Nuff

24 Oktober 2019

RESEPI PES YANG MEMUDAHKAN KERJA-KERJA MEMASAK!


RESEPI PES YANG MEMUDAHKAN
KERJA-KERJA MEMASAK!


Hari ni TB mencari Resepi Pes yang boleh memudahkan kerja-kerja memasak. Saja TB tepek kat sini siap-siap kot nanti bila ada keperluan nak buat banyak-banyak, dah boleh cari kat sini je.. kalau tepek kat tempat lain sah-sah TB lupa punyalah.. Resepi ni TB jumpa kat website Rasa.my dan Resepi ini juga adalah asli dari Puan Sapina Shahabudin.. Hemm.. Kata orang memasak ni bukanlah susah sangat sebenarnya tetapi proses penyediaan bahannya tu yang mengambil masa sikit. 

Haaaaa.. menerusi perkongsian oleh Puan Sapina Shahabudin, beliau mengajar cara-cara untuk menghasilkan enam resipi pes yang pastinya memudahkan kerja-kerja memasak. Ada pes Nasi Goreng Ikan Bilis, pes Sambal Tumis/ Asam Pedas, pes Kari Ikan, pes Ikan Bakar dan Sos Lada Hitam.

Best kalau pandai jimatkan masa untuk memasak ni kan.. tapi yang paling penting bahan mesti cukup tau.. kalau tak cukup bahan.. buat apa pun tak menjadi.. kecuali air tangan magik seseorang yang masak simple macam mana pun sedapnya alahai.. terangkattt..

Haa.. jom tengok resepi pes yang TB ceritakan tu.. Semoga bermanfaat untuk kita semua.. Terima Kasih jugak buat Puan Sapina Shahabudin yang sudi share resepi pes ni untuk semua pembaca .

1. PES IKAN BAKAR

BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Serai – hiris nipis
Sedikit belacan
Kunyit hidup
Daun kunyit – hiris
Air asam jawa secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak

CARA MEMASAK:
Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai, sedikit belacan dan kunyit hidup hingga halus. 
Panaskan kuali dan tumis bahan kisar tadi dengan sedikit minyak. 
Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.



2. PES SAMBAL TUMIS

BAHAN-BAHAN:
Cili kering
BAwang besar
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Gula melaka/ gula putih
Air asam jawa secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Minyak masak

CARA MEMASAK:
Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan. 
Tumis dalam minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak. 
Masukkan garamdan perisa. Tutup api.



3. PES GULAI IKAN 

BAHAN-BAHAN:
Bawang merah – hiris halus
Bawang putih – hiris halus
Halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Garam

BAHAN KISAR:
Rempah kari ikan
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit cili kering

CARA MEMASAK:
Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan. 
Masukkan bahan kisar. Kacau rata.
Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api. 
Untuk menggunakan pes ini cuma tambahkan santan, ikan bersama bendi/terung/timun dan sebagainya.



4. KUAH LADA HITAM @ BLACK PEPPER 

BAHAN-BAHAN:
Bawang besar
Ubi kentang
Mentega
Sos lada hitam
Sos tiram
Kicap
Serbuk lada putih
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit tepung jagung – bancuh dengan air untuk pekatkan kuah.

CARA MEMASAK:
Rebus bawang besar dan ubi kentang sehingga lembut. Bila sejuk, kisar sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
Panaskan kuali dan cairkan sedikit mentega. 
Masukkan ubi kentang dan bawang yang dikisar tadi. 
Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap. 
Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam. 
Masukkan juga sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah.
Masak hingga pekat dan naik bau.
Sos ini enak dimakan bersama kentang goreng, ayam goreng dan sebagainya.



5. PES NASI GORENG IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis – dibuang tulang
Bawang merah
Bawang putih
Segenggam cili padi
Kiub pati ikan bilis
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
Kisar ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat.
Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar tadi hingga pecah minyak.
Masukkan kiub pati ikan bilis. Kacau sebati hingga pes jadi agak pekat dan kering. Padamkan api.
Pes ini boleh digunakan untuk menggoreng nasi. Semasa memasak, boleh tambah bebola ikan, udang, sotong, isi ayam serta sayur-sayuran bagi menjadikan masakan anda lebih enak.



6. PES ASAM PEDAS TUMIS 

BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit hidup
1 biji tomato- dibuang biji
Sedikit belacan
Serai – diketuk
Gula, garam dan perasa secukupnya
Air asam jawa
Minyak masak

CARA MEMASAK:
Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, tomato dan sedikit belacanhingga halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
Masukkan serai yang diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
Tambahkan garam serta perasa dengan secukupnya.
Untuk menggunakan pes ini, hanya ambil mengikut jumlah yang diperlukan, tambah air dan masukkan daun kesum serta ikan. Boleh juga menambah sayur-sayuran seperti bendi dan timun. Biar hingga mendidih dan padamkan api. Bolehlah dinikmati.

NOTA: Bahan-bahan dalam penghasilan pes adalah bergantung kepada jumlah yang korang guna. Sesuaikan ikut citarasa masing-masing.



Kredit resipi & foto: 



Related Posts

1 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian. saya pun suka buat pes ni dan simpan dalam peti ais. memudahkan sangat bila nak guna, amek ja. hehehe

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

nuffy2

GA New