Langkau ke kandungan utama

BATISTE DRY SHAMPOO - SYAMPU KERING NO.1 DI UK (KINI DI MALAYSIA)



Haiii.. Hari ni TB nak share tentang Dry Shampoo / Syampu Kering yang terkenal dan semakin dikenali di pasaran sekarang. Haa.. nak tahu Symapu Kering apa yang TB maksudkan? heheh.. ini diaaa.. Batiste Dry Shampoo.. dan secara jujur ini kali pertama TB mencuba syampu Kering tauu.. sebelum ni tak pernah lagi.. TB guna Syampu yang biasa tu je.. itupun dah jarang cuci rambut sangat macam dulu.. sebab kalau masuk bili air je budak kecik tu dah nangis macam kena dera.. erghhhhh.. nak mandi lama-lama macam dulu tak boleh dah.. miahahaha..

So, TB rasa inilah masanya untuk mencuba syampu kering ni kan.. time kepala rasa tak selesa dan gatal tu korang pun faham rambut korang perlu dicuci kan..So, TB pun try la syampu kering ni.. Oh ya.. bagi sesiapa yang tak sabara-sabar nak tahu mana nak dapat syampu ni.. korang boleh je search kat google ye.. itu kalau nak beli online la kan.. kalau nak beli kat farmasi atau Guardian mahupun Watson pun dah ada jual tau.. sebab kini dah boleh didapati secara rasmi di Malaysia tau!

TB pun rasa sangat teruja nak mencuba 5 variasi yang TB ada sekarang .. Oh ya.. kat bawah ni TB cerita sikit info tentang Syampu kering ni yea.. mungkin ada yang macam TB, baru tahu ada syampu kering.. huhuhu.. 

Apakah Syampu Kering?

Ia adalah syampu kering yang biasanya didatangkan dalam botol tin "aerosol" dan Ia berbentuk semburan sejenis serbuk kering halus untuk membantu menyerap kotoran dan minyak yang berlebihan pada rambut kita dan meninggalkan rambut kita dalam keadaan seperti selepas mencuci rambut. wowww kan!

Kebanyakan Syampu kering mempunyai wangian di dalamnya sehingga ia juga meninggalkan bau rambut kita harum je tau, takde kepam-kepam dah.. terutama kita yang jenis pakai tudung kalau keluar tu kan.. tak sempat nak cuci rambut, so bila pakai tudung bau kepala .. masyaAllah.. melekat kat anak tudung (skarf tudung). So, Syampu kering ni sangat sesuai digunakan sebagai langkah pantas jika korang tak cukup masa untuk mencuci rambut ikut aturan hari .

Korang mesti tertanya-tanya mengapa TB nak guna syampu kering walhal TB pakai tudung. Tapi kalau korang nak tahu sebenarnya orang yang memakai tudung memang perlukan ni tau! Dah tentulah ada produk yang dihasilkan utnuk mereka-mereka yang bertudung / berhijab kan.. Bagi TB pula, macam TB katakan tadi, TB susah nak mandi lama-lama sebab si kecik tu ayik la cari TB sampai ke bilik air dan start menangis macam kena dera.. hahaha.. so, korang rasa TB boleh ke nak teruskan mandi dengan tenang? hahahaha..

So, TB rasa macam sukar untuk mencuci rambut TB setiap hari. Dah la rambut panjang pulak tu, memakan masa yang lama, sempat jugak TB mandi pun sebab TB umpan si kecik tu makan biskut faberet dia.. itupun laju je dia habiskan lepas dengar bunyi air menderu dalam bilik air.. hahahaha.. dia dah sedar mama dia tengah mandi.. aiyoo.. 

Oh ya.. rasanya semua tahu kan yang kita tak boleh mencuci rambut setiap hari kerana minyak semulajadi rambut kita tu sebenarnya elok sebab ia membantu melembapkan rambut kita secara semulajadi. Tapi faham-faham je lah kan.. kadang kala cuaca menjadi lembap terutamanya di Malaysia. Maka time gini lah rambut berminyak terlampau la pulak kan.. Bila minyak berlebihan, rambut TB terasa gatal dan tak selesa. Benci!

Apabila bercakap mengenai syampu kering, Batiste adalah salah satu jenama yang paling disyorkan di luar sana! Tak percaya? Cer google Syampu Kering dan tengok page pertama yang korang nampak? Haa.. mesti korang nampak Batiste Dry Shampoo kan? hehe.. tu la.. orang cakap tak caya..

Oh ya.. Terdapat begitu banyak jenis di sana tetapi kat TB ni ada 5 variasi yang perlu TB cuba nanti.. tak sabarnyaaa.. hehehe.. yang ada pada TB ni ialah Original, Heavenly Volume, Blush, Divine Dark,  dan Cherry, dan kesemuanya mempunyai bau yang berbeza.

#batistemalaysia #soready #batistedryshampoo #batiste #dryshampoo #instantstyling #removeexcessoil #instantrefreshshampoo












Ulasan

  1. Hey! Do you have any info about future top computer technologies?! Probably I should ask it my classmate who works as an editor for the last four years at this online https://www.paraphrasinguk.com/reword-my-essay-in-uk/ writing service. And after using this company all my results become even more better than ever. Learners, I recommend you to use their professional helpful online agency!!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n