Nuff

09 April 2013

Dirang ---- CIRI UNIK GIGI SEPADAN GIGI DIRANG





Salam.. masih ingat lagi pada budak comel ini? pernah baca kisah budak ini tak? jom baca cerita TERKINI tentang kes pembunuhan budak comel yg benama DIRANG ni.. 

JOHOR BAHRU 8 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ciri-ciri unik yang terdapat pada gigi mayat yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, dekat sini tahun lalu sepadan dengan gigi Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang.

Pakar Forensik Pergigian Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Noor Azma Sohari berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan secara visual dan X-ray ke atas gigi mayat tersebut bagi mengesahkan identiti dan umur mangsa.

Beliau berkata, pihak polis turut membekalkan sekeping gambar Dirang dalam keadaan tersenyum bagi membolehkan pihaknya membuat analisis secara matriks bagi mendapatkan kesepadanan di antara gigi mayat dan gambar mangsa.

Selain pemeriksaan visual, kata beliau, pihaknya menjalankan ujian terhadap pertumbuhan gigi kekal mangsa selain turut membuat pemeriksaan secara terperinci terhadap panjang dan jarak gigi selain panjang rahang mangsa bagi mendapatkan keputusan tepat.
‘‘Hasil ujian mendapati, mangsa yang meninggal dunia berusia empat tahun lapan bulan dan ia konsisten dengan umur mangsa.

‘‘Berdasarkan ujian yang dilakukan kami mendapati, ciri-ciri unik yang ada pada gigi mayat berpadanan dengan baik dengan mangsa yang hilang dan gigi hadapan mayat juga berpadanan dengan baik dengan gambar mangsa.

‘‘Keputusan analisis menunjukkan terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa mayat yang ditemui adalah orang yang sama dengan mangsa,’’ kata saksi pendakwaan ke-24 itu di hadapan Hakim Datuk Abdul Halim Aman.

Noor Azma memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Muidin Maidin yang didakwa membunuh Dirang, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai di sini antara pukul 11.30 pagi, 1 Mac dan 12 tengah malam, 2 Mac 2012.
Tertuduh berusia 26 tahun yang merupakan buruh kontrak didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dirang dilaporkan hilang pada 1 Mac tahun lalu, ketika membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar pada 12 Mac tahun lalu.

Misteri kehilangan Dirang terjawab apabila laporan Jabatan Kimia mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat rentung yang dijumpai di sebuah lubang di tapak perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini pada 8 Mac lalu adalah milik mangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Johor, Umar Saifuddin Jaafar dan Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohd. Daud Ismail dan Mohamad Abd. Kadir.
Perbicaraan bersambung esok.



Related Posts

9 ulasan:

  1. Hati-hati skrg klu nak jln sorang2.. bahaya tu kat mana2 jek.. misteri kehilangan Dirang dah pun terjawab.. takziah utk family dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul 2.. skrg ni budak2 ke, org muda ke, org tua ke, laki sasa sekalipun boleh jd mangsa kekejaman gak kan.. hati2 lea semua.. alert pada persekitaran, elakkan berjalan sorang lebih2 lg jln kat kwsn sunyi xde org..

      Padam
  2. takziah untuk family arwah.

    kita kena sentiasa ambik langkah berjaga2, sebab skang nie ramai sangat yang bertopengkan manusia

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau kenal org baru pun kita kena hati2 gak kan.. sebab kita xtau hati budi org 2 lg.. mmg ramai sgt bertopengkan manusia dlm dunia ni. harus hati2..

      Padam
  3. sian budak ni jadik mangsa perbuatan manusia kejam...takot nye !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 lea.. kita yg lebih beso dari budak2 ni pun kena hati2 gak kan.. manusia kejam ni x kenal usia.. huuu.. takott

      Padam
  4. nasib ade gigi tu,pembunuh tu memang kejam,takziah buat keluarga arwah dan semoga arwah dirang ditempatkan dikalangan orang yang beriman,amin

    BalasPadam
  5. sedihnya. :( em tapi kalau dah hilang lama, memang tipis peluang nak jumpa hidup2...jahatnya siapa yg buat :(

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile

adseng

GA New