TAHUN BARU CINA 2014 BERTEMAKAN ZODIAC KUDA

Menurut perhitungan kalendar Cina, tahun 2014 merupakan tahun Kuda Kayu. 
Dalam kebudayaan Cina, kuda adalah lambang ketangkasan dan ketekunan 
dalam hidup yang membawa kepada kebahagiaan.

Tahun Baru Cina 2014 diraikan sebagai tahun kuda iaitu simbol ketujuh daripada 12 shio menurut zodiak Cina. Menurut Zodiak Cina, Tahun 2014 adalah Tahun Kuda, yang dimulai pada tanggal 31 Januari 2014 dan berakhir pada tanggal 18 Februari 2015. 

Kuda adalah tanda ketujuh dari Zodiak Cina yang terdiri dari 12 Shio. Dalam budaya Cina, Kuda adalah simbol kebangsawananketangkasan dan ketekunan. Orang yang lahir di Tahun Kuda adalah orang yang pintar, bertutur kata luar biasa dan memiliki bakat untuk mempengaruhi orang lain untuk mendapatkan sesuatu. 

Mereka percaya bahawa tujuan mereka dalam hidup adalah “untuk mencari kebebasan individu dan kebahagiaan.” 
Pernyataan yang digaris merah diatas di line kedua, bahawa kuda merupakan simbol kebangsawanan, ketangkasan dan ketekunan. Maka sudah selayaknya kita di tahun 2014 mendatang boleh bertindak cepat, tangkas, penuh dedikasi dan loyal ibarat Kuda yang tangkas seperti gambar diatas..

Lebih berusaha dan bekerja tekun untuk pencapaian target yang sudah kita tentukan sebelumnya di awal tahun 2014 dan kita review kembali nanti di akhir tahun 2014.

Info-info lain berkenaan Tahun Kuda.. (untuk pembacaan sahaja yea.. jangan ada yang nak menelek2 lak)


Selamat Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia.
Gong Xi Fa Chai. Xin Nian Jin Bu, Xin Nian Hao, Nian Nian Hao.

4 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama