AYAM MASAK HALIA



BAHAN-BAHAN :
◐500 gram ayam(potong kecil)
◐4 ulas bawang putih(hiris nipis)
◐2 cm halia(dihiris halus memanjang)
◐1 sudu besar kicap cair
◐1 sudu besar sos tiram
◐1 biji bawang besar(hiris nipis membulat)
◐1 biji cili merah(hiris nipis)
◐1 tangkai daun bawang(hiris panjang 2cm)
◐1 1/2 sudu kecil tpg jagung(bncuh dgn sedikit air)
◐Minyak masak utk goreng ayam
◐Sedikit lada sulah atau lada hitam
◐Sedikit garam dan kunyit

CARA PENYEDIAAN :
👉Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
👉Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
👉Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
👉Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
👉Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat.
👉Angkat dan tabur dengan daun bawang dan hidangkan bersama nasi panas.












Post a Comment

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New