Nuff

27 November 2013

Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk -- betulkah?

Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk
TERKINI baca sini--->: hoax-slayer.com
credit image..

Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk 



hemm.. Tergerak hati teman nak kongsikan info berkenaan ni, teman sebenarnya dulu tak minat sangat dengan Frifge Magnet (FM) ni, tapi sejak dapat banyak ole2 dari kawan2 dan dari sahabat hubby, teman dah start nak mengumpul lea pulok.. adeh.. dulu tak suka kini suka lak.. hu3.. tapi teman pernah lea terdengar yang orang kata tak elok letak FM ni kat peti sejuk kita, tapi taktau sebab apa.. sekali tadi tergodek2 google, nampaklah info ni.. hemm.. tak pasti lea kesahihannya.. tapi teman rasa nak letak FM semua tu dekat tempat berlogam lain jea kot.. (nak kena cabut lik lea FM yang teman dah letak kat peti sejuk teman tu nampaknya).. apa2 pun terpulang hak masing2 nak percaya ke tak info ni, teman just share jea.. betul ke tidak, Wallahualam.. tapi, teman memang suka n giler kumpul FM dah sekarang ni.. heeee.. nanti teman tunjuk gambo koleksi FM yang teman dapat yea.. tak lea banyak macam dalam gambo atas  ni, tapi ada lea sikit2.. hubby punya.. heeeee... teman cuma curik dan letak kat peti sejuk teman jea.. hee..ada satu tu hadiah dari Blogger Zarena Hani.. hee.. nanti teman share gambo yea.. apa2 pun baca dulu bawah ni..

Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk. 

Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser. 

Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan. 

Yang ada hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sehingga rambut pesakit habis gugur. Kadang-kadang rawatan kemoterapi ini pun belum tentu dapat menyembuhkan. Yang paling menyakitkan ialah apabila air tulang sumsum diambil. Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai ke satu tahap bila dia berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi. 

Kita harus sering membuat pemeriksaan awal bagi mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan dibuat menerusi ujian darah. Sel kanser yang baru mula aktif, insyaAllah dapat dikesan. Pada peringkat awal ini, rawatan dapat menghapuskan sel yang aktif ini. 

Jangan fikir penyakit ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah. Jika umat Islam sihat, agama Islam turut kuat. Jika umat Islam lemah, musuh Islam akan menang. 

Kajian oleh Penyelidik Universiti Princeton

Selama beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus. Kumpulan pertama diberikan makanan yang disimpan dalam peti sejuk tanpa magnet. Kumpulan kedua makan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk yang dihiasi beberapa magnet yang dilekatkan ke pintu peti sejuk itu. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pancaran sinaran elektromagnet yang keluar dari magnet hiasan di pintu itu boleh mempengaruhi sumber makanan.

Hasil kajian klinikal menunjukkan kumpulan tikus yang makan makanan dicemari sinaran electromagnet mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% mengidap kanser berbanding kumpulan tikus yang lain. 

Kerajaan, persatuan dan institusi kesihatan tidak boleh memberi kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih berada dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan supaya ditanggalkan magnet hiasan itu dari peti sejuk anda anda dan meletakkannya jauh dari makanan. Mencegah lebih baik dari merawat.
Aqidah tentang kuasa magnet.

Dalam hukum tauhid, semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan datang dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah. Kuasa pancaran bersifat ma'niyah. Bukan kuasa magnet yang boleh menyebabkan kanser. Semua yang berlaku adalah di atas kehendak Allah SWT jua.

Related Posts

17 ulasan:

  1. sy da bc hal ni byk kali tp kajian ni x de pula sy jumpa / atau diambil drpd jurnal...kalu diambil drpd jurnal rs nyer kesahihan tu boleh diterima 80%.. kalu setakat kajian shj mungkin belum memadai.. tp andaikata benar kajian ni, sakit ke sihat ke tu mmg ketentuan Allah...x dpt dielakkan..pe pun.. sy pon suka kumpul magnet ekekeke

    BalasPadam
  2. err...betul ke ni? nak kena letak tempat lain la plak FM tu..

    BalasPadam
  3. Terima kasih di atas perkongsian ini. Agak mengejutkan!

    BalasPadam
  4. Kalau betul, perlukan satu jurnal perubatan yamng lengkap untuk menyokong kan, supaya keselamatan semua orang terjamin. Sekarang-macam-macam benda yang boleh membuatkan kanser, tapi apapun kena hati-hati juga

    BalasPadam
  5. alaaa.. betul ke ni? syg nya dh kumpul letak banyak2

    BalasPadam
  6. All I know is bila I letak, fridge I selalu rosak.

    BalasPadam
  7. Kalau was was... baik beli board utk fm dan hias d tmpt lain

    BalasPadam
  8. uhh serius ?? sekarang jgak sy nak cabut semua FM tuh .....

    BalasPadam
  9. Fuh nasib baik tak ada sifat lekat kat fridge nie..
    Maka solution nyer ialah.. sila lah ke IKEA .. ada papan board dari logam.. ia memang dicipta untuk melekat kan FM.. latek dlm bilik lagi seronok :D

    BalasPadam
  10. ada terbaca pasal ni juga @FB but again not concrete journal. hopefully xberapa tepat fakta ni sbb i punya FM dah byk gak ni melekat @peti sejuk tu. huhu

    BalasPadam
  11. Siapalah yg x suka letak FM kt fridge ye.. nama pun FM. risau pulak.. Thanks sharing.. :)

    BalasPadam
  12. ada jugak kakak nana bagitau pasal ni,huhu....memang penuh koleksi FM...

    BalasPadam
  13. wrong info..Princeton University x pernah buat kajian tu pon..
    http://www.hoax-slayer.com/refrigerator-door-magnet-warning.shtml

    BalasPadam
  14. wrong info..Princeton University x pernah buat kajian tu pon..
    http://www.hoax-slayer.com/refrigerator-door-magnet-warning.shtml

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile

adseng

GA New