Nuff

16 Oktober 2019

AYAM MASAK HALIA



AYAM MASAK HALIA



BAHAN-BAHAN :
◐500 gram ayam(potong kecil)
◐4 ulas bawang putih(hiris nipis)
◐2 cm halia(dihiris halus memanjang)
◐1 sudu besar kicap cair
◐1 sudu besar sos tiram
◐1 biji bawang besar(hiris nipis membulat)
◐1 biji cili merah(hiris nipis)
◐1 tangkai daun bawang(hiris panjang 2cm)
◐1 1/2 sudu kecil tpg jagung(bncuh dgn sedikit air)
◐Minyak masak utk goreng ayam
◐Sedikit lada sulah atau lada hitam
◐Sedikit garam dan kunyit

CARA PENYEDIAAN :
馃憠Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
馃憠Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
馃憠Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
馃憠Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
馃憠Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat.
馃憠Angkat dan tabur dengan daun bawang dan hidangkan bersama nasi panas.













Related Posts

0 comments:

贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙ 贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥

nuffy2

GA New