Langkau ke kandungan utama

Abah Masuk Wad Kerana Demam Denggi | 6NOV-8NOV 2014

Hai.. Lupa nak update dalam blog tentang hal teman dan hubby terpaksa bergegas pulang ke kampung kerana hal emergency Jumaat (7/11/2014) hari tu.. sibuk sangat sampai takde masa nak up entri.. Malam tadi kami baru sampai KL. Gerak dari Ipoh pukul 3 kotttt.. sampai KL dalam pukul 7 camtu.. (aishh.. bas paling slow teman naik setakat ni). 

haa.. hari ni baru ada masa sejam dok depan pc, boleh lah up entri terbaru satu.. tapi jangan lupa lak entri Birthday Giveaway Embun Beauty House dan entri Segmen Cuba Teka jangan lupa join yea.. hehehehe..

Ok lah.. bagi yang tak tahu cerita, alkisahnya hari Khamis hari tu, teman dapat berita dari adik bongsu teman, katanya Abah kami kena tahan wad sebab Demam Denggi.. (Bukan Suspek lagi, dah memang Demam Denggi tapi tahap awal lagi) mujurlah abah gi cepat.. bahaya Demam Denggi ni kan.. 

Actually tujuan gi hospital nak bawak kakak gi check, sebab kakak pun kebetulan demam juga.. memang disahkan Demam Denggi juga kakak teman tu, tapi alhamdulillah kakak tak seteruk abah.. dan mungkin sebab itu kakak tak ditahan wad.. 

Abah pun ambil nombor jugak nak check nape demam lama bebenor, tapi bila check demam abah lak. terus doktor suruh masuk wad.. rupanya abah pun kena Demam Denggi jugak.. dan atas faktor umur, abah ditahan wad.. So, pada 6/11/2014 tu dalam pukul 11 malam abah pun start bermalam di hospital.. 

Malam tu teman dan hubby dah gelisah dah.. tak senang duduk kami.. memikirkan abah di kampung.. memikirkan antara nak balik ke tak.. hati kuat kata suruh balik, walau tak dapat bantu apa2, tapi sekadar datang melawat pun dah lega bagi kami, hope dengan cara itu pun dapat beri semangat dan rasa happy pada Abah.. maka kami pun balik Ipoh dengan menaiki bus Plusliner tu.. (Naik bas pukul 10 malam, sampai Ipoh (Terminal Aman Jaya) jam 1 pagi lebih kurang)

Kebetulan kakak sulung teman pun ada balik hari yang sama.. kakak lah yang buatkan sup ketam untuk Abah makan supaya dapat elok palet darah tu kan.. selain tu, adik pun ada bawakkan pucuk betik yang diblender utnuk diminum pekat2 tu, memang elok jugak untuk demam Denggi.. selain tu.. kulit tembikai yang diblender jugak ada dicuba.. termasuk bagi minum air 100plus (yang dibuang gas terlebih dahulu).. semua cara tu  dengan izin Allah, Alhamdulillah menampakkan kesan yang cepat.. Alhamdulillah.. lega tengok abah semakin sembuh.. 
Heee.. gambo kucen kat atas ni takde kena mengena, tapi boleh la letak sebab teman tengok muka kucen-kucen teman masa kami tinggalkan depa selama dua hari tu macam sedih aje (seperti dalam gambo ni)|

Apa-apa pun.. Alhamdulillah.. TQ Allah.. Abah dah dibenarkan keluar wad petang kelmarin (8/11/2014) .. thanx jugak buat rakan2 yang share petua atau tips untuk demam denggi.. Kami dah guna semua petua yang dicadangkan.. Blender pucuk betik, bagi 100plus, kakak plak buatkan sup ketam.. Alhamdulillah.. Doktor kata abah dah semakin sembuh.. Cuma lepas Keluar wad ni masih kena terus habiskan ubat yang doktor beri..

Tq buat adik bongsu teman yang banyak bersusah payah menguruskan hal semua.. Moga keikhlasan dan niat murni adik itu mendapat balasan yang baik.. Aaamiinnn..

Psstt .. Sup Ketam tu memang cepat je kesan dia tauu.. hemm.. bagus sangat bagi mereka yang demam Denggi tu.. 

Pssstttttttt sekali lagi.....
Jangan join GA dan Segmen teman yang sedang berlansung.. iaitu  Birthday Giveaway Embun Beauty House dan entri Segmen Cuba Teka .. Syarat Simple dan mudah jeee.. Join yea!!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n