Nuff

20 Oktober 2019

PULUT AYAM THAI



PULUT AYAM THAI


Bahan-bahan :

Ayam sebelah - Di potong

A)BAHAN PERAP (TUMBUK HALUS) :
馃挗5 ulas bawang putih
馃挗2 tangkai akar ketumbar - di potong kasar
馃挗1 sudu teh lada hitam
馃挗1 sudu teh lada putih (lada sulah)


B)BAHAN LAIN :
馃挗1 1/2 sudu besar gula
馃挗3 sudu besar kicap cair
馃挗1/4 sudu teh garam
馃挗1/4 cawan air
馃挗1⁄2 cawan bawang merah di mayang nipis
馃挗1⁄2 cawan tepung beras


C) UNTUK SOS :
馃挗5-6 ulas bawang putih
馃挗Cili merah & cili padi
(Kisar kasar)

馃挗200gm gula
馃挗2 cawan air
馃挗garam
馃挗bijan
馃挗Tepung jagung (utk pekatkan sos)

馃憠Masak semua bahan di atas sampai mendidih pastu renehkan skejap.


Cara memasak:

1. Untuk bahan perapan :
馃憠Tumbuk semua bahan A dan gaul dengan isi ayam yang di potong tadi. Masukkan gula, garam, kicap cair dan air sambil di gaul rata. Perap sekurang-kurangnya 2 jam atau lebih sedap lagi jika di perap semalaman. Sesekali balik-balikkan ayam yang di perap untuk meratakan bahan perapan dengan isi ayam.

2. Untuk hasilkan bawang goreng yang melengkapkan dan melazatkan lagi hidangan pulut ayam ini, pastikan bawang merah yang di mayang tadi di kering menggunakan tisu dapur. Gaul dengan secubit garam dan goreng dengan api sederhana hingga kekuningan dan garing.

3. Sementara itu, keluarkan ayam yang di perap. Masukkan tepung beras kira-kira 1/4 cawan dahulu dan gaul dengan ayam tersebut hingga bersalut. Jika cair, masukkan sedikit lagi tepung.

4. Goreng hingga garing di dalam minyak yang panas dalam 5 minit atau sehingga masak. Hidangkan dengan pulut yang di tabur dengan bawang goreng dan sos cili Thai.

Untuk pulut, hanya kukus atau tanak seperti biasa.



















Related Posts

0 comments:

贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙ 贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥

nuffy2

GA New