8 RESEPI SIMPLE BULAN RAMADHAN

8 RESEPI SIMPLE BULAN RAMADHAN

Pastinya bulan Ramadhan lah kita teruja nak mencuba pelbagai resepi kan.. walhal hari biasa tak pun nak masak bermacam-macam kan.. haha.. Tapi TB dan hubby mungkin makan simple-simple aje seperti selalu.. kalau ada rasa nak buat menu special tu.. tengoklah macam mana kan.. Ni Tb tepek dululah resepi-resepi yang memang TB akan buat dalam sebulan berpuasa tu.. pilih lah hari-hari yang nak masak menu-menu ni.. haha

Yang bestnya.. menu yang TB share ni boleh dijadikan GU atau padanan untuk menu kita.. macam terung sambal tu.. memang sesuai gandingannya dengan masak lemak.. kan? haha.. Ok lah.. TB tepek sini untuk TB tengok balik.. 



Udang Masak Lemak Cili Padi

Bahan-Bahan:
1/2 kg Udang saiz sederhana (dibuang kepala)
2 biji santan
15 ulas cili padi (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 ulas bawang merah (dikisar)
2 batang serai (dititik)
Serbuk kunyit
6 batang kacang panjang
Asam keping
Garam

Cara Memasak:
1. Campurkan santan, cili padi, bawang putih, bawang merah, serai & serbuk kunyit di dalam periuk. Kemudian baru dihidupkan api dan gaul perlahan supaya tak pecah minyak.
2. Selepas 5 minit, masukkan pula kacang panjang, asam keping dan garam. Kacau perlahan-lahan sehingga mengelegak.
3. Kemudian masukkan udang. Kacau perlahan sehingga udang masak.



Kubis Masak Lemak Putih

Bahan-Bahan:
1/2 biji kobis bulat, hiris kasar
1/2 batang karot, hiris nipis
1 ketul tauhu, potong kiub
1 genggam ikan bilis, rendam dan tumbuk kasar
1 biji cili merah, hiris nipis
3 biji bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:
1. Panaskan santan cair di dalam periuk dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, tauhu dan karot.
2. Masukkan kubis dan cili merah, masak seketika sehingga lembut.
3. Masukkan pula santan pekat dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul. Api mestilah perlahan.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.




Terung Berlada

Bahan-Bahan:
2 biji terung panjang, saiz besar 
2 mangkuk minyak masak

Bahan Kisar:
8-10 biji cili merah segar
7-8 biji cili padi -yang berwarna merah kalau tak ada boleh campur hijau
1/2 mangkuk kecil ikan bilis
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara Memasak:
1. Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2cm. 
2. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut.
4. Angkat terung dan ketepikan.
5. Buang sedikit minyak goreng terung tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau.
6. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 
7. Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk.dihidang

Semasa menggoreng terung, jangan masukkan terlalu banyak terung ke dalam minyak kerana nanti terung akan masak tidak sekata dan tak cantik warna kulitnya.
Terung harus digoreng di dalam minyak yang banyak.


Ayam Kurma

Bahan-bahan:
500gm ekor ayam ayam segar -dipotong-potong.
1cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum buah pelaga
2 cawan santan pekat
1/2 peket rempah kurma
1 buah tomato (dibelah empat)
1 biji kentang (dibelah empat)
1 batang lobak merah (dipotong dadu besar)
2 biji cili besar (hijau dan merah)
2 biji bawang besar (dibelah empat)
1/2 cawan air asam jawa
4 sudu besar Garam
4 sudu besar gula

Bahan Dikisar:
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 cm halia

Cara Memasak:
1. Masukkan rempah tiga serangkai iaitu kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
2. Kemudian masukkan bahan kisar. 
3. Kacau sehingga berbau harum dan kekuningan.
4. Setelah itu, masukkan pula rempah kurma, dan kacau sehingga pecah minyak.
5. Masukkan potongan ayam yang sudah dibersihkan, kacau sebati dan biarkan ianya masak seketika.
6. Setelah itu, masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit air asam jawa.
7. Kemudian masukkan santan, dan masaklah sehingga empuk.
8. Biarkan mendidih sehingga masak dan masukkan garam, bawang besar dan juga tomato serta cili besar tadi.


Ayam Masak Lemak Cili Padi 

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 16 dengan kulit sekali
1 biji kelapa parut - asing santan pekat dan cair 
Garam
1 keping asam keping
1/2 helai daun kunyit - hiris halus

Bahan tumbuk halus:
5 - 8 tangkai cili api kampung hijau 
5 - 8 tangkai cili merah Pakistan 
2 saiz ibu jari kunyit hidup
1 ulas bawang merah

Cara Memasak:
1. Ayam diperap dengan garam dalam 30 minit hingga 1 jam. Tabur sedikit serbuk kunyit bagi tidak menjadikan ayam berwarna pucat. 
2. Masukkan ayam dalam periuk dan nyalakan api perlahan. Kacau sehingga kulit ayam nampak kering sedikit. 
2. Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata bersama ayam hingga sebati. Kacau rata sehingga bahan tumbuk masak. 
3. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan asam keping.
4. Sebaik ayam empuk, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. 
5. Kemudian tambah santan pekat. Selepas masuk santan pekat, masak dalam 6-8 minit sahaja. Tutup api dan terus dikacau. 
6. Kemudian buka api perlahan sahaja supaya kuah mendidih.
7. Bila kuah pekat dan terbit minyak cantik, bolehlah ditutup api dan sedia dihidangkan.



Masak Lemak Ikan Masin Nenas

Bahan:
300 gram ikan talang masin (ikan masin lain juga boleh) - dipotong nipis
200 gram nanas - potong dadu
1/2 kg santan - gunakan 600ml (400ml santan cair & 200ml santan pekat)
1 batang serai - dititik
Serbuk kunyit secukupnya
Garam / gula secukup rasa

Bahan tumbuk / kisar:
10 biji cili padi
1 labu bawang besar

Cara Memasak:
1. Masukkan santan cair ke dalam periuk, campurkan serai, serbuk kunyit serta semua bahan tumbuk. 
2. Masukkan ikan masin dan kepingan nanas. Didihkan sehingga nanas layu. 
3. Tuangkan santan pekat, garam dan gula. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. 
4. Kuah hendahlah sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan.


Sotong Masak Asam

Bahan-bahan:
Sotong – dipotong 2 atau kecil bulat-bulat
1 inci halia dihiris halus
3 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus 
1 biji bawang besar dihiris besar dan tebal
1 tangkai cili merah dipotong serong.
Asam jawa sebesar ibu jari – di buat air asam
Minyak untuk menumis

Cara Memasak:
1. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali.
2. Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih.
3. Bila sudah wangi boleh masukkan sotong. Goreng sotong hingga hampir garing.
4. Kemudian masukkan sedikit air perahan asam jawa, bawang besar, cili merah dan sedikit garam.
5. Tambah air jika suka berkuah. Kacau sebati hingga mendidih.
Angkat dan sedia untuk dihidang.


Pucuk Manis Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:
2 cekak pucuk manis
2 biji keledek saiz sederhana
Cendawan secukupnya (boleh guna cendawan pilihan anda)
2 keping tempe, dipotong kiub
1500 ml santan cair
400 ml pati santan
1/2 kiub pati ikan bilis
1 camca besar udang kering, direndam sekejap
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:
1. Masukkan keledek ke dalam periuk bersama-sama hirisan bawang besar, bawang putih, udang kering tumbuk. 
2. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan santan cair. 3. Kacau rata dan masak hingga mendidih. 
4. Tambahkan tempe dan masak hingga keledek 1/2 empuk.
5. Sementara itu, ramas daun pucuk manis tadi dan masukkan ke dalam periuk. 
6. Kacau rata dan masak hingga daun lembut. 
7. Masukkan cendawan, hirisan cili merah dan pati santan. 
7. Kacau rata, perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. 
8. Masak hingga mendidih dengan api kecil dan kacau selalu.


Sumber :
Keluarga



2 Ulasan

  1. macih share resepi ... menu2 nih mmg antara yg mudah utk disediakan...
    akak tak penah try yg msk sutun asam tu, nk try lah lenkali klu beli sutun

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama