RAJA SEHARI TEBAR ROTI CANAI

Nak tengok Video? KLIK bawah ni..
RAJA SEHARI TEBAR ROTI CANAI

Haloo mengkume semua.. pekabo? ha2.. mesti mengkome heran apasal teman ligat jea publish entri terbaru kan.. bukan apa.. saja jea nak share dengan korang apa yang teman terlihat menarik & unik bagi teman.. he2.. antaranya ialah citer tentang pengatin baru yang tebar roti canai ni.. siap kuo Harian Metro lagi tuuu...he2.. walaupun citernya dah lepas ( masa raya ke-4 ritu ) teman nak jugak buat entri.. sebab? sebab suka tengok muka pengantinnya.. dua2 cute n comel.. memang sepadan lah depa ni.. ha2..
bagi korang yang lum sempat baca leh baca sini okeh!


Raja Sehari Tebar Roti Canai
Butterworth: Pelbagai cara dilakukan pasangan yang bergelar raja sehari bagi meraikan hari bahagia itu tetapi bagi seorang peniaga, Mohd Fazli Fazil Mokhtar, 31, aksi roti canai ‘terbang’ mencuri tumpuan jemputan yang menghadiri majlis perkahwinannya kelmarin.
Mohd Fazli atau lebih dikenali sebagai Fund, pakar penebar roti canai dari Teluk Air Tawar, dekat sini, meluangkan masa 15 minit menyediakan juadah berkenaan kepada tetamu dibantu isterinya, 
Nurmawarnee Tumadi, 26.
Walaupun jemputan dihidangkan nasi sebagai menu utama tetapi ramai yang tidak melepaskan peluang menikmati roti canai ‘terbang’ dihasilkan Mohd Fazli yang sebelum ini terbabit dalam program mempromosi makanan Malaysia di Jepun dan China.
“Idea membuat roti canai pada hari perkahwinan saya adalah idea rakan-rakan. Walaupun nasi disediakan sebagai hidangan utama tetapi ada yang mahu mengambil makanan ringan.
“Kebetulan saya berniaga roti canai dan sering membuat pameran di luar negara menyebabkan rakan mencadangkan agar saya sendiri menebar roti canai dengan memakai baju pengantin,” katanya kepada Harian Metro.
Mohd Fazli mengenali Nurmawarnee dari Bagan Serai, Perak sejak setahun lalu sebelum bertunang Disember tahun lalu, dan mreka melangsungkan perkahwinan pada Hari Raya keempat lalu.
Dia mula menyertai Pertandingan Roti Canai Pulau Pinang pada 2005 sebelum mengikuti program mempromosi makanan Malaysia di Jepun pada 2010, 2011, 2012 dan tahun ini.
Anak sulung dari empat beradik itu juga menyertai ‘World Expo’ 2010 di Shanghai, 
China dan sekali lagi akan ke Jepun pada Februari tahun depan bagi mempromosi roti canai 
sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.
Mohd Fazli berkata, menyediakan roti canai dengan berbaju pengantin adalah sesuatu yang unik bagi meraikan tetamu.

pssstt ::: teman riso baju tu kena minyak jea.. kang x pasal2 butik pengantin ngamok.. hihihi..

5 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama