelajar-kutip-derma-main-perlu.html

4. Peminta Derma http://ummi-iman.blogspot.com/2012/04/peminta-derma.html

5. Pusat Tahfiz Pergunakan Remaja http://ondscene.my/isuanalisis/pusat-tahfiz-pergunakan-remaj

6. Paksa Anak Yatim Cari Dana http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

7. 4 Guru Ditahan Jual Nama Anak Yatim Untuk Raih Simpatihttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Seandainya operator Pusat Tahfiz Amal ini ada membaca posting aku ni, aku menyeru kepadanya agar bertaubatlah. Mempergunakan agama serta memperalatkan kanak-kanak untuk mendapatkan wang ringgit adalah satu perbuatan yang BUKAN dari ajaran Islam. Malah perbuatan Pusat tahfiz Amal ini menjadi fitnah kepada Pusat Tahfiz dan Rumah Anak Yatim yang sebenar kerana masyarakat akan meragui aktiviti pusat tahfiz/anak yatim yang sebenar.

Tulisan ini tiada Copyright. Sila sebarkan jika ada manfaat demi menyedarkan masyarakat agar tidak timbul fitnah ke atas Ma'had Tahfiz dan Rumah Anak Yatim yang benar-benar menjalankan operasi berlandaskan syariat.

*ya Allah kesian kanak2 tu . sedangkan aku diusia  mereka sedng berjuang menuntut ilmu di sekolah tetapi mereka perlu mengutip derma pulak. macam2 hal didunia nihh ~ moga jadi iktibar buat kita semua 









credit to CIK MIMO

15 Ulasan

  1. itulah KA pun byk kali terjumpa budak2 ni kadg jd serba salah kita nak menderma!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau xpe.. kita derma sebab nk beramal kebajikan tp bila jd mcm ni rasa x berani nk derma.. entah ke mana lea duit2 disalurkan kita pun x tau..

      Padam
  2. Done clik2 nuffngx2 yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. okeh..tQ.. nti teman singgah sana kelik yeaa.. =)

      Padam
  3. Ai!!perguna agama untuk kesenangan..taubat la..

    jemput la singgah datang yea n kita derma guna nuff lak..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 lea pasal.. bernai betul diorg kann..

      wokeh.. jap lg teman terbang ke sana

      Padam
  4. kesian budak2 tu..noe dah 2 kali jumpa...tp sedekah jugak la...niat tuk sedekah...lg pun..saja nk bam panas tu...dah kul 11 lebih malam masa tu..noe siap tanya..dah makan ke?? ni sampai kul berapa?? budak tu kata dh makan n dh nk balik...tapi budak pompuan tu dalam belasan tahun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lea.. kesian kan budak2 ni.. waktu emas diorg (belajar) telah disalahgunakan oleh pihak yg nk mengaut untung senang.. budak2 ni yg jd mangsa.. budak lain bersekolah, belajar.. tapi diorg ni disruh minta derma..

      Padam
  5. kat kampung baru banyak budak2 macam nie...kalau lepak kat kedai makan sejam bleh abis RM20 gak kalau setiap sorang datang and kita bagi RM1

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. kadang kesian bg jugak lea.. niat sedekah.. cuma saluran ke mana j xtau ke sapa... thanx singgah n komen.. jap lg teman bw blog korang lik yea..

      Padam
  6. kesian nya budak2 tu. tak baik buat mcm tu. hmmmmm.

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. ha a.. betul AJ.. pandai beno diorg nk nipu org lain kan..

      Padam
  8. kat cni pon ade budak2 ni jual kat dpn bank la, supermarket la.... kadang2 brg dijual x logik. ye la x kan la kalender smpi rm10 kan... hmmm....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama