GAMBAR DAN VIDEO MH17 | PESAWAT MAS BOEING 777 TERHEMPAS DI UKRAINE

Berita MH17 terhempas di Ukraine |

Salam Takziah kepada semua keluarga Mangsa Nahas #MH17.... Teman tak ingat kul berapa hubby teman gitau ada citer pasal Pesawat MH17 terhempas malam tadi.. masa tu kami dah nak masuk tidur dah.. dah nak tutup komputer.. teman pun macam dah mamun2.. pastu terkejut dengar berita tu.. kami tengok2 gak berita tu yang di post oleh rakan-rakan Facebook, risau gak berita palsu.. rupa2nya berita betul ye? 

MasyaAllah.. dalam tahun ni je 2 kali dah berlaku insiden macam ni pada syarikat penerbangan Mas.. Insiden Pesawat terhempas/hilang iaitu MH370 pun masih dalam tandatanya, selepas tu jadi plak macam ni? tapi insiden kali ni ni kita nampak mayat-mayatnya bergelimpang.. 

MasyaAllah.. sayu hati tatkala di bulan mulia macam ni.. terpaksa melihat dan mendengar berita sedih macam ni.. takziah buat keluarga yang terlibat.. Al-Fatihah buat penumpang MH17 yang beragama Islam.. Melalui apa yang teman baca, Pesawat 9M-MRD dari model Boeing 777-200 MH17 ini pada masa itu sedang dalam penerbangan dari Amesterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Wallahualam.. teman pun hanya membaca dari info orang lain.. taktahu apa kesahihan disebalik cerita ini.. apa2 pun.. teman share kan juga Screenshot berita (dari Blog Farah, Video dari biaqpila.com dan gambar-gambar kemalangan tragis ini dari Omak Kau.. 




KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas. Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, Sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.





















Apa yang menjadi tandatanya lagi sekali... ada yang mengatakan kemungkinan ada 2 sebab bagaimana ia boleh berlaku.. 
1.) Pesawat MH17 Hilang Kawalan/Terbabas
2.) Pesawat MH17 Ditembak
Salam Takziah kepada semua keluarga Mangsa Nahas #MH17
Gambar  Banner: Credit To Denaihati

Apalah nasib MAS lepas ni.. tragedi demi tragedi berlaku berturutan dalam tahun yang sama... apakah ini ada dalang disebaliknya?

4 Ulasan

  1. sebak dgn berita ni ;)

    * pray for MH17...

    BalasPadam
  2. Al fatihah..dugaan dan cabaran 2014..doakan yg tbaik..

    BalasPadam
  3. Walahualam Moga semua ahli keluarga mangsa tabah hadapi ujian ini

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum.. Allahurabbi.. sedih baca berita tentang ni. semoga ahli keluarga mangsa tabah menerima pemergian org tersayang. Al-Fatihah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama