Nuff

08 Julai 2014

FYN JAMAL

Tadi dengar lagu Fyn Jamal kat Hot FM | Alaa.. lagu baru Fyn Jamal yang Terbang Tunduk tu.. unik lagu tu.. Kalau dihayati betul2, bait2 lirik yang ditulis oleh Fyn Jamal memang agak lain dari yang lain.. 

hemm.. pastu macam biasa, saja jenguk2 Fanpage Fyn Jamal (walhal sebelum ni tak pernah punn.. heee..), scroll dan baca macam2 cerita di wall Fanpage tu.. tertarik dengan setiap post yang Fyn Jamal kongsikan di wall nya.. Ayat2 yang beratur di wall Fyn Jamal sangat menariknya susunannya.. tergoda lak teman dengan ayat2 puitis beliau.. heee.. 

Tapi ada satu post Fyn Jamal yang teman terasa nak kongsi dengan korang.. mungkin kadang kita pun secara tak sedar ada melakukan perkara yang sama seperti Fyn Jamal nyatakan dibawah.. memang ada betul nya, kan? apa2 pun jom baca bait2 kata  Fyn Jamal ni.. torbaekk..

"Aku baca luahan hati felixia tentang rajinnya orang tak habis2 ungkit masa silam dia. aku teringat orang share2 balik kak wardina masa muda2 dia.

Mata aku panas dengan airmata.

Wallahi aku kadang2 takut nak buat apa2. kadang2 aku rasa biar terus menjahat je supaya setiap itu tak diusik. sebab orang boleh cakap "ah dia memang macam tu".

Sebab hakikatnya kalau jadi jahat terang2 di zaman ini lebih disukai dari jadi manusia realistik yang jujur hendak menjadi yang lebih baik.

Tak payah jauh2 lah. korang pun like page troll. pastu share artikel2 menganjing orang. korang ketawa pada jenaka2 aib. korang ajak semua orang rasa menghina itu kelakar.

Share benda baik, tapi sulam dengan sindir. perli orang. jerkah ketidakcukupan orang. ajak orang amal maaruf dengan cara menerajang maruah orang.

Apa ada sale tiket syurga yang orang macam aku ni tak tau booth nya dekat mana ke? kenapa semua orang confident masuk firdaus? kenapa semua orang yakin neraka bukan untuk dia?

Betapa terpateri rasulullah itu milik syurga--tak pernah SEKALI baginda perlekeh sahabah atas sejarah mereka.

Kita ni--kalau pun tak nak menolong bangunnya--tak usahlah ditolak sampai tersembam muka.

Dengki sangatkah kita?"
Blog Fyn Jamal -->Puisi Tepi Jalan

Related Posts

7 ulasan:

  1. terasa terkena baca nukilan nyer... huhhuhuhui

    BalasPadam
  2. baru download suma lagu2 bes dia smlm..hehe..
    suka dia coz dia realistik but not plastic especially bila berckp isu2 sensitif..
    x ramai org mcm dia skrg..huhu

    BalasPadam
  3. Salam, Fynn Jamal mmg best, bahasa dan kata-kata dia sgt deep..cuma baru-baru ni, byk pulak lagu dia buat..haha tp xpe, sbb mmg suka dia..santai dan cool ! :D setuju dgn kata2 dia tu :)

    BalasPadam
  4. lama dah kenal dia, buku puisi tepi jalan pun best. hehehe

    BalasPadam
  5. fynn mmg pandaiii dalam berkarya kann.. patut jadik cikguu jejjejjeee

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile

adseng

GA New