RESEPI DAGING MERAH ALA THAI

RESEPI DAGING MERAH ALA THAI

Ekceli Daging Merah teman pernah buat sebelum ni, tapi bagai ada yang tak kena, ia belum menepati selera hubby teman lagi.. teman sendiri pun tak puas hati dengan masakan teman tu, tak tau lea apa yang kurang, tak tau apa yang tak kena.. So sekarang ni teman mula meng'google' resepi2 untuk Daging Merah yang paling sedap.. bio banyak bahan rencah sekalipun janji sedap.. sebab kata orang yang pakar masak "lagi banyak bahan, lagi bertambah sedap masakan kita" ... teman setuju sangat pendapat tu, sebab teman dah try masak guna resepi yang sikit bahannya dengan yang banyak bahannya.. memang berbeza kesedapannya.. hu2.. sebab tu kalau nak cari resepi teman akan cari yang banyak bahan.. Tapi kalau budget pun tak mengizinkan (tengah2 bulan) teman follow resepi simple gak.. heee.. apa2 pun bahan untuk resepi kali ni tak lea banyak sangat pun.. jom kita nengok, kalau korang nak resepi masakan yang sama tapi dimasak oleh blogger lain boleh jea klik kat gambo atas ni, gambo atas ni hakmilik beliau iaitu Blogger Kak Noor teman pinjam jap gambo atas tu yea Kak Noor.. heee... 

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

29 Ulasan

  1. sedap nih :) nnti nk try .. hehe

    BalasPadam
  2. wah sedapnya meleleh air kat mulut haha

    BalasPadam
  3. Nk try la nnt.. Tq, dah lama x buat daging merah

    BalasPadam
  4. sedap nyaaaaaa.. tak nak kirim kat teman ke?hehehe

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Mmg sedap diela, klu mkn kat luar, ini lea antara feberet menu kitorg.. heee

      Padam
  6. Macam sedap jer! Macam sedap jer! Macam sedap jer!

    BalasPadam
  7. sos ikan tak pernah ada lak kat dapur nih . nak gak try ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hu3.. teman pun sejak belajo wat tomyam baru beli sos ikan tu.. heee

      Padam
  8. as salam tengkubutang….yg dalam daging tu sayur kacang panjang ke? nape dlm resepi x mentioned. heheh!!!rupa mcm paprik daging, sedapnyeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu sayur kot.. kena tanya tuan empunya gambo.. heee.. klik gambo tu..

      Padam
  9. sedapnya tengkubutang..hantar sini sikit..hehehee :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti teman anto yea.. mana adressnya.. ho.. pakai address blogspot jea yea.. heee

      Padam
  10. sedapnye kak!
    mabeles...blh try ni
    isi tabung nuffnang sini-inti

    BalasPadam
  11. whoaaa, sedapnya. memang tambah bnyk kali .:D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama