Hijjaz - Pejuang Al Qassam (Official HD Music Video)



Hijjaz - Pejuang Al Qassam (Official HD Music Video) |
Kuala Lumpur: "Kami terkejut dan pada masa sama bersyukur klip video ini mendapat sambutan yang hebat, semoga dengan cara ini sokongan masyarakat dunia terhadap perjuangan Palestin akan bertambah," kata Isman Hijjaz mengenai sambutan menggalakkan masyarakat Arab khususnya di Palestin terhadap klip video kumpulan nasyid popular Hijjaz berjudul 'Pejuang Al-Qassam’.
Klip video dan bait lagu berkenaan menceritakan tentang perjuangan Briged Al-Qassam yang mempertahankan tanah Palestin daripada kekejaman rejim Zionis Israel.
Anggota kumpulan Hijjaz itu berkata, mereka mendapat inspirasi untuk membuat lagu berkenaan setelah mengikuti lawatan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ke Gaza dan melihat sendiri apa yang berlaku di sana.
"Saya dimaklumkan MAPIM mendapat maklum balas yang amat baik daripada masyarakat Timur Tengah mengenai lagu ini. Ada yang kata ia memberi semangat kepada anak-anak mereka," katanya ketika dihubungi.
Isman berkata, lagu berkenaan dimuatkan dalam album ‘Keranamu Baitul Maqdis’ di mana hasil jualan disalurkan sepenuhnya kepada Tabung Gaza MAPIM.
"Saya ingin tegaskan klip video ini bukan untuk menggalakkan orang ramai pergi berperang sebaliknya untuk memberi semangat dan pemahaman mengenai perjuangan mereka yang saban hari berdepan bedilan tentera Zionis," katanya.
Difahamkan, stesen TV di negara Arab khususnya di Gaza sering menyiarkan klip video yang berdurasi lima minit 34 saat itu, manakala di laman Youtube sudah mencatat lebih 57,000 tontonan sejak dimuatnaik pada 13 Julai.

Pergh.. teman sendiri sebenarnya jatuh hati pada lagu nasyid yang ni, kalau tengok sekali video dia lagilah teman rasa sangat2 terpaut.. bersemangat dan memang memberi suntikan positif buat semua pejuang2 di Gaza sana..

Sekarang ni view untuk video ni dah capai berjuta kot.. 

2 Ulasan

  1. Hebat kan. Seronok melihat kebangkitan semangat melawan pihak al-Qassam. Kita di Malaysia turut terkena tempias semangat mereka. Wan selalu follow gak citer-citer diorg. Smp tahap tringin nak join mereka andai dipilih. Tapi wan blum smp tahap kriteria pemilihan mereka...mmmm

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama