DAGING MASAK HALIA 



BAHAN-BAHAN :
●300 gm daging
●Bawang putih
●Halia
●Cili kering


BAHAN-BAHAN PERAP :
●2 sudu kecil madu
●2 sudu kecil lada sulah
●1/2 sudu kecil garam
●3 sudu makan minyak bijan
●2 sudu makan sos tiram
●2 sudu makan kicap masin
●3 sudu makan kicap manis
●3 sudu kecil tepung jagung
●300 gm daging


CARA MASAK :
👉Gaulkan semua bahan perap bersama daging dan perap selama 20-30 Min .
👉Goreng bawang putih,halia dan cili kering sampai masak .
👉Masukkan daging perap tadi kacau sebati goreng sekejap .
👉Masukkan sedikit air dan goreng sampai daging masak dan air kering .
👉Masukkan daun bawang goreng sekejap terus tutup api dah siap .

Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New